PERARAKAN YANG TIDAK KURANG MENARIKNYA — 9 PENCAPAIAN PERTAMA NDP YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN

news1-photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/news1-photo1dc13afb9-20e2-49c7-835f-5f2cfa2bb2a9.jpg?sfvrsn=ff66b9e4_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PERARAKAN-YANG-TIDAK-KURANG-MENARIKNYA-MDASH-9-PENCAPAIAN-PERTAMA-NDP-YANG-TIDAK-DAPAT-DILUPAKAN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PERARAKAN-YANG-TIDAK-KURANG-MENARIKNYA-MDASH-9-PENCAPAIAN-PERTAMA-NDP-YANG-TIDAK-DAPAT-DILUPAKAN
PERARAKAN YANG TIDAK KURANG MENARIKNYA — 9 PENCAPAIAN PERTAMA NDP YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN
05 Aug 2020 | COMMUNITY

PERARAKAN YANG TIDAK KURANG MENARIKNYA — 9 PENCAPAIAN PERTAMA NDP YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN

// BERITA OLEH GABRIEL LEE

// FOTO OLEH PIONEER PHOTOGRAPHERS

Sejak kemunculannya buat pertama kali pada 1969 dengan 18 kereta kebal AMX-13, Mobile Column telah berkembang untuk merangkumi lebih 100 kenderaan yang memaparkan kemampuan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Pasukan Polis Singapura dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura. Kelihatan Mobile Column melintasi Padang pada 2019, yang menandakan ulang tahun ke-50 Mobile Column.

Daripada terbang lintas hormat kepada letusan mercun, sambutan Perarakan Hari Kebangsaan (NDP) merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan oleh warga Singapura setiap tahun. Sebagai memperingati ulang tahun ke-55 Singapura pada 9 Ogos, berikut ialah senarai pencapaian pertama NDP yang tidak dapat dilupakan yang anda mungkin tidak ketahui.

Kontinjen Pasukan Pertahanan Rakyat ketika itu berdiri tegak tanpa berbelah bagi walaupun basah kuyup ditimpa hujan lebat pada 1968. [Foto: Arkib Negara Singapura]

1) Perarakan yang sudah banyak kali dilalui dalam hujan lebat, termasuklah NPD Singapura yang julung-julung kali diadakan pada 1966.

Cuaca buruk sememangnya menghambarkan suasana keraian! Hujan yang mencurah-curah lebat semasa NDP 1968 tersemat dalam ingatan warga Singapura ketika peserta dan penonton dari semua peringkat masyarakat berdiri dengan tabah di dalam hujan lebat.

Sebuah helikopter Alouette membawa bendera negara semasa terbang lintas hormat di NDP 1973.

2) Terbang Lintas Hormat Bendera Negara NDP buat pertama kalinya diadakan pada 1970.

Pada tahun itu, helikopter Alouette III Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) membawa bendera berukuran 3m kali 2m. Tugas ini kemudiannya diturunkan kepada UH-1H "Huey" pada 1980 dan kemudiannya Super Puma pada 1986.

Hari ini, Terbang Lintas Hormat Bendera Negara diterbangkan oleh helikopter Chinook. Saiz bendera juga menjadi lebih besar secara mendadak mengikut perubahan masa dan kini lebih senang dilihat - ia kini berukuran 30m kali 20m!

Letusan mercun yang menerangi langit malam semasa NDP 1982. Meluncur di permukaan air ialah pertunjukan istimewa naga laut, yang memaparkan 30,000 bal lampu pada badannya dan lampu laser pada matanya.

3) NDP diadakan pada waktu malam untuk pertama kalinya pada 1973.

Tahukah anda bahawa NDP pada awal penganjurannya bermula seawal pukul sembilan pagi? Cuma pada tahun 1973 ia mula diadakan pada waktu malam. Tahun ini, NDP akan mempunyai pertunjukan pagi dan malam - dengan segmen ketenteraan diadakan pada waktu pagi dan pelbagai pertunjukan tarian serta pertunjukan lain pada waktu malam. NDP 2020 juga menandakan buat pertama kalinya pertunjukan malam akan diadakan secara tertutup.

Perbarisan kawat yang diadakan di Ang Mo Kio semasa NDP 1983. Inilah tahun terakhir NDP diadakan di pelbagai lokasi.

4) NDP dipencarkan untuk pertama kalinya pada 1975.

Tahukah anda bahawa NDP tahun ini akan mencipta sejarah sekali lagi selepas luang hampir 40 tahun sejak perarakan terakhir diadakan di pelosok pulau? Antara 1975 dan 1983, NDP telah dipencarkan penganjurannya selang setahun untuk membawa perayaan itu ke pelosok pulau, menampilkan pelbagai kontinjen kawat dan pertunjukan di setiap lokasi.

Terbang lintas hormat NDP 1984 membabitkan 53 pesawat RSAF, termasuk lapan helikopter UH-1H di samping 15 Hawker Hunter, 15 Skyhawk dan 15 jet pejuang F-5.

5) NDP 1984 menandakan banyak pencapaian "pertama kali" dalam sejarah perarakan

Dikenali sebagai NDP yang mencatat pelbagai rekod "pertama kali", NDP 1984 menandakan sambutan pembinaan negara 25 tahun Singapura. Inilah pertama kalinya bagi begitu banyak pesawat RSAF (53!) terbabit dalam terbang lintas hormat yang sangat dinanti-nantikan ini, di samping juga buat pertama kalinya aset ketenteraan seperti Mortar 160mm dan Pelancar Jambatan Kenderaan Berperisai telah ditampilkan semasa perarakan.

Ini juga adalah untuk pertama kalinya lagu Hari Kebangsaan yang kini menjadi klasik, Stand Up For Singapore, turut ditampilkan - lagu tema NDP kini menjadi tradisi tahunan.

Kelasi, yang berada di salah satu bot pembedil misil peluru berpandu RSN, memberi tabik kepada mantan Presiden Wee Kim Wee (dua dari kanan) semasa pemeriksaan perarakan laut yang diadakan di NDP 1990.

6) Pemeriksaan perarakan laut NDP diadakan buat pertama kalinya pada 1990.

Secara rasminya digelar "Perarakan Laut Presiden”, acara ini menyaksikan mantan Presiden Wee Kim Wee membuat pemeriksaan flotila kapal yang mengagumkan yang terdiri daripada 25 kapal Tentera Laut Republik Singapura (RSN) kepada lebih 100 kapal layar mewah.

RSN memaparkan tradisi tentera laut yang kaya semasa segmen tersebut, seperti "kapal sorak” dengan anak-anak kapal berpakaian istiadat berwarna putih berdiri di dek dan memberikan tabik hormat kepada Encik Wee.

Komando SAF yang terlatih melakukan satu siri aksi yang menakjubkan ketika menuruni salah satu daripada menara lampu limpah di Stadium Nasional lama pada 1991.

7) Siapa yang boleh lupa NDP di mana anggota-anggota Komando mencuri tumpuan dengan mempersembahkan aksi turun Omega segerak pada 1991?

Aksi turun Omega 20 tingkat oleh anggota-anggota Komando dari menara lampu limpah Stadium Nasional bukan sahaja pertama kali dipersembahkan di NDP, tetapi ia juga aksi paling tinggi yang pernah dipertunjukkan di Singapura ketika itu. Pertunjukan itu mendapat gelarannya yang luar biasa daripada peralatan khas yang digunakan untuk mengikat kaki anggota Komando (kepada tali nilon) yang berbentuk abjad Yunani, Omega.

Catatan tambahan: Tahukah anda bahawa tahun 1991 juga adalah tahun pek NDP diperkenalkan?

Lampu, kamera, aksi: dua Bot Boleh Kembung Badan Tegar yang memecut untuk mengambil penyelam tentera laut yang telah dikerah dari dalam air semasa Aksi 2 Pertunjukan Pertahanan Dinamik di NDP 2007.

8) Sambutan NDP berpindah ke lokasi baharu - The Float @ Marina Bay - pada 2007, dan memperkenalkan segmen perarakan baharu yang memaparkan pertunjukan gabungan darat, udara dan laut oleh SAF.

Di samping perubahan tempat dari Stadium Nasional lama di Kallang, NDP 2007 memperkenalkan segmen ketenteraan baharu yang dipanggil Pertunjukan Pertahanan Dinamik.

Pertunjukan yang cepat dan mengujakan oleh aset darat, laut dan udara SAF, yang diiringi piroteknik, kesan bunyi, muzik dan suara tindih, menjadi kegemaran penonton sejak itu.

Pada 2017, segmen kedua yang memaparkan serangan pengganas olok-olok telah diperkenalkan untuk pertama kali bagi menggambarkan ancaman realistik baharu yang perlu ditangani SAF.

Kuasa wanita: Shirley Ng yang sebelum ini berpangkat 3WO (kanan) disambut oleh Junior Red Lions selepas membuat terjunan pertama kali di NDP 2014.

9) Wanita pertama yang menjadi anggota Red Lions membuat terjunan pertamanya di NDP 2014.

Ini sepatutnya terjadi pada tahun sebelumnya pada 2013, tetapi cuaca buruk telah menghalang terjunan Red Lions pada NDP 2013. Namun Pegawai Waran 2 (2WO) Shirley Ng tidak berputus asa dan membuat terjunan pada tahun seterusnya, menjadikan dia ahli payung terjun yang pertama melakukannya dalam sejarah 25 tahun Red Lions.

Nantikan aksinya semasa terjunan Red Lions tahun ini! Pemasang rig di Markas Detasmen Selenggaraan akan mendarat di padang terbuka berdekatan dengan Hospital Besar Sengkang menjelang 9 Ogos, sebagai sebahagian daripada penghormatan Red Lions kepada petugas penjagaan kesihatan yang berjuang menentang COVID-19.

Catatan tambahan: Tahukah anda bahawa Red Lions hanya menggunakan nama ini pada 1996? Walaupun anggota-anggota Komando telah melakukan terjunan payung terjun di NDP sejak tahun 70-an, mereka hanya diformalkan sebagai satu pasukan pada 1989.

 

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?