PEMBUAT FILEM YANG INGKAR

08jan21_news1-1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/08jan21_news1-1.jpg?sfvrsn=6a32657d_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PEMBUAT-FILEM-YANG-INGKAR
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PEMBUAT-FILEM-YANG-INGKAR
PEMBUAT FILEM YANG INGKAR
08 Jan 2021 | PEOPLE

PEMBUAT FILEM YANG INGKAR

// KISAH BENITA TEO

// FOTO ONG JI XUAN, KENNETH LIN & IHSAN KPL (NS) KHOO

[Lokasi Penggambaran foto: York Hotel Singapura]

Dalam hidup ini, ada sesetengah perkara yang tidak boleh anda berlengah-lengah lagi. Contohnya, apabila anda perlu membuang air kecil; Kedai Apple membuka barisan untuk jualan iPhone yang terbaru; dan apabila anda ORD (mencapai Tarikh Sedia Beroperasi) dan mengambil IC (Kad Pengenalan) merah jambu anda.

Melainkan anda adalah KPL (NS) Khoo.

"Saya masih ingat saya lewat mengambil IC merah jambu saya, kerana pada hari itu, saya sedang sibuk membuat penggambaran."

Filem bagaikan nadi kehidupan bagi lulusan New York University Tisch School of the Arts, yang bersikap tenang bertukar kepada kegembiraan yang tidak terkawal apabila menceritakan tentang minatnya dalam pembuatan filem.

Tetapi apa yang anda tidak tahu ialah dia sebenarnya menentang kehendak ibu bapanya untuk mohon belajar di sekolah filem yang berprestij itu.

KPL (NS) Khoo bersama ayahnya, Eric Khoo, semasa pelancaran ciNE65 2021 pada 27 Nov 2020. Pembuat filem veteran itu benar-benar berharap agar anaknya, yang merupakan anak sulung daripada empat anak lelaki, akan memilih kerjaya yang lebih konvensional daripada mengikuti jejak langkahnya.

"Saya memohon tanpa pengetahuan ibu bapa saya"

"Ayah saya tidak begitu berminat untuk saya membuat filem. Saya tidak pernah bertanya apa sebabnya, tetapi mungkin setelah menghabiskan seluruh hidupnya dalam industri ini, dia mahu saya melakukan sesuatu yang lain," kata KPL (NS) Khoo sambil ketawa.

Apakah pilihan ibu bapa mengenai pengajiannnya? "Mereka mahu saya mempunyai karier yang lebih konvensional dalam industri yang stabil seperti seni bina atau undang-undang. Mungkin bagi mereka, membuat filem indie di Singapura adalah sukar dan mereka bimbang saya tidak mampu melakukannya.

"Tetapi saya benar-benar ingin dikelilingi rakan-rakan sebaya yang juga gemar filem, dan untuk keluar dari Singapura dan menetap di New York."

Apabila permohonannya berjaya, ibu bapanya menganggapnya sebagai pengiktirafan usahanya, dan sejak itu telah menjadi penyokongnya yang paling kuat.

Pada 2019, KPL (NS) Khoo memperoleh Sarjana Muda Sastera dalam Filem dan Televisyen.

Membina pasukan yang mantap di NS

Filem yang menyebabkan KPL (NS) Khoo menangguhkan ORDnya ialah June in Pieces, sebuah projek yang diusahakan dengan bersungguh-sungguh bersama-sama rakan-rakan Perkhidmatan Negara (NS) pada 2015.

Filem noir hitam-putih (genre fiksyen jenayah) ini, adalah mengenai soerang penjual bunga yang bertemu dan jatuh cinta dengan penyanyi KTV June ketika menghantar bunga, adalah gambaran KPL (NS) Khoo mengenai pelbagai peranan yang harus dimainkannya sebagai Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa dan di luar NS.

"Semasa saya berada di kem, saya perlu menjadi askar; apabila saya pulang, saya adalah abang dan anak lelaki; pada hujung minggu pula, saya mengusahakan filem saya. Kesemuanya di samping mengekalkan kehidupan sosial.

"Saya mengalami kepelbagaian identiti, serupa dengan bagaimana watak protagonis saya melihat Jun dalam mereka yang ditemuinya. Filem ini bagai suatu metafora bagaimana saya mengingati masa itu dalam hidup saya dan hubungan yang saya jalinkan."

Idea filem ini dibayangkan bersama Kwok Li Chen, rakan platunnya di Latihan Asas Tentera (BMT). Mereka juga mendapatkan Luk Yean, seorang rakan lagi dari unit Encik Kwok, untuk mengubah muzik filem ini.

KPL (NS) Khoo juga mengajak rakan sepasukannya dari Briged Berperisai Singapura ke-8 (8 SAB). Salah seorangnya - pelakon utama, Ice Asher Chew - bertugas di pejabat Pegawai Pemerintah dan kedua-duanya sering berlepak di Kem Keat Hong.

Walaupun Encik Chew tidak pernah berlakon sebelum ini, KPL (NS) Khoo dapat melihat kualiti bintangnya yang terserlah dan kemahiran yang amat diperlukan: “Protagonis saya menunggang motosikal. Saya tahu Ice menunggang motosikalnya ke kem, lantas terus bertanya kepadanya dan dia setuju. Dia begitu gigih berusaha untuk filem ini dan adakalanya tiba pada pukul 6 pagi pada hari Sabtu untuk penggambaran."

Penggambaran filem ini dijalankan selama enam hari, kebanyakannya pada hujung minggu setelah barisan pelakon dan kru keluar dari kem.

June in Pieces dicalonkan untuk Filem Pendek Asia Tenggara Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Singapura pada 2015.

KPL (NS) Khoo (tengah) di perbarisan tamat kursus BMTnya pada 2013. NS telah membolehkannya berkenalan dengan rakan-rakan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Sambil mengenang waktunya sebagai operator Kenderaaan Personel Berperisai M113 ULTRA dan sebagai kerani di 8 pejabat S1 SAB, KPL (NS) Khoo mengatakan bahawa dia tidak hanya bertemu dengan pasangan NS yang telah menjadi kolaborator dalam perjalanannya sebagai pembuat filem, tetapi juga rakan-rakan daripada latar belakang yang berlainan.

"(Sebelum NS,) saya belajar di Singapore American School. Menyertai NS, telah menyedarkan diri saya bahawa selama ini saya hidup dalam satu gelembung. Ramai yang mengatakan bahawa pengajaran besar daripada NS adalah anda bertemu dengan orang daripada setiap lapisan masyarakat, dan kesemuanya berada dalam kedudukan yang sama dengan anda.

“Saya berasa rendah diri apabila melihat tiada jurang perbezaan di antara orang berdasarkan asal-usul mereka, dan kami boleh berkawan dengan sesiapa sahaja yang sebelum ini mungkin tidak berkawan."

Kedai Video terletak di Pusat Video Rida, salah satu kedai sewa video terakhir di Singapura, dan mendapat inspirasi daripada KPL (NS) Khoo yang dihabiskan masa kecilnya di kedai melayari tajuk-tajuk filem dengan ayahnya.

Ke arah baharu

Sejak kembali ke Singapura tahun lalu, KPL (NS) Khoo telah membuat Video Store, sebuah filem yang ditempah untuk musim 2021 ciNE65.

Filem ini mendapat inspirasinya daripada Rida Video Center, sebuah kedai sewa video di Serene Center yang sering dikunjungi bersama ayahnya–pengalaman yang membakar keghairahan dan minatnya dalam filem. Ayah dan anak juga bekerja rapat dalam satu rancangan akan datang, sebuah filem seram dalam Perang Dunia II.

Apakah kehebatan yang akan diharapkan daripada penggabungan dua pembuat filem itu?

"Saya rasa personaliti kami amat berbeza. Dia akan mengatakan bahawa saya agak lembap ataupun terlebih fikir tentang sesuatu perkara. Sebaliknya, pada saya dia kadang-kadang terlalu terburu-buru. "

"Tetapi kami bekerjasama dengan baik," tambahnya. "Dan dia tahu bahawa semasa bekerja dalam suatu perkongsian, apabila seseorang sedang mengarah, yang lain perlu membiarkannya memberi kata putus."

Encik Khoo pernah bekerjasama dengan KPL (NS) Khoo dalam filem pendek pertamanya, Late Shift, yang menjadi salah satu finalis di Festival Filem Antarabangsa Busan ke-17 pada 2012.

Dan di dunia yang sering terdedah kepada kandungan pantas media sosial, KPL (NS) Khoo berharap agar pembuat filem yang muda seperti dirinya akan memartabatkan seni pembuatan filem dan mengelakkannya daripada dikomersialkan dengan sepenuhnya: "Dewasa ini, kami dibanjiri dengan banyak kandungan seperti TikTok dan Instagram di media sosial dan Netflix yang segera dan mudah diperolehi. Dan kesemuanya kelihatan seolah-olah ia dihasilkan oleh orang yang sama.

"Oleh itu, saya akan cuba untuk tidak membiarkan filem kelihatan seperti kandungan. Bagi pembuat filem generasi seterusnya, kami perlu membuat filem indie sebagai tindak balas kepada ini, kerana jika sesuatu produk itu ditentukan oleh modal dan kesamaan, ia akan gagal sebagai seni."

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!