PERBARISAN HARI KEBANGSAAN DIDATANGKAN KE RUMAH UNTUK TAHUN INI

20may20_news1-new https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/20may20_news1-new.jpg?sfvrsn=a948eb72_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PERBARISAN-HARI-KEBANGSAAN-DIDATANGKAN-KE-RUMAH-UNTUK-TAHUN-INI
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PERBARISAN-HARI-KEBANGSAAN-DIDATANGKAN-KE-RUMAH-UNTUK-TAHUN-INI
PERBARISAN HARI KEBANGSAAN DIDATANGKAN KE RUMAH UNTUK TAHUN INI
20 May 2020 | COMMUNITY

PERBARISAN HARI KEBANGSAAN DIDATANGKAN KE RUMAH UNTUK TAHUN INI

// BERITA BENITA TEO

// FOTO PIONEER PHOTOGRAPHERS

Tidak pernah puas meraikan hari ulang tahun kemerdekaan negara kita? Anda bernasib baik! Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini akan diraikan seharian dengan aktiviti-aktiviti dianjurkan dari pagi hinggalah ke malam. Yang paling bagus? Anda boleh menyaksikan segala aksi dengan selesa dari rumah dan kawasan kejiranan anda!

1-UP-B-caption

Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2020 akan dipersembahkan dalam format segar yang akan membolehkan anda mengambil bahagian dalam perayaan ini, di mana sahaja anda berada.

Menjelang tarikh 9 Ogos, ia akan diraikan seharian, di mana segmen Perbarisan diadakan pada waktu pagi dan Persembahan pula diadakan pada waktu malam. Ia akan disiarkan di TV dan platform Internet.

Di samping itu, persembahan tradisi kegemaran penonton seperti aksi payung terjun Red Lions bakal dipertontonkan di seluruh pelosok Singapura. Item mesra keluarga di dalam Funpack tahun ini, yang akan diberikan kepada setiap rakyat isi rumah rakyat dan penduduk tetap Singapura, akan merapatkan hubungan yang muda dan yang tua dalam meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-55 negara.

Dengan format ini, jawatankuasa penganjur NDP2020 ingin merapatkan hubungan kesemua rakyat Singapura, sambil memastikan orang ramai dan peserta selamat walaupun dengan ancaman COVID-19.

Bertemakan "Together, A Stronger Singapore", NDP tahun ini menyeru rakyat Singapura agar berganding tangan dengan semangat simpati terhadap satu sama lain di samping berbaik-baik sesama sendiri dalam mengharungi pandemik untuk bangkit dengan semangat yang lebih teguh.

"NDP tahun ini bakal menjadi peristiwa penting. Untuk pertama kalinya sejak mencapai kemerdekaan, rakyat Singapura tidak dibawa untuk berkumpul di satu lokasi, kami akan sebaliknya membawa NDP ke setiap rumah rakyat Singapura," kata Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif NDP2020, Brigadier Jeneral (BG) Frederick Choo, 41.

"Seperti 54 tahun yang lepas, NDP tahun ini akan mengingatkan kita tanpa goyah bahawa Singapura akan terus berjuang. COVID-19 tidak akan menghalang kami. Kami akan terus meraikannya, tapi dengan cara lain."

Format bagi NDP tahun ini menjadi peringatan bahawa rakyat Singapura tidak putus semangat dalam mengharungi badai dan muncul daripada pengalaman ini dengan lebih gigih kata BG Choo. (Foto: NDP2020 EXCO)

Antara yang menarik ialah:

Terbang Lalu Bendera Negara akan terbang melintasi ruang udara negara sambil Lagu Kebangsaan dimainkan di Padang.

Nafas baharu untuk segmen lama yang masih digemari ramai

Keraian pagi akan dimulakan dengan Ucapan Rapat Hari Kebangsaan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong diikuti dengan Perbarisan yang akan diadakan di Padang.

Presiden Halimah Yacob akan hadir untuk memeriksa Perbarisan. Sambil Lagu Kebangsaan dimainkan di Padang, bendera negara akan dikibarkan tinggi di upacara-upacara menaikkan bendera di seluruh pulau.

Terbang Lalu Bendera Negara juga akan terbang melintasi ke seluruh pelosok ruang udara Singapura semasa Lagu Kebangsaan dimainkan. Nyanyikan Lagu Kebangsaan dan pastikan anda memerhatikan ruang udara, anda mungkin akan dapat menyaksikan dengan mata anda sendiri Terbang Lalu Bendera Negara!

Menjadikan pengalaman keraian ini lebih intim dan dekat di hati rakyat: (Ikut arah jam dari atas kiri) F-15SG RSAF, Red Lions Tentera Singapura, kapal-kapal RSN dan Mobile Column akan dibawa untuk mendekati rakyat Singapura.

Mendekatkan anda dengan segala aksi

Berminat menyaksikan aset-aset daripada Angkatan Bersenjata Singapura dan Pasukan Dalam Negeri beraksi semasa Perbarisan? Tahun ini, anda akan dapat menyaksikan mereka ini semua di kawasan kejiranan anda!

Jet pejuang F-15SG Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) bakal menghasilkan deruman "Roar of Unity" dan terbang melintasi ruang udara pulau dalam satu formasi.

Di darat, Mobile Column akan menjelajah ke seluruh pelosok pulau. Red Lions akan membuat penampilan istimewa di lokasi-lokasi terpilih.

Jika anda duduk berdekatan dengan kawasan pantai, perhatikan kemunculan kapal-kapal Tentera Laut Republik Singapura (RSN) juga kapal-kapal dari agensi-agensi nasional lain sambil ia berlayar lalu sempena ulang tahun kemerdekaan negara.

Mercun akan dibakar dari 10 lokasi berbeza, dengan itu menamatkan NDP tahun ini dengan penuh gemuruh.

Mengucapkan terima kasih kepada wira kita yang bertugas hari demi hari

Segmen Pertunjukan akan diadakan pada waktu malam, di The Star Theatre. Para selebriti akan bekerjasama dengan anak-anak watan Singapura untuk mempersembahkan pertunjukan-pertunjukan dalam kumpulan kecil yang akan disiarkan di TV dan Internet.

Pertunjukan ini akan memberikan penghormatan kepada pejuang barisan hadapan dan wira masyarakat yang berjaya mengubah keadaan menjadi lebih bik semasa pandemik COVID-19, dan menyampaikan kisah rakyat Singapura yang telah menunjukkan daya tahan, perpaduan, sikap optimis dan harapan semasa krisis ini.

Ia akan mencapai puncaknya dengan nyanyian lagu kebangsaan seluruh negara serta melafazkan ikrar yang akan berlangsung di seluruh negara pulau, diiringi mercun yang dibakar dari 10 lokasi berbeza di seluruh Singapura.

Setiap isi rumah akan menerima Funpack (kiri atas), dengan aktiviti-aktiviti yang boleh nikmati oleh semua ahli keluarga bersama-sama. Butiran reka bentuk Funpack akan disiarkan pada tarikh yang akan menyusul.

Sertai dari rumah

Setiap isi rumah rakyat dan Penduduk Tetap Singapura akan menerima Funpack NDP2020, yang direka bentuk oleh artis kelainan upaya yang bercita-cita tinggi dan pelajar-pelajar sekolah Rendah 5.

Ia didatangkan dengan item aktiviti yang boleh digunakan oleh kesemua ahli keluarga, seperti kad ikrar yang mereka boleh kongsi di media sosial, dan item kegemaran keluarga seperti bendera tangan dan penapis lampu suluh yang mereka boleh gunakan sambil menonton perbarisan dan pertunjukan di rumah.

Anda juga boleh menjadi sebahagian daripada kempen NDP2020 dengan memuatnaikkan video dan gambar foto, ucapan salam, renungan atau kisah kepada akaun media sosial anda menggunakan hashtag #TogetherStrongerSG dan #NDP2020, di samping menanda akaun media sosial rasmi NDP di Facebook (facebook.com/NDPeeps) dan Instagram (@NDPeeps).

 

1-UP-B-caption
Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?