PERBARISAN HARI SAF KEMBALI KE SAFTI DAN DI BAWAH KEPIMPINANNYA

1_SLW_2474 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/1_slw_2474.jpg?sfvrsn=d5e48c29_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PERBARISAN-HARI-SAF-KEMBALI-KE-SAFTI-DAN-DI-BAWAH-KEPIMPINANNYA
PERBARISAN HARI SAF KEMBALI KE SAFTI DAN DI BAWAH KEPIMPINANNYA https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PERBARISAN-HARI-SAF-KEMBALI-KE-SAFTI-DAN-DI-BAWAH-KEPIMPINANNYA
28 Jun 2021 | PEOPLE

PERBARISAN HARI SAF KEMBALI KE SAFTI DAN DI BAWAH KEPIMPINANNYA

LTC Teo Wei Che telah berkhidmat sebagai Penganalisis Imejan di Afghanistan serta juga di Jabatan Perisikan Bersama SAF. Beliau kini menyandang jawatan komander batalion C4I dan juga Komander Perbarisan Hari SAF tahun ini.

// KISAH THRINA THAM

// FOTO CHUA SOON LYE

English 华文
English 华文

Cahaya matahari yang panas terik. Kami berdiri di tengah-tengah medan perbarisan pada waktu tengah hari yang panas.

Banyak yang terlintas dalam fikiran Leftenan Kolonel (LTC) Teo Wei Che. Sebagai komander batalion, dia memantau beberapa sesi latihan kompetensi yang dijalankan oleh anggota tenteranya, ini belum lagi termasuk audit infrastruktur.

Tetapi buat masa sekarang, fokusnya adalah terhadap perbarisan: menentukan arahan dan memastikan latih tubinya dijalankan dengan baik. Kiri – kiri, kanan.

Komander berusia 37 tahun itu adalah Komander Perbarisan Hari Perbarisan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) tahun ini.

Bersama-sama dengan Sarjan Mejar Perbarisan Pegawai Waran Master Tan Soon Meng, dia akan meneraju perbarisan yang telah berbalik kembali ke Institut Ketenteraan SAFTI pada 1 Jul. Perbarisan tahunan digantikan dengan suatu upacara tahun lalu akibat penularan COVID-19.

Dari medan menuju ke perbarisan

LTC Teo adalah Pegawai Pemerintah Batalion Komando, Kawalan, Komunikasi, Komputer dan Perisik ke-16 (16 C4I Bn). Unit ini dipertanggungjawabkan untuk memberi arahan dan kawalan – dengan menubuhkan rangkaian dan jaringan radio – untuk membantu Briged Infantri Singapura ke-2.

Ia juga terlatih dalam pengintaian dan melangkaui barisan musuh untuk merisik dan mengumpul maklumat.

Sepanjang tempoh perkhidmatannnya selama 18 tahun dengan Tentera Darat, LTC Teo telah bertugas sebagai jurulatih di Kumpulan Perisikan Kombat dan seorang penganalisis kanan di Staf Am, sebelum mengetuai cawangan perancangan di Jabatan Perisikan Bersama.

Beliau juga dikerahkan ke Afghanistan dalam Operasi Blue Ridge, sebagai sebahagian daripada sumbangan usaha antarabangsa SAF untuk membanteras keganasan.

LTC Teo (depan, tengah) melakukan raptai latih tubinya dengan warna negeri dan regimen semasa raptai gabungan pertama Perbarisan Hari SAF.

Kami berada di raptai gabungan pertama, di mana dia mengakui bahawa arahan latih tubinya perlu dihalusi.

Meskipun begitu, perjalanan menuju ke arah perbarisan sudahpun menimbulkan rasa kepuasan. Beliau sedar akan intensiti latihan semasa meneliti sesi latihan komponen yang pertama, sebaik sahaja dimaklumkan tentang pelantikannya pada Mei ini.

"Ini hanya sesi pertama tetapi para jurulatih sudah memberitahu mereka, 'Hei, anda perlu lebih teliti tentang ini. Perlu teliti tentang itu'

"Saya dapat melihat dedikasi dan profesionalisme daripada kedua-dua jurulatih dan peserta," ujar LTC Teo, yang akan mengetuai perbarisan untuk pertama kalinya.

Pada malam yang sama, setelah pulang dari kem, selesai makan malam bersama keluarga dan menidurkan anaknya, dia pun terus memulakan kerjanya.

"Saya terus membaca tentang bentuk perbarisan, arahan yang perlu dihafal, dan memulakan latih tubi pedang saya sendiri."

LTC Teo (paling kiri) bersama anggota pasukan SAF Imagery Analysis 4 yang bertugas di Operation Blue Ridge. Beliau dikerah ke sana dari Jun hingga November 2011. [Foto ihsan LTC Teo]

Bertungkus lumus demi mencapai kecemerlangan

Perjalanan kerjaya SAF LTC Teo juga dipenuhi cabaran. Semasa pengerahannya ke Afghanistan pada 2011, beliau menganggotai pasukan Analisis Imejan SAF, yang bekerja bersama Angkatan Bersenjata Australia dan Amerika Syarikat untuk mengatur misi dan memberi maklumat kritikal kepada angkatan tentera multinasional di sana.

"Walaupun kami adalah sebuah negara yang sangat kecil, angkatan bersenjata negara lain dapat melihat kompetensi pasukan kami berdasarkan analisis yang kami berikan.

"Misi yang diberikan kepada kami menjadi semakin kompleks kerana mereka lebih yakin dengan penilaian kami untuk menyokong askar-askar mereka. Ia memang memberi kepuasan kepada kami," kata LTC Teo.

Beliau juga mengatakan pengambilan pemerintahan 16 C4I Bn adalah suatu keistimewaan dan tanggungjawab yang amat besar baginya.

"Walaupun ia merupakan suatu peranan yang berat tetapi bila anggota tentera menjalankan tugasan yang dilatih, dan bila mereka bersenyum dengan saya walaupun mereka letih lesu, saya sedar bahawa saya telah menjalankan tugas saya."

LTC Teo menerima pingat Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa dari Komander Pasukan Gabungan-Uruzgan, setelah melengkapkan tugasan saya. [Kredit Foto: LTC Teo]

Baru-baru ini, batalion menyesuaikan latihan mereka selaras dengan penularan pandemik, untuk melengkapkan penilaian Tahap 2 Pusat Latihan Tentera Darat (ATEC) mereka.

Ujian pencapaian itu menandakan kemuncak latihan yang berlangsung hampir dua tahun, dan melibatkan misi terlaras yang dikendalikan selama lima hari.

16 C4I Bn mencapai gred Keadaan Kesediaan (REDCON) 2A – gred kedua tertinggi dan gred tertinggi untuk batalion C4I setakat ini.

"Saya berasa sungguh gembira dengan prestasi kami. Kami beroperasi dalam persekitaran COVID-19 yang terhad dan menunjukkan bahawa walaupun dengan adanya COVID-19, SAF masih boleh meneruskan berlatih dengan selamat untuk mencapai kesediaan pengendalian," kata LTC Teo.

Seorang askar C41 Bn sedang menjalankan pemeriksaan radio di lapangan sebagai sebahagian daripada penilaian ATEC Tahap 2 batalion Mei ini. Mereka mencapai gred REDCON 2A, yang tertinggi untuk C4I Bn setakat ini. [Foto ihsan 16 C4I Bn]

Kuasa 24/7

Latihan untuk Perbarisan Hari SAF masih dijalankan, dengan adanya langkah-langkah pengurusan keselamatan yang ketat.

Peserta perbarisan akan menjalani ujian swab pada setiap minggu, dan tidak ada pergaulan antara peserta dari kontinjen perbarisan yang berbeza.

Personel juga dikehendaki memakai pelitup muka mereka sepanjang masa, walaupun semasa berarak dalam perbarisan.

Menyentuh tentang pemakaian pelitup muka semasa memberi arahan, LTC Teo berkata: "Walaupun ia suatu cabaran tetapi kami boleh menanganinya."

Bagi LTC Teo, perbarisan ini bukan sekadar acara yang berlangsung selama satu jam, malahan ia mencerminkan keupayaan SAF untuk beroperasi dengan selamat, di tengah-tengah pandemik.

LTC Teo (kiri) sedang berbincang dengan Sarjan Mejar Regimen C4I Bn 16 di pos perintah semasa latihan misi platun pada April ini. [Foto ihsan 16 C4I Bn]

"Adalah perlunya untuk memperingati Hari SAF sebagai tanda peringatan anggota tentera kami yang menjalankan tugas masing-masing 24/7," katanya.

"Apabila negara dilanda COVID-19 tahun lalu, kami membentuk pasukan pengawasan kesihatan; kami menjalankan operasi asrama; kami tidak membiarkannya menghalang kami.

"Justeru, perbarisan ini membuktikan bahawa kami masih boleh mengendalikan operasi seperti yang dilakukan setiap hari, tak kira hujan atau panas."

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!