PENGURUSAN KESELAMATAN DI SAF ADALAH SETANDING DENGAN FIRMA PERIBADI TERKEMUKA: PANEL LUARAN

15jul21_news2_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/15jul21_news2_photo15c5bec58-2996-415d-b84c-aeecc630ffac.jpg?sfvrsn=767f1d01_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PENGURUSAN-KESELAMATAN-DI-SAF-ADALAH-SETANDING-DENGAN-FIRMA-PERIBADI-TERKEMUKA-PANEL-LUARAN
PENGURUSAN KESELAMATAN DI SAF ADALAH SETANDING DENGAN FIRMA PERIBADI TERKEMUKA: PANEL LUARAN https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PENGURUSAN-KESELAMATAN-DI-SAF-ADALAH-SETANDING-DENGAN-FIRMA-PERIBADI-TERKEMUKA-PANEL-LUARAN
15 Jul 2021 | OPS & TRAINING

PENGURUSAN KESELAMATAN DI SAF ADALAH SETANDING DENGAN FIRMA PERIBADI TERKEMUKA: PANEL LUARAN

Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah menunjukkan bahawa ia memberi penekanan kuat dalam memperkukuh keselamatan di setiap peringkat.

// KISAH TEO JING TING

// FOTO ONG JI XUAN

Seorang rekrut menjalani Pakej Asas Trainfire.
English 华文
English 华文

Tahap kematangan dalam sistem pengurusan keselamatan di SAF adalah di antara syarikat-syarikat terkemuka di sektor swasta.

Pengerusi Panel Kajian Luaran Ketiga tentang Keselamatan SAF (ERPSS) Heng Chiang Gnee menerangkan semasa lawatan panel ke Pusat Latihan Asas Tentera (BMTC) pada 15 Jul. Ia merupakan lawatan ketiga lapangan pertama ERPSS semenjak pelancarannya pada Februari.

Semasa lawatan tersebut, para anggota diberi penjelasan tentang usaha SAF untuk meningkatkan sistem pengurusan keselamatan dan memperkukuh budaya keselamatannya. Mereka juga diberi penerangan tentang langkah-langkah pengurusan yang selamat terhadap COVID-19 yang tersedia di BMTC. Ini diikuti dengan lawatan ke padang 100m Tekong di mana para anggota menyaksikan rekrut menjalani pakej asas trainfire mereka dan bagaimana keselamatan disisipkan dalam latihan darat.

ERPSS ketiga yang merangkumi pakar-pakar relevan daripada sektor pemerintah, industri dan profesional, akan terus menilai amalan keselamatan SAF dan mengesyorkan pembaikan. Sepanjang tempoh tiga tahunnya, panel tersebut akan mengunjungi pelbagai formasi dan unit di seluruh SAF untuk melihat sendiri amalan dan pengurusan keselamatan yang disediakan di lapangan.

Encik Heng (berbaju putih) sedang bergaul dengan seorang rekrut. Beliau ditemani Komander SAF BMTC Kolonel Yee Kok Meng (paling kiri).

Memandangkan bahawa lawatan ini adalah penting bagi para anggota untuk lebih memahami dan prihatin terhadap situasi askar-askar di darat, Encik Heng berkata: "Tahap pengurusan keselamatan dalam keadaan masa kini ternyata diurus dengan baik. Sambil berinteraksi dengan askar, kami juga... (menerima) input terdahulu perspektif mereka tentang keselamatan."

Beliau juga mendesak para komander dan askar-askar agar tidak bersikap puas hati dalam hal keselamatan dan menekankan bahawa "memiliki set minda dan kepercayaan bahawa kesemua kemalangan boleh dielakkan adalah penting sekali".

Tambah beliau lagi: "Bila masa anda terfikir bahawa ada sesuatu yang akan berlaku dan tidak dapat dielakkan, kemungkinan besar anda tidak akan mengelakkannya daripada berlaku."

Anggota ERPSS sedang berinteraksi dengan para rekrut di padang 100m Tekong.

Mengukuhkan budaya keselamatan

Untuk memantapkan budaya keselamatan di SAF, pendukung keselamatan telah dilantik di semua unit sejak 2019. Para anggota tentera yang dipilih oleh komander unit mereka ini, akan mengumpulkan pemerhatian keselamatan dan kebimbangan rakan sebaya mereka dan menyampaikannya kepada komander-komander unit.

Sebagai pendukung keselamatan dalam kumpulan fungsinya, Rekrut (REC) Yeow Dao Xing mencari halangan keselamatan semasa latihan. Dia juga membantu memastikan agar kumpulan fungsinya mematuhi langkah-langkah penjarakan yang selamat pada setiap masa.

Semasa sesi Ujian Kecekapan Jasmani Perseorangan baru-baru ini, rakan seksyennya REK Yeow ternampak beberapa pin penyemat baju di atas tanah dan memberitahunya. Hal ini segera dilaporkan kepada komandernya dan pin-pin penyemat baju dibuangkan.

Peranan REK Yeow sebagai pendukung keselamatan juga memerlukannya menghadiri sesi proses pembelajaran tindakan sebelum, semasa dan selepas setiap aktiviti. Ini adalah sesi maklum balas pendukung keselamatan untuk membentangkan kepada komander sebarang pelanggaran keselamatan yang diabaikan semasa latihan.

"Penyelia kami akan berbincang dan mendengar pendapat kami tentang beberapa pelanggaran keselamatan, justeru saya pun memberitahunya tentang insiden pin penyemat baju yang boleh mencederakan seseorang sekiranya terpijak," kata rekrut yang berusia 20 tahun daripada syarikat ke-5 di Sekolah BMTC 4.

"Dan sekarang sebelum setiap aktiviti, dia akan membuat sapuan di sekitar medan perbarisan untuk memastikan tidak terdapat pin penyemat baju di medan perbarisan tersebut."

Menyedari bahawa maklum balas dan pendapatnya diberi pertimbangan juga, telah memupuk rasa tanggungjawab dalam REK Yeow, yang telah menjadi pendukung keselamatan selama dua minggu.

"Ia menggalakkan saya, untuk ingin melakukan lebih banyak lagi, untuk membantu dari segi keselamatan bagi komander dan rakan-rakan seksyen saya."

2LT Divya (kiri) dan REK Yeow berpendapat adalah penting untuk memupuk budaya keselamatan yang teguh untuk mengelakkan berlakunya sebarang insiden.

Budaya pelaporan terbuka

Pendukung keselamatan seperti REK Yeow terbukti banyak membantu para komander.

Bagi Leftenan ke-2 (2LT) Shah Divya Vipulkumar, ia seakan-akan memiliki sepasang mata tambahan di tanah yang memantau keselamatan latihan.

"Apabila para komander terlalu asyik terlibat dalam latihan, kami mungkin terlepas pandang paku atas tanah atau banyak serpihan atau dedaun di laluan larian. Adalah lebih mudah bila ada lebih tenaga kerja yang terlibat dalam proses keselamatan daripada mengharapkan seorang lelaki memikul tanggungjawab terhadap segala-galanya," kata Komander Platun berusia 20 tahun dari syarikat ke-5 di Sekolah BMTC 4.

"Ini (juga) akan membantu kami meningkatkan tahap keselamatan dari pendekatan bawah ke atas. Dengan cara ini, kami boleh membetul-betulkan dan menambahbaik perancangan kami agar ia menjadi lebih mantap."

Sebagai komander, 2LT Divya juga memastikan keselamatan anggota rekrut adalah keutamaannya. Daripada latihan atas meja dan taklimat keselamatan sehingga perbarisan air, pengambilan dan pemeriksaan suhu untuk menentukan rekrut dalam keadaan sihat sebelum memulakan latihan, para komander berusaha sedaya upaya untuk memastikan agar semua orang berada pada halaman yang sama dan memahami peranan mereka dengan baik, terutamanya semasa kecemasan.

Memperkukuh budaya pelaporan terbuka

Pengenalan aplikasi SafeGuardian juga terbukti sebagai suatu jaring keselamatan tambahan.

Dengan adanya peraturan keselamatan latihan yang tersedia di aplikasi, 2LT Divya akan merujuk kepadanya untuk mendapatkan kepastian tentang beberapa perkara tertentu seperti tempoh kitaran rehat kerja bagi rekrut untuk sesuatu aktiviti.

App SafeGuardian juga memiliki fungsi pelaporan terbuka untuk komander mengambil gambar dan muat naiknya ke dalam app jika mereka mengecam bahaya keselamatan, seperti pohon tumbang yang menyekat jalan evakuasi.

"Dengan adanya app, kami boleh mengambil gambar dan melaporkannya dengan segera. Ia akan memberitahu komander lain di kawasan latihan tentang hal itu dan merancang jalan evakuasi yang lain."

Memandangkan rekrut tidak membawa telefon mereka semasa latihan, app ini hanya boleh digunakan oleh komander di BMTC. Walau bagaimanapun, pendukung keselamatan boleh memberi amaran kepada komander mereka jika mereka mengecam bahaya keselamatan dan komander boleh mengambil gambar untuk melapor dan muat naik ke dalam app.

"Kami ingin menyediakan pendekatan keselamatan yang lebih holistik di BMTC," kata 2LT Divya.

Jika kami boleh mendapatkan setiap orang untuk memainkan peranan masing-masing, latihan keselamatan pasti akan berjalan dengan lancar."

Suggested Reading
Feature
60 TAHUN, KOMITMEN MEREKA KEKAL KUAT
MILESTONES
01 Jul 2025

SAF meraikan ulang tahunnya yang ke-60 pada 1 Julai dengan Perbarisan Hari SAF khas dan Majlis Dedikasi Semula Gabungan di seluruh Singapura.

Cover story
MELAKUKAN YANG TERBAIK DALAM PERTANDINGAN UNIT TERBAIK SAF
MILESTONES
28 Jun 2025

Unit-unit ini diiktiraf atas pencapaian cemerlang mereka dalam Pertandingan Unit Terbaik SAF tahun ini. Ketahui apa yang menjadikan mereka juara!

Feature
MENGIKTIRAF SUMBANGAN MEREKA KEPADA SAF
MILESTONES
27 Jun 2025

Anggota kerahan ini adalah antara lebih 1,200 kakitangan MINDEF dan SAF yang dinaikkan pangkat atas prestasi dan potensi baik mereka – temui COL Fairoz, SWO Zulkarnaen, MAJ Muhammad Iskandar dan 1SG Muhd Hidhir.

PERTUNJUKAN NDP 2025 MELUAS DARI PADANG KE MARINA BAY
COMMUNITY
26 Jun 2025

Pertunjukan NDP tahun ini akan menjadi ekstravaganza muzikal dengan lebih 3,000 penghibur, lapan terapung darat dan air, dan pentas mudah alih terbesar yang pernah digunakan dalam sejarah NDP!

Feature
MENYEDIAKAN PERBARISAN UNTUK JUBLI INTAN SAF
PEOPLE
23 Jun 2025

Komander Perbarisan Hari SAF LTC Shew Narian dan Sarjan Mejar Rejimen (RSM) Perbarisan ME4 Lee Han Seng berkongsi bagaimana mereka dan para peserta perbarisan telah bekerja keras untuk mengadakan perbarisan yang sempurna pada 1 Jul.

Cover story
Paparan udara-darat-laut pertama di Kontinjen Kenderaan NDP 2025
PEOPLE
23 Jun 2025

Kontinjen Kenderaan NDP membuat pulangan yang sangat dinanti-nantikan tahun ini bukan sahaja di darat, tetapi juga di udara dan di perairan Marina Bay!

Feature
S'PURA & INDONESIA MENGAKHIRI LATIHAN MENENTANG KEGANASAN
OPS & TRAINING
04 Jun 2025

Kira-kira 160 anggota SAF dan TNI telah mengambil bahagian dalam latihan lapangan dua hala memerangi keganasan, yang diadakan dari 2 hingga 4 Jun di luar perairan Batam, Indonesia.

Feature
LAPANGAN UDARA, DI MANA SAJA
OPS & TRAINING
03 Jun 2025

Helikopter tentera berlepas dan mendarat di padang golf? Ketahui bagaimana RSAF menjadikan Sembawang Country Club sebagai kawasan kerahan sementara di luar.

PERGI SENDIRIAN BUKAN JAWAPAN KEPADA KETIDAKAMANAN – ENCIK CHAN
DIPLOMACY
01 Jun 2025

“Pergi sendirian bukanlah jawapan kepada ketidakamanan”, tegas Menteri Pertahanan Encik Chan Chun Sing pada Dialog Shangri-La (SLD), yang diadakan dari 30 Mei hingga 1 Jun. Ini adalah salah satu perkara utama beliau pada ucapannya di sidang pleno keenam pada 1 Jun.

MELAKUKAN YANG TERBAIK DAN MELAMPAUI BATAS UNTUK NS
PEOPLE
29 May 2025

Daripada menaik taraf PESnya kepada melanjutkan perkhidmatan NSnya kepada menyokong pekerja NSmannya, CPT (NS) Chong Wee Yeat berusaha keras untuk NS.