PENGARAH DSTA DIIKTIRAF ANTARA WANITA SINGAPURA TERULUNG DALAM BIDANG TEKNOLOGI

15oct21_news1-photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/15oct21_news1-photo1.jpg?sfvrsn=98927e51_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PENGARAH-DSTA-DIIKTIRAF-ANTARA-WANITA-SINGAPURA-TERULUNG-DALAM-BIDANG-TEKNOLOGI
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PENGARAH-DSTA-DIIKTIRAF-ANTARA-WANITA-SINGAPURA-TERULUNG-DALAM-BIDANG-TEKNOLOGI
PENGARAH DSTA DIIKTIRAF ANTARA WANITA SINGAPURA TERULUNG DALAM BIDANG TEKNOLOGI
15 Oct 2021 | PEOPLE

PENGARAH DSTA DIIKTIRAF ANTARA WANITA SINGAPURA TERULUNG DALAM BIDANG TEKNOLOGI

// KISAH TEO JING TING

// FOTO IHSAN DSTA

Cik Gayle Chan, Timbalan Ketua Eksekutif (Maklumat) DSTA telah dinobatkan dalam senarai 100 Wanita Singapura (SG) dalam bidang Teknologi 2021.

Seorang peminat bidang ketenteraan, Cik Chan menyertai DSTA pada 2001. Selepas hampir 20 tahun, beliau kini bertugas sebagai Timbalan Ketua Eksekutif (Maklumat) dan telah disenaraikan sebagai antara wanita terulung di Singapura dalam bidang teknologi.

Beliau menganggotai pasukan yang membawa masuk helikopter tentera laut S-70B Seahawk milikan Tentera Laut Republik Singapura (RSN) pada 2011. Cik Chan pada ketika itu berusia lewat 20-an, merupakan jurutera projek yang telah mengusahakan program pemerolehan helikopter tentera laut selama enam tahun.

Sejak bertugas dengan Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) sebagai jurutera di Bahagian Sistem Udara pada Disember 2001, ahli tentera yang mengaku dirinya telah menyumbang kepada peningkatan kecekapan helikopter tentera laut dan penerbangan tentera Singapura.

Pada 2017, Cik Chan telah ditugaskan untuk menubuh Hab Digital DSTA. Di sana, beliau mengetuai pasukan untuk menggabungkan pelbagai kepakaran merentasi seluruh DSTA untuk mencetus idea, mengeksperimen dan membina prototaip keupayaan digital baharu dan berpotensi dengan pantas untuk Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Pada Julai 2021, beliau menyandang jawatan semasa sebagai Timbalan Ketua Eksekutif (Maklumat), memanfaatkan teknologi digital dalam bidang seperti kecerdasan buatan (AI), analitik data, awan dan keselamatan siber untuk membangunkan keupayaan bagi pertahanan dan keselamatan Singapura.

Hari ini, beliau yang berusia 43 tahun telah berjaya dinobatkan dalam senarai 100 Wanita SG dalam bidang Teknologi 2021 tahun ini.

Dianjurkan bersama oleh Persatuan Komputer Singapura, dengan Wanita SG dalam Teknologi and Infocomm Media Development Authority, senarai itu menyerlahkan kepelbagaian peranan yang dimainkan oleh golongan wanita dalam sektor teknologi infokom Singapura, dengan harapan dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk menceburi kerjaya dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Kami berwawancara dengan Cik Chan untuk mengetahui tentang minatnya dalam bidang teknologi serta pemikirannya setelah ditempatkan dalam senarai ini.

Cik Chan merupakan antara anggota pasukan yang memperoleh helikopter tentera laut S-70B Seahawk pada 2011.

Hai Cik Chan! Tahniah kerana berjaya dinobatkan dalam senarai 100 Wanita SG dalam bidang Teknologi 2021– sila ceritakan perasaan puan tentang pencapaian ini?

Saya berasa berbesar hati dan berterima kasih. Bagi saya mempunyai suatu model peranan adalah penting. Apabila terdapat contoh kehidupan sebenar wanita yang berjaya di luar sana, ia boleh mendorong dan memberi inspirasi kepada mereka untuk mengejar minat mereka dalam teknologi, dengan menunjukkan kepada mereka bahawa mereka juga mempunyai peluang yang sama untuk berjaya. Mempunyai kerjaya dalam teknologi bererti perlu sentiasa mencabar diri kita dengan mengikuti keupayaan digital yang sentiasa berubah. Anugerah 100 Wanita SG dalam bidang Teknologi 2021 membantu mengobarkan semangat itu, melalui sokongan dan pengiktirafan sumbangan dan pencapaian wanita dalam teknologi hari ini.

Cik Chan (dua dari kanan) dan pasukannya menerima tanda penghargaan atas sumbangan mereka terhadap pengerahan anak-anak kapal helikopter SAF di AS pada 2011.

Setahu kami, anda menganggotai pasukan yang memperoleh helikopter tentera laut S-70B Seahawk RSN.

Saya adalah jurutera projek yang bekerja dalam proses pembuatan, pengujian dan penghantaran helikopter selama enam tahun. Semasa saya berada di San Diego untuk fasa pengujian dan latihan helikopter, perkara yang menarik perhatian saya ialah melihat bagaimana pemerolehan platform itu memberi impak kepada juruterbang skuadron, jurutera penyelenggaraan dan keluarga mereka apabila mereka bertugas di luar negara dan menghasbiskan banyak masa membiasakan diri dan berlatih dalam helikopter.

Itu adalah titik perubahan bagi saya – saya tidak lagi memandang diri saya semata-mata sebagai jurutera projek, malahan sebagai wakil tapak bagi pihak DSTA dan SAF.

Walaupun ia suatu projek yang mencabar, namun anak-anak kapal yakin dengan pasukan kami untuk melakukan segala yang diperlukan dan yang terbaik untuk program ini. Saya sedar bahawa kami tidak boleh terlepas pandang dengan siapa kami bekerja dan saya begitu menghargai keyakinan dan amanah yang diberikan kepada pasukan kami.

Apakah projek yang tidak dapat dilupakan yang pernah diusahakan?

Pada 2019, saya membantu memberi konsep bagi BrainHack, suatu kem remaja AI dan keselamatan siber. Ini merupakan acara tahunan untuk para penuntut menimba pengalaman langsung dalam teknologi digital, dalam bidang AI, keselamatan siber, pembangunan aplikasi dan juga teknologi angkasa.

Ia adalah pengalaman yang terbaharu lagi bermakna bagi saya kerana buat pertama kalinya, "pelanggan" saya adalah penuntut. Ia memperkukuh peranan kritikal yang seharusnya disandang oleh agensi teknologi seperti DSTA dalam memupuk minat dalam aplikasi STEM dan pertahanan di kalangan belia kita.

Cik Chan (baris depan, tengah) dan rakan sekerjanya semasa BrainHack 2020. Dalam salah satu kem, penuntut yang mengambil bahagian dikehendaki beradu robot mereka untuk menyelesaikan misi mencari dan menyelamat.

Anda sudah berada di DSTA hampir 20 tahun! Apakah yang paling digemari tentang pekerjaan anda?

Bertugas dengan memanfaatkan teknologi canggih untuk menyelesaikan cabaran operasi adalah sesuatu yang terbaik! Memang mengujakan bila terfikir bagaimana kami boleh memanfaatkan kehebatan AI untuk aplikasi pertahanan. Kami sedang memanfaatkan AI, analitik data dan Internet-of-Things untuk menambahbaikkan lagi operasi SAF, daripada aplikasi perisikan kepada pasukan berpemandu/tanpa pemandu dengan lebih baik.

Selain bekerjasama dengan MINDEF dan SAF, kami juga telah memupuk banyak perkongsian komersial dan akademik baharu untuk membawa masuk idea dan teknologi komersial yang hebat ke dalam aplikasi kami – sebagaimana kami memanfaatkan teknologi permainan dan simulasi terbaik untuk menginovasi latihan bagi askar-askar kami.

Akhir kata, kesemuanya tertumpu pada insan. Saya bertuah dapat bekerja dengan banyak pasukan yang bermotivasi, berpelbagai disiplin, dan ia memang mengagumkan melihat bagaimana gabungan pakar teknologi dan domain bersama dengan matlamat yang dikongsi benar-benar, boleh mendorong idea untuk menghasilkan suatu produk yang hebat.

Akhir sekali, apakah pesanan anda kepada wanita muda yang bercita-cita tinggi yang ingin berkecimpung dalam industri teknologi?

Saya rasa nasihat terbaik saya kepada mereka adalah untuk meneruskan minat anda dan mengabaikan "norma" atau tekanan rakan sebaya yang tidak perlu. Sentiasa perluaskan sempadan dan potensi anda sendiri, dan anda akan sedar ada sahaja sesuatu baharu yang boleh dihayati setiap hari!

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?