PENCINTA ALAM BERUSIA 60 TAHUN

24may21_photo1cropped https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/24may21_photo1cropped9b6fea43-44ae-4c9e-a017-afac4b062771.jpg?sfvrsn=aa226d1c_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PENCINTA-ALAM-BERUSIA-60-TAHUN
PENCINTA ALAM BERUSIA 60 TAHUN https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PENCINTA-ALAM-BERUSIA-60-TAHUN
24 May 2021 | PEOPLE

PENCINTA ALAM BERUSIA 60 TAHUN

Beliau akan memilih untuk tinggal di kawasan luar berbanding dengan persekitaran yang berhawa dingin. Kenali Pegawai Waran ke-2 (2WO) Mathialagan "Mathi" S yang mengajar kemahiran bertahan hidup di hutan di Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

KISAH THRINA THAM / FOTO ONG JI XUAN & IHSAN 2WO MATHI

2WO Mathi melanjutkan perkhidmatannya sebanyak dua kali untuk berkongsi pengetahuan dengan generasi pelatih recon yang seterusnya di Sekolah Pengintipan Tentera.
English 华文
English 华文

Beliau pernah disengat lebah dengan teruk sehingga terpaksa dihantar ke hospital. Gigitan agas adalah kebiasaan baginya, lebih-lebih lagi bila perlu berehat semalaman berhampiran kawasan sungai.

Keadaan cuaca yang panas dan ketidakselesaan kawasan hutan tidak menjadi masalah bagi pegawai yang berusia 60 tahun ini.

Sebaliknya, 2WO Mathi berasa lebih seronok dan akan berkongsi kemahiran bertahan hidupnya selaku Ketua Jurulatih di Sekolah Pengintipan Tentera(SMI), Institut Perisikan Tentera SAF.

2WO Mathi bertugas sebagai komander platun di syarikat Leopard BMTC pada 2003.

Askar 'berjiwa tentera'

2WO Mathi memulakan kerjayanya di Tentera Darat sebagai Sarjan Pengangkutan Bermotor pada 1980. Pada 1984, beliau mengambil keputusan untuk menyertai Komando (CDO), agar boleh digolongkan di kalangan "yang terbaik daripada yang terbaik".

Bagi seorang pelari yang gigih semasa di bangku sekolah dahulu, tuntutan fizikal bagi peranan itu, bukan suatu masalah baginya. Beliau berkhidmat di CDO sehingga 1999.

Seterusnya, 2WO Mathi bertugas di Briged Infantri Singapura ke-10 dan di Pusat Latihan Asas Tentera (BMTC), sebelum kembali ke CDO sebagai Kader Renjer. Beliau juga merupakan kader latihan hutan di Brunei selama dua tahun, sebelum menyertai Institut IKS pada 2014.

Pada 2016, beliau sudah bersiap sedia untuk bersara pada usia 55 tahun tetapi dipelawa untuk terus mengajar kemahiran bertahan hidup di sekolah recon oleh Komandernya pada ketika itu.

Justeru, 2WO Mathi mengikat kontrak untuk tiga tahun, dan dilanjutkan selama dua tahun lagi. "Tentera telah membentuk diri saya dari pelbagai aspek – kecergasan, pembelajaran, bekerja dengan orang lain. Saya seorang lelaki yang berjiwa tentera, dan dengan sukacitanya saya melanjutkan tempoh masa saya di sini," katanya.

Menjelang Disember ini, beliau akan bersara daripada perkhidmatannya yang melangkaui 40 tahun, pada usia 60 tahun.

2WO Mathi (barisan kedua, kedua dari kanan) bersama rakan kader hutan di Brunei pada 2013. Mereka mengendalikan Kursus Keyakinan Hutan untuk kadet pegawai serta juga pelatih dari Guards dan CDO.

Mendapat seru dari hutan

2WO Mathi mengaku bahawa menjalani latihan di hutan adalah sesuatu yang semula jadi baginya. Anak kampung yang membesar di Sembawang, beliau menghabiskan masa kanak-kanaknya bermain di sungai, memanjat pokok dan memetik buah-buahan asli seperti jambu air dan jambu batu untuk dimakan.

Beliau masih ingat lagi tentang kursus rimba pertamanya di Thailand pada 1985, di mana banyak anggota jatuh sakit semasa menjelajahi kawasan hujan dan melawan jangkitan nyamuk.

"Bentuk rupa buminya memang tidak sekata tetapi saya baik-baik saja. Selagi saya berpakaian seragam, saya tidak peduli tentang perkara-perkara seperti ini."

Semasa menjalani Kursus Renjernya pada 1994, rakan pelatihnya telah merodok satu sarang lebah secara tidak sengaja, menyebabkan seluruh platun disengat lebah.

2WO Mathi menerima sengatan yang terbanyak, dengan sengatan di bahagian muka dan kepala dan terpaksa dikejar ke Hospital Besar Changi. Pada kesesokan harinya, beliau kembali mengikuti kursusnya.

Pengalaman kedua-dua insiden ini tidak menawarkan hatinya sebaliknya, 2WO Mathi berkata beliau lebih selesa berada di hutan daripada di pejabat yang berhawa dingin. "Adakalanya saya perlu berada di pejabat untuk menguruskan kertas kerja tetapi saya lebih selesa membawa anak-anak buah saya ke hutan untuk berlatih."

Sebagai jurulatih di sekolah recon Tentera Darat sekarang, beliau seronok menunjukkan kepada para pelatihnya jenis tumbuhan dan buah-buahan yang terdapat di sekitar Singapura – yang dikumpul pada malam sebelum pelajaran mereka.

"Sekarang ini, orang muda tinggal dalam persekitaran di mana kelangsungan hidup tidak bersifat naluri bagi mereka. Saya akan menunjukkan kepada mereka benda-benda yang boleh dimakan; dan kami boleh mendapat apa yang kami perlu dari kawasan rimba."

2WO Mathi menjelaskan makanan tumbuhan yang boleh dimakan kepada para pelatih recon di Desa Ikhtiar Hidup di Kem Pasir Laba. Secara perlahan-lahan, beliau akan menyerahkan tugasan dan tunjuk ajar kepada tenaga pengajar yang lebih muda seperti SSG Loh (kiri).

Kepimpinan melalui teladan

Walaupun bertubuh tegap dan beruban di misai, 2WO Mathi tidak kelihatan garang seperti yang dijangkakan.

Staf Sarjan (SSG) Loh Ee Chang, jurulatih gantinya di Institut SMI, menerangkan: "Gaya pengajaran 2WO Mathi melibatkan pelatih dan pelajaran dijalankan secara interaktif. Beliau melibatkan para pelatih dalam pelajarannya melalui pengalaman dan semangatnya."

"Beliau juga mengajar saya untuk menjadi kreatif dan menyesuaikan diri dengan kawasan persekitaran dan untuk mengguna setiap sumber dengan cara yang paling efisien," tambah Pegawai Waran Platun.

Sebenarnya, beliau lebih mesra dikenali sebagai "Pakcik M", gelaran yang diberi oleh rakan-rakan kadernya semasa zaman CDOnya, kerana beliau lebih berumur daripada pelatih-pelatih lain.

Kata 2WO Mathi: "Saya tidak cepat marah dengan para pelatih saya. Sekiranya saya telah memberi amaran berulang kali dan tugasan masih belum diselesaikan, saya akan meninggikan suara untuk menyedarkan mereka. Itupun saya jarang melakukannya."

Beliau ingin menceburi usaha seterusnya dengan berbekalkan semangat cekal ini – iaitu untuk terus mengajar orang lain setelah bersara dari angkatan tentera.

Bapa kepada anak tunggal ini ingin menghayati alam semulajadi dan mencari pekerjaan yang berkaitan dengan latihan pengembaraan luar.

"Saya mahu terus aktif, mungkin mengajar anak-anak muda tentang kemahiran perkhemahan dan bertahan hidup. Saya memang suka jika anda menyuruh saya tinggal di kawasan luar. Itulah kegemaran saya."

Ingin tahu bagaimana untuk bertahan hidup di hutan? Dapatkan petua-petua menarik tentang bertahan hidup di kawasan luar daripada 2WO Mathi di sini.

Suggested Reading
Feature
Melawan raksasa-G
PEOPLE
24 May 2021

Apakah peralatan khas yang dipakai oleh juruterbang untuk memastikan diri mereka cergas terbang?

Cover story
15 FAKTA MENGENAI F-15SG
PEOPLE
24 May 2021

Daripada menjaga langit Singapura hingga mengibarkan bendera tinggi dalam latihan multinasional, jet pejuang F-15SG RSAF adalah satu kekuatan yang perlu diperhitungkan.

Feature
TENTERA S'PURA BERLATIH BERSAMA MARIN AS DALAM LATIHAN DUA HALA
PEOPLE
24 May 2021

Kira-kira 800 tentera dari SAF dan USMC mengambil bahagian dalam Latihan Valiant Mark tahun ini, latihan bersama selama 10 hari yang berakhir dengan serangan bandar di SAFTI City.

SAF MENYAMBUT 60 TAHUN DENGAN PAMERAN KELILING
PEOPLE
24 May 2021

Pameran SAF60 memperingati enam dekad komitmen dan dedikasi dalam menjaga keselamatan Singapura.

DIS MENUBUHKAN DUA MARKAS UNTUK MENANGANI ANCAMAN SIBER
PEOPLE
24 May 2021

Dengan peningkatan yang membimbangkan dalam kekerapan, kecanggihan dan skala ancaman siber, adalah lebih penting berbanding sebelum ini bagi Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk meningkatkan keupayaan pertahanan digitalnya.

SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
24 May 2021

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
24 May 2021

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
24 May 2021

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
24 May 2021

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
24 May 2021

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.