PEMEGANG BIASISWA MENIMBA INSPIRASI UNTUK MENJADI PEMIMPIN PERTAHANAN MASA DEPAN

14aug23_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/14aug23_news1_photo1.jpg?sfvrsn=5ab07a32_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PEMEGANG-BIASISWA-MENIMBA-INSPIRASI-UNTUK-MENJADI-PEMIMPIN-PERTAHANAN-MASA-DEPAN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PEMEGANG-BIASISWA-MENIMBA-INSPIRASI-UNTUK-MENJADI-PEMIMPIN-PERTAHANAN-MASA-DEPAN
PEMEGANG BIASISWA MENIMBA INSPIRASI UNTUK MENJADI PEMIMPIN PERTAHANAN MASA DEPAN
14 Aug 2023 | PEOPLE

PEMEGANG BIASISWA MENIMBA INSPIRASI UNTUK MENJADI PEMIMPIN PERTAHANAN MASA DEPAN

KISAH TEO JING TING // FOTO AMOS CHEW & IHSAN ORANG YANG DITEMU BUAL

Pada tahun ini, seramai 97 pelajar menerima anugerah biasiswa pertahanan. Kami bersembang dengan dua penerima untuk mengetahui kenapa mereka begitu ghairah untuk menyumbang kepada pertahanan Singapura.

MID Rahul (kiri) dan ME4T Puah ingin menyumbang kepada pertahanan Singapura.

Sejak kecil lagi, Pakar Tentera (ME) 4T Yuki Puah memang berminat dengan kapal terbang.

Dia terdorong selepas mengunjungi Rumah Terbuka Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) pada 2016 dan Pertunjukan Udara Singapura pada 2018, terutamanya selepas berinteraksi dengan juruterbang lelaki dan wanita di sana.

"Saya berasa kagum dengan pertunjukan udara yang dilakukan, tetapi saya juga mahu memahami bagaimanakah keadaannya di sebalik tabir – seperti bagaimana warga kerja menyedia dan membantu pesawat untuk penerbangan. Inilah antara beberapa perkara yang mencungkil minat saya semasa rumah terbuka itu," kata alumni elektronik aeroangkasa yang berusia 21 tahun dari Politeknik Singapura itu.

"Ia membuat saya tertanya-tanya untuk mengetahui lebih lanjut justeru saya pun menyertai tentera udara!"

ME4T Puah (baris depan, kiri) bersama rakan seksyennya di perbarisan tamat pengajian Latihan Asas Tentera pada April 2022.

Menemui orang ramai dari setiap lapisan masyarakat

Walaupun ME4T Puah gemar mendaki batuan dan memanjat batu tongkol, dia menghadapi masalah dengan larian sejauh 2.4km.

Semasa memulakan Latihan Asas Tentera (BMT), dia mencatat masa 17 minit untuk larian 2.4kmnya. Berkat latihan progresifnya, dia akhirnya berjaya mengurangkan beberapa minit masa lariannya dan mendapat pingat emas untuk Ujian Kecekapan Fizikal Individunya.

BMT juga merupakan satu pengembaraan sambil belajar baginya. Menemui orang ramai dari setiap lapisan masyarakat membuka matanya kepada pengalaman dan persahabatan baharu.

"Walaupun BMT baru sembilan minggu, kami benar-benar mengambil masa untuk mengenali dan memahami antara satu sama lain. Kami adalah seperti satu keluarga besar."

ME4T Puah (kanan sekali) tamat pengajiannya sebagai Pakar Operasi dan Sistem Udara pada Ogos 2022.

Pasca-BMT, ME4T Puah dikerah ke Perintah Latihan Tentera Udara (AFTC) untuk mempelajari tali untuk menjadi Pakar Operasi dan Sistem Udara.

Salah satu kenangan manis di AFTC ialah belajar bersama-sama dengan rakan kursusnya sehingga lewat malam untuk memastikan semua orang berjaya dalam peperiksaan mereka.

"Itu adalah sesuatu yang sangat bagus kerana kami tidak ingin saling bersaing sesama sendiri; kami semua hanya mahu setiap orang berjaya," kata ME4T Puah, yang kemudiannya dikerahkan ke Skuadron 200 RSAF pada November 2022.

ME4T Puah (baris hadapan, berbaju putih) semasa acara perpaduan bersama rakan skuadronnya di East Coast Park pada April.

Apabila ditanya jenis pemimpin yang ingin diharapkan, ME4T Puah menjawab bahawa dia ingin menjadi seseorang yang boleh dipercayai oleh orang ramai, dan juga dihormati.

"Saya ingin memahami anggota pasukan saya dan menjadi teman mereka kerana dengan cara itu, kita boleh saling berkomunikasi dengan lebih baik, dan membangunkan diri masing-masing untuk bergerak bersama ke hadapan sebagai satu pasukan."

Dr Ng (kanan) menyampaikan Biasiswa Kejuruteraan SAF kepada ME4T Puah.

Kerjaya yang memuaskan

ME4T Puah adalah di kalangan 97 pelajar yang menerima biasiswa pertahanan di Istana pada 14 Ogos lalu.

Seorang penerima Biasiswa Kejuruteraan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), ME4T Puah akan menuntut dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Universiti Teknologi Nanyang.

Selepas tamat pengajian tinggi mereka, penerima biasiswa beruniform – Biasiswa SAF, Biasiswa Merit SAF dan Biasiswa Kejuruteraan SAF – akan diberi pelbagai pelantikan yang mencabar untuk menyediakan mereka untuk menggalas jawatan perintah kanan dan kepimpinan di Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan SAF.

Dr Ng (kiri sekali) bergaul mesra dengan penerima biasiswa pertahanan semasa majlis pemberian anugerah.

Bertukar kepada syarat biasiswa pertahanan

Berucap di majlis pemberian anugerah tersebut, Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen mengatakan dalam persekitaran global yang tidak menentu sekarang, Singapura perlu bersedia untuk menghadapi sebarang dan semua perubahan.

Justeru adalah penting bagi pemimpin generasi akan datang untuk menyatupadukan minda, hati dan usaha untuk Singapura menghadapi cabaran masa depan, katanya.

Dr Ng juga mengumumkan beberapa perubahan kepada biasiswa pertahanan.

Ini termasuk mengurangkan tempoh bon daripada enam kepada empat tahun untuk penerima Biasiswa SAF yang belajar di dalam negara, di samping menawarkan peluang untuk peruntukan tahun jurang kepada Biasiswa Merit SAF, Biasiswa Kejuruteraan SAF dan penerima Biasiswa Merit Pertahanan mulai tahun ini dan seterusnya untuk meluaskan pendedahan mereka.

Pelancaran Biasiswa Pertengahan Penggal

Di samping itu, MINDEF dan SAF akan memperkenalkan Biasiswa Penggal Pertengahan untuk SAF mulai 2024 dan seterusnya, bagi mereka yang melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi.

Ini bererti mereka yang ingin menyertai SAF pada pertengahan tempoh pendidikan universiti mereka kini boleh berbuat demikian, dan yuran pengajian mereka dari awal kursus mereka akan dibayar balik.

MID Rahul menyertai RSN kerana dia berkenan dengan budaya keluarga tentera laut yang rapat.

Budaya keluarga tentera laut yang kukuh

Bagi rakan penerima Biasiswa SAF, Pegawai Kadet Kanan (MID) Rahul Kumar Singh, pertemuan secara kebetulan di kapal frigat semasa Program Pengalaman MINDEF pada tahun yang lepas telah mencungkil minatnya untuk menandatangani kontrak dengan Tentera Laut Republik Singapura (RSN).

"Melalui perbualan (dengan kelasi dalam kapal), saya mendapat tahu tentang budaya keluarga tentera laut yang kukuh, dan ini memang begitu ketara semasa interaksi saya dengan semua anggota tentera laut," kata alumni Raffles Institution yang berusia 19 tahun itu.

MID Rahul (baris hadapan, kedua dari kanan) bersama dengan rakan seksyen dan panglim seksyennya (baris hadapan, tengah) di majlis tamat pengajian BMT mereka di Hab Tampines Kami pada bulan Mac.

Membina hubungan persahabatan dan keakraban

Daripada mengalami pengalaman baharu kepada membina hubungan dan tali persahabatan yang kukuh, MID Rahul mendapati tempoh di BMT adalah amat mengujakan.

"Saya bertuah kerana mempunyai rakan seksyen yang begitu baik di BMT – kami semua bersedia untuk saling berkongsi perjuangan dan pengalaman kami sesama sendiri dan ia mewujudkan persekitaran yang sangat mesra dan mudah percaya."

Begitu juga, persahabatan yang terjalin telah membolehkannya mengharungi masa-masa sukar di Sekolah Kadet Pegawai (OCS), lebih-lebih lagi semasa pengerahan latihan pegawai kadet kanan selama sebulan.

"Berjauhan dengan keluarga saya adalah tidak mudah tetapi saya mempunyai persekitaran yang banyak membantu dalam kapal. Walaupun latihan adalah sukar, kami semua salaing membantu antara satu sama lain."

Pegawai Kadet Kanan Rahul (baris ketiga, kedua dari kiri) bersama dengan rakan kelompok Pegawai Kadet Kanannya pada Mei tahun ini.

Tidak sabar untuk menjalankan kerjaya yang memuaskan

Pegawai Kadet Kanan Rahul, yang akan meneruskan pengajiannya dalam bidang ekonomi dan pengurusan di Universiti Oxford, berharap dapat menyumbang kepada usaha perisikan dan diplomasi di seluruh RSN.

"RSN bergerak ke pelabuhan yang berbeza dan bertemu dengan tentera laut asing, justeru saya berharap dapat menyumbang dalam mengeratkan hubungan pertahanan dengan negara lain."

Pegawai Kadet Kanan Rahul tidak sabar menunggu hari untuk memulakan kerjaya tentera lautnya.

"Membina kerjaya dalam perkhidmatan awam adalah begitu serasi dengan diri saya dan mengetahui saya akan menjadi anggota pasukan yang mengawal perairan Singapura 24/7, setentunya masa saya di sini akan memuaskan hati."

Suggested Reading
MELAKUKAN YANG TERBAIK DAN MELAMPAUI BATAS UNTUK NS
PEOPLE
14 Aug 2023

Daripada menaik taraf PESnya kepada melanjutkan perkhidmatan NSnya kepada menyokong pekerja NSmannya, CPT (NS) Chong Wee Yeat berusaha keras untuk NS.

ENCIK CHAN MELIHAT LATIHAN KESEDIAAN OPS DALAM LAWATAN PERTAMA KE UNIT SAF SEBAGAI MENTERI PERTAHANAN
PEOPLE
14 Aug 2023

Semasa lawatan pertamanya sebagai Menteri Pertahanan, Encik Chan memerhatikan latihan yang dijalankan oleh unit kesediaan tinggi di seluruh Perkhidmatan, serta latihan RSAF yang berterusan.

Feature
NDP 2025 MENJANJIKAN SAMBUTAN ULANG TAHUN YANG LEBIH BESAR, LEBIH BAIK UNTUK SG60
PEOPLE
14 Aug 2023

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini bermula dari Padang hingga Marina Bay dan kawasan kejiranan, dengan kegemaran orang ramai seperti Kontinjen Kenderaan dan sorotan baharu seperti Lompatan Perpaduan oleh Singa Merah dan penyelam tentera laut.

MENCARI KEKUATAN DALAM KESEORANGAN
PEOPLE
14 Aug 2023

3SG Bai Hong Rui berkongsi kisahnya kembali ke Singapura untuk NS dan bagaimana dia menghadapi perjuangan untuk memulakan perjalanan yang tidak dikenalinya sendiri.

Feature
“IBU HARIMAU” DALAM 203 SQN RSAF
PEOPLE
14 Aug 2023

ME4 Lucy Apparajoo mungkin tidak mempunyai pertalian darah dengan mereka di bawah tanggungjawabnya, tetapi dia menjalinkan hubungan rapat dengan mereka melalui penjagaan dan belas kasihannya.

Feature
Melawan raksasa-G
PEOPLE
14 Aug 2023

Apakah peralatan khas yang dipakai oleh juruterbang untuk memastikan diri mereka cergas terbang?

Cover story
15 FAKTA MENGENAI F-15SG
PEOPLE
14 Aug 2023

Daripada menjaga langit Singapura hingga mengibarkan bendera tinggi dalam latihan multinasional, jet pejuang F-15SG RSAF adalah satu kekuatan yang perlu diperhitungkan.

Feature
TENTERA S'PURA BERLATIH BERSAMA MARIN AS DALAM LATIHAN DUA HALA
PEOPLE
14 Aug 2023

Kira-kira 800 tentera dari SAF dan USMC mengambil bahagian dalam Latihan Valiant Mark tahun ini, latihan bersama selama 10 hari yang berakhir dengan serangan bandar di SAFTI City.

SAF MENYAMBUT 60 TAHUN DENGAN PAMERAN KELILING
PEOPLE
14 Aug 2023

Pameran SAF60 memperingati enam dekad komitmen dan dedikasi dalam menjaga keselamatan Singapura.

DIS MENUBUHKAN DUA MARKAS UNTUK MENANGANI ANCAMAN SIBER
PEOPLE
14 Aug 2023

Dengan peningkatan yang membimbangkan dalam kekerapan, kecanggihan dan skala ancaman siber, adalah lebih penting berbanding sebelum ini bagi Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk meningkatkan keupayaan pertahanan digitalnya.