PENINGKATAN PENGALAMAN NS TERMASUK TEKNOLOGI YANG MENJIMATKAN MASA, KENAIKAN ELAUN

02mar20_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/02mar20_photo159cc849c-cbcf-47e9-a373-3a17e3d54d6e.jpg?sfvrsn=3662268e_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PENINGKATAN-PENGALAMAN-NS-TERMASUK-TEKNOLOGI-YANG-MENJIMATKAN-MASA-KENAIKAN-ELAUN
PENINGKATAN PENGALAMAN NS TERMASUK TEKNOLOGI YANG MENJIMATKAN MASA, KENAIKAN ELAUN https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PENINGKATAN-PENGALAMAN-NS-TERMASUK-TEKNOLOGI-YANG-MENJIMATKAN-MASA-KENAIKAN-ELAUN
02 Mar 2020 | COMMUNITY

PENINGKATAN PENGALAMAN NS TERMASUK TEKNOLOGI YANG MENJIMATKAN MASA, KENAIKAN ELAUN

Banyak inisiatif baharu akan diperkenalkan untuk memperbaiki pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) untuk setiap anggota.

// BERITA OLEH THRINA THAM

// FOTO OLEH PIONEER PHOTOGRAPHERS

Para rekrut menjalani perarakan haluan semasa Latihan Asas Tentera. MINDEF dan SAF sedang memperkenalkan inisiatif-inisiatif untuk membantu memudahkan transisi pra calon NS.
English 华文
English 华文

Kementerian Pertahanan (MINDEF) sedang meningkatkan pengalaman NS, kata Menteri Negara Kanan Pertahanan Heng Chee How semasa perdebatan Jawatankuasa Bekalan mengenai bajet pertahanan pada 2 Mac, di mana beliau mengumumkan faedah-faedah baharu untuk pra calon dan anggota-anggota perkhidmatan negara.

"Kekuatan NS yang berpanjangan akhirnya bergantung kepada komitmen anggota-anggota tentera kita. Kerana itulah kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki pengalaman NS bagi setiap anggota," kata Encik Heng.

Menjelang 1 Mac, anggota-anggota perkhidmatan negara di seluruh SAF dan Pasukan Dalam Negeri akan menerima kenaikan antara $70 dan $120 bagi elaun bulanan NS mereka.

Ini bertujuan mengiktiraf sumbangan anggota NS kita, kata Encik Heng.

Elaun NS yang disemak semula ini termasuk elaun kerjaya berjumlah sekurang-kurangnya $50. Mereka yang berada dalam kerjaya tempur terpilih akan menerima tambahan sehingga $100 untuk elaun kerjaya mereka, yang akan menggantikan elaun tempur semasa.

Untuk membantu pra calon menyediakan diri secara fizikal untuk NS, MINDEF telah menjalin kerjasama dengan SAFRA bagi melancarkan Program Latihan Pra Calon untuk Perkhidmatan Negara (PREP4NS) pada November lepas.

Program yang kini sedang dalam tempoh percubaan, membolehkan pra calon menikmati keahlian percuma untuk satu tahun di enam gim SAFRA EnergyOne di seluruh Singapura. MINDEF dan SAF sedang bekerjasama dengan SportSG untuk melanjutkan PREP4NS kepada 24 gim-gim ActiveSG.

Encik Nuh (latar depan) dan rakan pra calon Encik Simiyon Raju Aroharrison telah mula bersenam di gim-gim SAFRA sejak menyertai skim PREP4NS.

Lebih daripada 6,000 anak-anak muda telah mendaftar untuk program sejak ia dilancarkan dan Muhammad Nuh yang berusia 22 tahun adalah salah seorang daripada mereka.

"Saya rasa benar-benar beruntung…(kerana) saya memang mencari-cari untuk menyertai gim," kata Encik Nuh yang bakal menamatkan Diploma dalam Pembinaan Hijau & Kemampanan di Politeknik Temasek pada Mei ini.

"Saya ada mendengar daripada kawan-kawan bahawa NS menekankan kerja berpasukan dan saya hendak membina keupayaan saya untuk berlatih – dengan membina stamina agar boleh bangkit tubi, berlari dan berarak dengan baik."

Encik Nuh, yang memulakan PREP4NS di SAFRA Tampines tiga minggu dahulu menambah bahawa dia berlatih tiga kali seminggu di gim. "Saya dalam keadaan yang lebih baik (sejak mula berlatih). Yang bagusnya gim itu dekat dengan rumah saya."

Encik Heng (hujung kiri) bercakap dengan NSF yang menghadiri Bengkel Nasihat SkillsFuture Ogos lepas. MINDEF akan meningkatkan skim SkillsFuture@NS untuk menyediakan NSF dengan kemahiran untuk kenaikan gred.

Bagi menyokong Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) dalam perjalanan pembelajaran mereka, Program Pekerjaan Pra-Pelepasan Elektronik atau kursus-kursus E-PREP kini akan disubsidikan sepenuhnya, daripada subsidi masa kini 90 peratus yuran kursus.

Kursus-kursus ini, yang berada di bawah skim SkillsFuture@NS, bertujuan membantu NSF transit kepada pengajian atau pekerjaan selepas NS mereka.

Jumlah kursus E-PREP yang ditawarkan juga akan dinaikkan daripada 3,000 hingga 4,000 dari 1 April; ia terdiri daripada kursus-kursus SkillsFuture kepada kursus-kursus yang ditawarkan oleh Institut-Institut Pengajian Tinggi (IHL). Di samping itu, jumlah kursus yang membenarkan NSF memperoleh pengecualian kredit untuk pengajian di masa hadapan telah meningkat daripada 26 kepada hampir 100.

Dua IHL baharu – Universiti Nasional Singapura dan Institut Pendidikan Teknikal – telah turut serta menawarkan kursus-kursus E-PREP tahun ini.

eServices di portal NS akan dipertingkatkan untuk proses pra pendaftaran yang lebih cekap dan lancar.

Peningkatan juga dibuat di eServices di Portal NS, di mana pra calon boleh membuat transaksi dalam talian dengan lebih mudah.

Contohnya, permohonan permit bon dan permit keluar boleh dilengkapkan dalam satu transaksi dalam talian, berbanding dengan permohonan yang perlu dibuat secara berasingan.

Ini adalah sebahagian daripada inisiatif Smart CMPB (Pusat Pangkalan Sumber Manusia). Apabila inisiatif ini dilaksanakan sepenuhnya, pra calon akan dimaklumkan keputusan permohonan pra-pendaftaran mereka (seperti untuk penangguhan dan permit keluar) sehingga 40 peratus lebih pantas.

NSmen sedang menjalani penilaian Pusat Penilaian Latihan Tentera mereka. Jawatankuasa peringkat tinggi akan dibentuk untuk meneliti ICT dan kerahan NSmen.

Berucap semasa perdebatan Bajet pada 2 Mac, Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen juga mengumumkan pembentukan jawatankuasa peringkat tinggi untuk meneliti Latihan Dalam Kem dan kerahan sumber manusia untuk Anggota-anggota Perkhidmatan Negara yang Sedia Beroperasi (NSmen).

Dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha (Pentadbiran) Elaine Ng dan Panglima Tentera Mejar-Jeneral Goh Si Hou, jawatankuasa ini akan menangani cabaran masalah sumber manusia yang bakal mendatang sambil memenuhi keperluan generasi baharu NSmen.

"Jumlah ICT yang sama bagi setiap NSman akan kekal tetapi kami mahu memperbaiki hasil dan kecekapan setiap ICT. Bagi sumber manusia…kami perlu memadankan secara lebih baik kemahiran dan kebolehan NSmen dengan kerjaya mereka, di samping menjadikan latihan lebih terfokus kepada peranan operasi mereka," kata Dr Ng.

Semasa debat Bajet, Menteri Negara Kanan Pertahanan Dr Mohamad Maliki bin Osman juga mengumumkan Skim Keluarga SAFRA yang baru. Dengan mendaftar untuk pakej keluarga, NSmen boleh menikmati kemudahan SAFRA dengan tanggungan mereka melalui satu yuran yang subsidikan.

"Saya percaya sokongan keluarga dan masyarakat terhadap anggota-anggota perkhidmatan negara kita akan memotivasikan mereka untuk memberikan yang terbaik dalam menjalankan tugas mereka," kata Dr Maliki.

 

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?