Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/28nov19pnr-photo0e276c728-396a-45e5-9a96-5574acf34c8c.jpg?sfvrsn=4985cb14_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PENGASAS-KOMANDO
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PENGASAS-KOMANDO
PENGASAS KOMANDO
28 Nov 2019 | PEOPLE

PENGASAS KOMANDO

MENITI JALAN KENANGAN DENGAN LEFTENAN KOLONEL (LTC) (B) CLARENCE TAN – PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB MENUBUHKAN FORMASI KOMANDO SAF – SERTA KETAHUI PERJALANAN RED BERETS YANG TERKENAL.

Tentang menjadi Pegawai Pemerintah (CO) Batalion Komando 1 (1 Cdo Bn) dan merekrut anggota-anggota Komando yang pertama:

"Pada 1969, Pengarah SAFTI (Institut Latihan Angkatan Bersenjata Singapura) memanggil semua pegawai muda untuk mesyuarat dan menyatakan bahawa unit khas akan ditubuhkan untuk melatih anggota-anggota elit untuk operasi khas. Perintah Formasi telah dikeluarkan untuk memulakan unit Tetap pada Disember tahun itu. Pada 1970, saya telah diletakkan sebagai CO di unit tersebut.

Sambutan kepada perekrutan ketika itu sangat hambar. Mereka (anggota-anggota dalam SAF) sudah menjadi Anggota Tetap, tiada sebab kenapa mereka patut menyertai unit Tetap yang lain?

Insentif yang saya boleh tawarkan hanyalah perjalanan yang mencabar; latihan di luar negara; dan juga elaun.

LTC (B) Tan sedang memeriksa perbarisan. [Foto ihsan LTC (B) Tan]

Di peringkat awal, lebih kurang 10 pegawai dan 20 NCO (pegawai tidak bertauliah) menawarkan diri untuk menyertai unit ini. Kami menetapkan kriteria yang sangat ketat bagi menyertai unit ini, terutamanya dari segi kesihatan fizikal. Menjelang penghujung tahun (pertama), kami tidak berupaya mencapai kekuatan penuh kompeni."

LTC (B) Tan (kedua dari kiri) berbincang dengan Komando untuk merancang latihan pada 1970. [Foto ihsan LTC (B) Tan]

Hari-hari awal latihan Komando:

"Pada peringkat awal latihan, kami tidak mempunyai peralatan yang betul – tiada jaket kalis peluru atau helmet balistik. Senjata yang kami gunakan ialah pistol Browning 9mm and submesingan 9mm Sterling. Untuk menaiki pesawat, kami menggunakan tangga bambu yang digunakan oleh jurusemboyan untuk memanjat bagi mengikat tali untuk semboyan. Peralatan kami primitif, tetapi kami menggunakan sahaja apa yang kami ada.

Kami tidak menjalankan banyak latihan biasa – kami sebaliknya melatih anggota-anggota untuk operasi khas, teknik menyerang, operasi bot kecil dan operasi unit kecil. Walaupun untuk latihan hutan, kami hanya menangani tinjauan dan perisikan jenis unit kecil.

Selepas insiden Laju (pada 1974 apabila sebuah feri telah dirampas oleh empat pengganas asing dalam usaha untuk melarikan diri selepas meletupkan bom di kilang penapis minyak Shell), kompeni Tetap telah ditugaskan untuk menjalankan latihan anti-pengganas, dan untuk melatih keupayaan di bawah permukaan air.'

Tentang menubuhkan Sekolah Latihan Payung Terjun SAF pada 1974:

"Saya percaya kita berupaya melatih sendiri askar payung terjun kita. Saya menjalani kursus Pasukan Operasi Khas di Fort Bragg, di Amerika Syarikat. Jadi saya mendapatkan pelan tindakan daripada Fort Bragg tentang bagaimana untuk membina menara (untuk latihan payung terjun). Bila kami kembali, kami pun membina sebuah sekolah latihan payung terjun di sini."

LTC (B) Tan percaya bahawa walaupun dengan SAF yang belum matang, ia berupaya melatih askar-askarnya menjadi askar payung terjun. [Foto ihsan LTC (B) Tan]
Pegawai Waran (2) Soh Peng Seng (kiri), yang menjalankan kursus 6 minggu untuk pemasang rig, membantu Prebet Tan Suet Tin dalam membungkus payung terjun.

Tentang merekrut pemasang rig wanita:

"Kami pernah mendengar mengenai pemasang rig wanita di luar negara – jadi kami terfikir, kenapa tidak? Kami pun merekrut wanita untuk menjadi pemasang rig. Tetapi mereka perlu memenuhi syarat menjalani kursus (Asas Payung Terjun) sebelum menyertai.

Saya memberitahu mereka: 'Anda membungkus payung terjun untuk para askar – adakah mereka percaya bahawa anda membungkusnya dengan betul? Jadi anda juga mesti terjun.' Bagi setiap kursus, sekurang-kurangnya satu atau dua orang pemasang rig wanita akan menurunkan payung terjun dari rak, dan menyertai Komando lain dalam terjunan payung terjun. Ada antara mereka yang masih lagi berkhidmat! Itulah cara kami mendapat penyertaan wanita di dalam unit tersebut."

LTC Fabian Pwi, CO bagi 1 Cdo Bn, menerima anugerah Unit Tempur Terbaik daripada Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen semasa Perarakan Hari SAF pada tahun ini. Unit ini berjaya mengekalkan kemenangan selama 16 tahun berturut-turut dan meraih kemenangan ke-33 sejak 1969. [Foto oleh Chua Soon Lye]

Tentang Komando hari ini:

"Saya berbangga kerana mereka masih mengekalkan tradisi Komando. Mereka telah mengekalkan standard kerja keras dalam latihan dan profesionalisme, dan masih mengekalkan nilai-nilai teras Komando."

 


Correction: 29 Nov 2019
An earlier version of this article incorrectly identified Warrant Officer (2) Soh Peng Seng in the photo.

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

She used to serve on the Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

She used to serve on the Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

She used to serve on the Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

She used to serve on the MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?