Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/11jan21_photo1cb9c3d26-88ea-405c-ac48-af8e417dd460.jpg?sfvrsn=39b0bdc9_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PELUKIS-SINGAPURA-MENCIPTA-MODEL-ASKAR-MINIATUR-YANG-NOSTALGIK-DARIPADA-KADBOD
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PELUKIS-SINGAPURA-MENCIPTA-MODEL-ASKAR-MINIATUR-YANG-NOSTALGIK-DARIPADA-KADBOD
PELUKIS SINGAPURA MENCIPTA MODEL ASKAR MINIATUR YANG NOSTALGIK DARIPADA KADBOD
11 Jan 2021 | PEOPLE

PELUKIS SINGAPURA MENCIPTA MODEL ASKAR MINIATUR YANG NOSTALGIK DARIPADA KADBOD


Pek lapangan, catuan kombat, alat gali dan peralatan lain yang digunakan oleh anggota NS sejak dari dahulu.

Sekiranya anda tidak melihat dengan teliti anda mungkin akan menyangka model ini adalah yang sebenarnya!

Model miniatur ini diperbuat daripada bahan kitar semula seperti kadbod dan surat sampah.

Ia adalah idea daripada pelukis "kadbod" Pegawai Waran ke-2 (2WO) (Bersara) Wilfred Cheah. Pegawai berusia 55 tahun itu adalah bekas komando biasa.

2WO (Bersara) Cheah dengan model askar miniatur dirinya.

Setelah meninggalkan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) pada 1993, dia bekerja sebagai pereka dalaman selama hampir 28 tahun sebelum menjadi artis miniatur sepenuh masa pada tahun lepas.

Pada 1970-an, askar-askar diberi seragam hijau Temasek (sebelah kiri). Ini digantikan dengan pakaian seragam kamoflaj yang diperkenalkan pada 1983.

Karya terbaharunya yang berkaitan dengan ketenteraan ialah The Transition yang mempamerkan perubahan pakaian seragam dan peralatan di SAF dari akhir tahun 1970-an sehingga awal 1990-an. Ia ditempah oleh pelanggannya Encik Khairil Abdullah, yang telah mengalami peralihan itu semasa dia berkhidmat dengan Perkhidmatan Nasional (NS).

Kata 2WO (Bersara) Cheah: "Saya cuba membawa balik kenangan manis untuk generasi yang lebih tua, dan untuk membolehkan generasi muda melihat apakah peralatan yang kami gunakan dan latihan yang kami jalani semasa NS."

Inilah rupanya SBO sekolah lama (Skeleton Battle Order) – kelihatan lebih minimalis berbanding dengan Ves Galas Beban yang digunakan oleh askar-askar hari ini.

Sebelum memulakan projek baharu, 2WO (Bersara) Cheah akan manjalankan kajian dan bertemu bual dengan pelanggannya supaya sejarah karyanya adalah tepat.

"Dari situ, saya boleh tahu apakah objek dan peralatan yang mereka gunakan semasa NS mereka, seperti catuan kombat, seluar pendek dan kasut PT (Latihan Fizikal)," katanya.

2WO (Bersara) Cheah biasanya mengambil masa di antara 10 dan 14 hari untuk menyelesaikan projek miniatur, bergantung pada kerumitannya.

Memelihara memori NSnya

Model askar miniatur pertama 2WO (Bersara) Cheah sebenarnya adalah dirinya sendiri. Dia menciptanya untuk mengingati kenangan indah dari hari-hari komando siong (hokkien untuk lasak).

Dia juga ingin berkongsi dengan askar-askar hari ini bagaimana generasi yang lebih tua mengatasi kemungkinan yang dihadapi dengan semangat "tentu boleh" mereka.

Lihat tab Ranger di atas pangkat Sarjan ke-3? 2WO (Bersara) Cheah adalah lulusan Kursus Rangers, antara kursus yang paling lasak dalam Angkatan Bersenjata Singapura.

Contohnya, adakah anda tahu bahawa lao jiao (hokkien untuk burung tua) dari zamannya terpaksa mengguna tiang buluh sebagai senjata simulasi dalam latihan?

Bolehkah anda teka apakah senjata itu?

Ketahuinya dalam video ini apabila 2WO (Bersara) Cheah berkongsi kenangan NSnya melalui seni miniaturnya:

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

She used to serve on the Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

She used to serve on the COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

She used to serve on the Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!