PELAUT, JURUTERA & IBU

13jul22_news1_thumbnailb https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/13jul22_news1_thumbnailb.jpg?sfvrsn=5f1a57a2_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PELAUT-JURUTERA-AMP-IBU
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PELAUT-JURUTERA-AMP-IBU
PELAUT, JURUTERA & IBU
13 Jul 2022 | PEOPLE

PELAUT, JURUTERA & IBU

// KISAH BENITA TEO // FOTO KENNETH LIN & IHSAN ME4 NG

Dia menyertai AngkatanTentera Laut dengan impian untuk menjelajah dunia. Selepas dua dekad, bukan sahaja ditemui hala tuju sebenarnya dalam berkhidmat untuk negara dan memupuk jurutera tentera laut, malahan juga buah hatinya.

Anak-anak lelaki ME4 Ng (dua dari kanan) – Jackson (kanan) dan Jayden (dua dari kiri) – mengenakan epaulet pangkat pada pakaian seragamnya. Bersama mereka ialah Encik Zaqy Mohamad (kiri).

Setelah tamat pengajiannya di Politeknik Singapura, Jasmine Ng yang berusia 19 tahun ketika itu, teringin sangat untuk menceburi kerjaya yang menjanjikan pengembaraan dan tujuan. Diilhamkan oleh bapa saudaranya, iaitu seorang Pegawai Tetap dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), dia memutuskan untuk mengikat kontrak dengan Tentera Laut Republik Singapura (RSN).

"Pakcik saya berkongsi dengan saya tentang kepentingan peranan SAF (dalam pertahanan Singapura), dan ia menarik saya untuk menyertai dan menyumbang kepada negara," jelas Pakar Tentera (ME) 4 Ng.

"Pada masa itu, slogan Tentera Laut adalah kami boleh menjelajahi dunia. Ia terus membangkitkan semangat pengembaraan saya."

Berbekalkan diploma kejuruteraan mekanikal, dia memilih untuk meneruskan kerjaya sebagai jurutera sistem marin.

Jurutera Sistem Peperangan Tentera Laut yang kini berusia 40 tahun berasa gembira kerana slogan itu telah menepati janjinya: "Impian saya benar-benar menjadi kenyataan–saya telah menjalani banyak pengerahan dan melawat banyak negara yang berbeza!"

ME4 Ng (baris depan, kedua dari kiri) bersama-sama anak-anak kapal RSS Tenacious semasa Latihan Pacific Griffin pada 2021.

Mencari hala tuju untuk berkhidmat kepada orang lain

ME4 Ng telah melalui banyak pengerahan termasuk Latihan Lingkaran Pasifik dan Latihan Pacific Griffin.

Tetapi pengerahan yang paling menyayat hatinya ialah Operasi Flying Eagle, semasa menyertai usaha SAF untuk menghulur bantuan kepada mangsa-mangsa tsunami di Aceh, Indonesia pada 2005.

ME4 Ng (baris depan, kedua dari kanan) semasa Latihan Singapura-India-Thailand ketiga (SITMEX) pada November 2021.

"Memandangkan saya masih baharu dalam SAF ketika itu, operasi itu memberi saya peluang untuk menyaksikan kerjasama gabungan ketiga-tiga Perkhidmatan itu sebagai satu. Dalam beberapa hari selepas diaktifkan, kami berjaya melayarkan kapal pertama untuk menghantar kenderaan Tentera dan helikopter yang membantu menghulur pertolongan cemas kepada mangsa.

"Saya juga menyaksikan komitmen dan sikap profesionalisme anggota kerahan dan wanita yang datang segera sebaik sahaja diaktifkan untuk membuat persiapan operasi, serta semangat juang yang dipaparkan semasa membantu mangsa tsunami dan menjayakan operasi. Ini memberi saya inspirasi untuk terus kekal dan membangunkan kerjaya saya dalam Tentera Laut."

(Dari kiri) ME3 Foo, Jayden, Jackson dan ME4 Ng di Navy@Vivo pada 2017. Pasangan itu bertemu pada 2005 semasa berkhidmat di kapal RSS Steadfast.

Daripada anak kapal perintis kepada pasangan hidup.

Semasa berada di RSN juga ME4 Ng bertemu suaminya, ME3 Foo Moo Kiat.

Pasangan itu bersua muka pada 2005, apabila mereka menganggotai anak kapal perintis kapal frigat RSS Steadfast. Cinta berputik, dan mereka berkahwin pada 2010. Kini, mereka adalah ibu bapa yang bangga kepada dua anak lelaki, Jayden, 11, dan Jackson, 8.

Sebagai pasangan yang bertugas dengan Angkatan Tentera Laut, ME4 Ng mengakui adanya cabaran untuk mengimbangi kehidupan keluarga dengan komitmen kerja dan penempatan di luar negara. Mereka bersyukur mendapat sokongan padu di tempat kerja dan di rumah.

"Kami berasa syukur kerana pihak atasan memahami cabaran yang dihadapi pasangan Tentera Laut seperti kami, dan membantu kami dengan membuat pengaturan untuk hanya seorang daripada kami ditempatkan di laut pada satu-satu masa. Ibu bapa saya juga membantu menjaga anak-anak semasa kami bekerja."

Meskipun mereka sering terpaksa berjauhan, ME4 Ng menerimanya dengan tenang: "Sebenarnya, apabila kami (berjauhan dan) tidak dapat berjumpa, ia sebaliknya mengeratkan hubungan kami. Kami saling mempercayai satu sama lain – contohnya, dia sedang dikerah dan saya di sini menjaga anak-anak. Saya tahu dia melakukan apa yang perlu dijalankan."

ME4 Ng gembira kerana anak-anaknya memahami apabila dia dan suaminya dikehendaki belayar untuk pengerahan.

Keghairahan untuk menimba ilmu

ME4 Ng adalah seorang yang percaya dengan pembelajaran sepanjang hayat. Pada 2017, dia menerima ijazah dalam Sistem Aeroangkasa dari Universiti Sains Sosial Singapura.

Dan dia masih lagi giat mengejar ilmu! Dia berharap untuk memperoleh banyak kemahiran baharu seperti pengaturcaraan, atau terus memperdalam kepakarannya dalam bidang kejuruteraan.

"Bagi saya, adalah penting untuk menjadi seperti 'span' dan sentiasa mempelajari perkara baharu," jelasnya. "Saya memang suka belajar. Ia juga membolehkan saya meluaskan perspektif saya, dan membantu saya dalam membuat keputusan, secara profesional dan peribadi. Saya boleh memanfaatkan kemahiran ini semasa melatih atau memberi kaunseling kepada anak-anak buah saya."

Pada 13 Jul, ME4 Ng dilantik sebagai Pakar Kanan Tentera di majlis pelantikan yang dirasmikan oleh Menteri Negara Kanan Pertahanan Zaqy Mohamad. Dia juga dinobatkan sebagai penerima Pedang Kehormatan RSN dalam Kursus Pakar Domain Ketenteraan ke-23.

Encik Zaqy Mohamad (kanan) menganugerahkan Pedang Kehormatan kepada ME4 Ng.

Anak-anak lelakinya mengiringinya di majlis itu bagi pihak ayah mereka, yang bertugas di luar negara. Mereka juga membantu mengenakan epaulet pangkat pada pakaian seragamnya.

Menurut Jayden, anak sulungnya: "Saya berasa sangat gembira dan bangga kerana mummy saya dianugerahkan Pedang Kehormatan! Saya berharap agar suatu hari nanti, saya juga akan menerima anugerah Pedang seperti mummy juga!

"Kami merinduinya ketika dia belayar dan akan bersembang dengannya melalui panggilan video. Setiap kali dia kembali, kami memeluknya dan menyuarakan rasa rindu kami terhadapnya."

Semasa dianugerahkan Pedang Kehormatan, ME4 Ng berkata ia adalah berkat bantuan rakan sekerja dan keluarganya: "Ia bukan sahaja (bukti) keazaman dan daya usaha saya, malahan mereka yang menyokong dan membimbing saya, dan membolehkan saya menjalankan tugas saya sebagai pelaut, jurutera dan pemimpin dalam Tentera Laut.

"Saya ingin membantu membangunkan komuniti kejuruteraan Tentera Laut agar lebih mantap dan cekal. Saya juga mahu memupuk generasi jurutera seterusnya, yang akan mengambil alih daripada kami."

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!