PELBAGAI BAKAT, DINAMIK, ADA KELAS

Feature https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/featureddfc9aed-46b4-4826-9a9e-2fdcedf44c1d.jpg?sfvrsn=e2e2fa2_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PELBAGAI-BAKAT-DINAMIK-ADA-KELAS
PELBAGAI BAKAT, DINAMIK, ADA KELAS https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PELBAGAI-BAKAT-DINAMIK-ADA-KELAS
03 Dec 2018 | PEOPLE

PELBAGAI BAKAT, DINAMIK, ADA KELAS

Tiada krisis pertengahan hidup untuk Syarikat Muzik dan Drama ketika meraikan ulangtahun ke- 45 tahun menghiburkan warga Singapura dan tentera dengan persembahan yang lebih besar dan lebih baik.

// Laporan benita teo

// Gambar Kenneth lin (GAMBAR UTAMA), JURUGAMBAR PIONEER & IKHSAN MDC

English 华文
English 华文

Berumur lebih 40 tahun dan tidak gembira? Tidak mungkin, kata Sayarikat Musik and Drama (MDC) ketika merayakan ulang tahun ke-45nya.

Malah, ia membuktikan bahawa kehidupan bermula pada 45 dengan teknologi terkini, arah aliran hiburan yang viral dan bakat-bakat "tiga ancaman berbahaya" yang boleh melakukan semuanya.

Bertemu beberapa bakat di MDC yang baru, dan dapat berkenalan dengan mereka sebelum mereka muncul di media sosial atau di skrin besar berhampiran anda.

Rae (Sinar Mentari)

Saleha Jubir (Rae), 25, Artis

Dia mungkin kelihatan kecil tetapi keperibadiannya lebih besar daripada kehidupan - cukup untuk peranan beliau di pentas. Artis pelbagai bakat ini, boleh menyanyi, menari, hos dan berlakon dan kini sedang mencuba dalam menjadi DJ radio.

Bersama-sama dengan tiga artis MDC yang lain, Saleha membintangi pembikinan semula Kota Singapura (mindef.sg/sgtown), membawa penonton "melawat bandar Singapura" ke lokasi ikonik seperti taman permainan naga Toa Payoh yang terkenal.

Sejak video muzik dimuat naik empat bulan yang lalu, ia telah mendapat hampir 100,000 tontonan melalui pelbagai platform dalam talian, dan mempunyai peminat tempatan dan luar negara.

"Ia disebarkan ke seluruh Singapura, (walaupun di) skrin besar di plaza-plaza berhampiran. Saya juga menerima mesej daripada kawan saya di Australia - mereka telah menunjukkannya semasa sambutan Hari Kebangsaan di sana! Saya terkejut tetapi berterima kasih kerana ia sangat berjaya."

Saleha (kiri) dan Dominic (dua dari kiri) dalam video muzik Singapore Town.

Dari Ratu Cantik Ke Ratu Tari

Kimberly Woon, 28, Artis

Bukan orang asing dalam Malam Rekrut, dia telah memukau penonton selama enam tahun dengan nyanyian dan tarian.

Tahukah anda Kimberly datang ke MDC membawa lebih daripada keinginan untuk membuat persembahan?

"Sebelum ini, saya seorang ahli terapi kecantikan yang tidak dapat melakukan walaupun langkah-langkah yang mudah. Persembahan pertama saya adalah Night Recruits, dan saya hanya mempunyai satu minggu untuk berlatih untuk pertunjukan empat malam. Ia sangat memberi tekanan!"

Hari ini, dia terlibat di dalam pementasan drama muzikal - We Are Singapore, karya khas yang ditulis untuk upacara Pengamatan Hari Kebangsaan Kementerian Pertahanan tahun ini (mindef.sg /wearesingapore).

"Ia adalah pengalaman yang sangat baru dan segar untuk kami. Kami mempunyai profesional (pelakon teater Dwayne Lau) untuk skrip dan mengarahnya."

Kimberly (dalam hijau) menyanyikan lagu Hari Kebangsaan yang terkenal 心连心 (Bersama) di majlis tersebut.

Kebangkitan

Dominic Chin, 23, Artis

Anda mungkin mengenali Dominic sebagai Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) yang menulis dan mengarah We’ll Carry On, judul lagu album adalah album khas NS50 yang dihasilkan oleh MDC tahun lepas.

Pada bulan Oktober, beliau menandatangani kontrak sebagai seorang artis sepenuh masa.

"Berada di MDC, ada begitu banyak yang boleh saya cipta untuk berasa syukur dan rasa dihargai. Sebagai contoh, apabila bekerja  di dalam pementasan We’ll Carry On, saya menyedari bahawa ia lebih besar daripada hanya menulis lagu.

"Ini mengenai generasi remaja dan NSF yang berterima kasih kepada semua yang hadir di hadapan kami. Dan itu sangat memuaskan."

Dan walaupun beliau telah menjadi residen  penggubah muzik yang tidak rasmi, beliau juga bekerja keras untuk menguasai kemahiran yang lain juga.

"Saya terdedah kepada tarian, dan penggubahan lagu bagi tujuan tertentu. Saya mahu mengasah kemahiran saya dalam nyanyian dan persembahan, dan saya berharap untuk menjadi artis yang serba boleh."

Dominic (kanan) menyanyi di Majlis Makan Malam ADMM-Plus Gala.

Revolusi Tarian

Ryan Tan, 45, Pengurus Artistik

Seorang veteran dalam bidang tarian tempatan, koreografer tetap MDC adalah seorang hakim pada pertandingan tarian 2015 The Dance Floor. Dan dia mahu menggunakan dua dekad pengalamannya untuk membawa persembahan syarikat ke tahap yang lebih tinggi.

"Sebagai contoh, saya menyuruh penari-penari untuk bekerja membangunkan watak supaya mereka tidak hanya menari atau menyanyi, tetapi dapat melakonkan watak tertentu. Kepakaran saya adalah di dunia komersial, dan saya ingin membawa kembali yang terbaru di sini untuk mereka cuba."

Baru-baru ini di Majlis Makan Malam Gala Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) pada bulan Oktober, Ryan mengkoreografi persembahan (mindef.sg/admmdh) dengan artis MDC, penari kanak-kanak, dan seorang "artis" khas - skrin interaktif yang bertindak balas terhadap pergerakan yang berbeza yang dibuat oleh penari!

"Ia bukan hanya pertunjukan tarian, tetapi cerita yang membawa tiga bahagian. Ia sangat seronok untuk mengkoreografi persembahan ini kerana apabila anda memahami bagaimana skrin berfungsi, anda boleh merekabentuk pergerakan (untuk melengkapkan kesan pada skrin)." 

"Kepakaran saya adalah di dalam bidang dunia komersil, dan saya ingin membawa kembali perkara terbaru di sini untuk mereka cuba."

QUOTE-A-credit
Ryan mengarah persembahan artis-artis muda pada latihan untuk Majlis Makan Malam ADMM-Plus Gala. Dia mengkoreografi beberapa tarian untuk kedua-dua kanak-kanak dan artis MDC.

Irama Musik

Felix Phang, 35, Timbalan Ketua, Isi Kandungan (Penglibatan Secara Langsung)

Anda mungkin tidak pernah melihatnya sebelum ini, tetapi anda sudah pasti mendengar beliau. Penerbit muzik Felix adalah bahagian alat gendering perseorangan di dalam video muzik Singapore Town.

Di samping mengatur muzik, dia juga memainkan loceng, alat muzik detar, penggoncang dan caxixi (instrumen Afrika) untuk menemani nyanyian. Jadi apa yang membuat sebuah lagu terkenal yang boleh menjadi viral?

"Ia harus boleh dinyanyi bersama, untuk artis dan penonton. Saya selalu bertanya pada diri sendiri: bolehkah lagu ini dinyanyikan di sekitar unggun api? Jika boleh, maka itu lagu yang baik untuk penonton yang ramai. Semua orang boleh menyanyi bersama-sama."

Dia juga menghasilkan lagu-lagu untuk muzik We Are Singapore, bekerja dengan pengamal teater yang berpengalaman untuk melatih para artis dalam menyanyi dan melakonkan watak.

Dan sekarang, dia sedang berusaha untuk membentuk sebuah kumpulan MDC khas yang terdiri daripada pelbagai etnik, dan membantu para artis untuk memahirkan diri dengan alat-alat muzik yang baru.

"Para pemuzik sepenuh masa kami boleh memilih alat-alat muzik tradisional dan kami akan memberi mereka latihan untuk meneruskan minat mereka. Kami sedang membangunkan program latihan untuk mendapatkan artis dan pemuzik mempunyai peralatan muzik yang lengkap dan meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka."

"Saya selalu bertanya pada diri sendiri: bolehkah lagu ini dinyanyikan di sekitar unggun api? Jika boleh, maka itu adalah lagu yang baik untuk semua penonton."

QUOTE-A-credit
Felix (kanan) dan Penolong Pengurus Pengeluaran Muzik Mandric Tan sedang menggubah muzik persembahan Singapore Town.
Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?