PELAJARAN MENGENAI KEPIMPINAN DARIPADA 'BAPA' KEPADA KUMPULAN BERSAUDARA 823 SIR

17aug20_news1-1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/17aug20_news1-1f7d3856c-e1f7-4bb9-9974-cb4254b1c234.jpg?sfvrsn=9e95d694_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PELAJARAN-MENGENAI-KEPIMPINAN-DARIPADA-39-BAPA-39-KEPADA-KUMPULAN-BERSAUDARA-823-SIR
PELAJARAN MENGENAI KEPIMPINAN DARIPADA 'BAPA' KEPADA KUMPULAN BERSAUDARA 823 SIR https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PELAJARAN-MENGENAI-KEPIMPINAN-DARIPADA-39-BAPA-39-KEPADA-KUMPULAN-BERSAUDARA-823-SIR
17 Aug 2020 | PEOPLE

PELAJARAN MENGENAI KEPIMPINAN DARIPADA 'BAPA' KEPADA KUMPULAN BERSAUDARA 823 SIR

Anggota-anggota yang berada di bawah pimpinannya berkhidmat, bukan kerana mereka terpaksa, tetapi kerana mereka memang mahu berkhidmat. SLTC (NS) Darren Tan berkongsi bagaimana dia memikat hati dan minda mereka.

// BERITA KOH ENG BENG

// FOTO KENNETH LIN DAN IHSAN SLTC (NS) TAN

// DITERBITKAN DAN DIEDIT OLEH KOH ENG BENG

English 华文
English 华文
1-UP-B-caption

Seorang askar kembali ke Latihan Dalam Kem (ICT) beberapa jam selepas majlis perkahwinannya. Seorang lagi berusaha untuk kembali ke latihan selepas rawatan kansernya. Ramai yang merayu agar permintaan penangguhan yang dihantar oleh majikan mereka ditolak.

Lima tahun dahulu, kumpulan bersaudara ini daripada batalion 823, Batalion Infantri Singapura (823 SIR) memikat hati warga Singapura dengan keakraban mereka yang luar biasa.

Tahun itu, 823 SIR mencapai Keadaan Kesediaan (REDCON) 2A, gred kedua paling tinggi yang boleh dicapai untuk penilaian Pusat Penilaian Latihan Tentera (ATEC) mereka.

1-UP-B-caption

Batalion ini direhatkan pada awal tahun ini dan dimasukkan ke dalam Pasukan Simpanan MINDEF, namun legasi mereka terus hidup.

"Mereka berkhidmat, bukan kerana mereka terpaksa, tetapi kerana mereka memang mahu berkhidmat," kata Leftenan Kolonel Kanan (SLTC) (NS) Darren Tan. Pegawai berusia 49 tahun itu memegang jawatan Pegawai Pemerintah 823 SIR dari 2009 hingga 2017.

Semangat prihatin sebagai satu keluarga

Bagaimanakah SLTC (NS) Tan membina batalion yang begitu erat? Dari awal lagi, beliau cuba untuk menerapkan semangat kekeluargaan yang kukuh dalam unit, di mana anggota-anggota menjaga satu sama lain, seperti saudara kandung.

Ia tugas yang menggentarkan kerana Anggota-anggota Perkhidmatan Negara yang Sedia Beroperasi (NSmen) belum pernah berlatih bersama-sama sebelum ini. Mereka berkhidmat dalam pelbagai unit semasa dua tahun dalam Perkhidmatan Negara sepenuh masa.

Mudah baginya untuk memberi arahan untuk diikuti anggota-anggotanya, namun SLTC (NS) Tan memilih untuk menggunakan pengaruh dan keprihatinannya untuk memenangi hati dan minda mereka.

Semasa ICT, dia akan bersantai bersama-sama anggota bawahan dan komandernya, bertanyakan mengenai kehidupan dan keluarga mereka. Di luar kem, dia akan bertemu dengan mereka, dan malahan menyediakan kaunseling untuk mereka yang menghadapi isu mengenai keluarga, perhubungan, kewangan dan banyak lagi.

Disebabkan sikap prihatinnya, anggota-anggota bawahannya menghormati dia seperti seorang bapa. Malahan ada antara mereka meminta dia mengupacarakan pernikahan mereka.

SLTC (NS) Tan (pertama dari kiri) mengupacarakan perkahwinan anggota bawahannya.

Ikhlas berkhidmat demi masyarakat

SLTC (NS) Tan terdorong berkhidmat untuk masyarakat sejak dari usia muda. Pada 1990, dia menerima anugerah pengajian SAF untuk melanjutkan pelajaran dalam kerja-kerja sosial di Universiti Nasional Singapura.

Selepas pengajiannya, pelantikan pertamanya dalam Angkatan Tentera ialah pegawai semboyan batalion di 1 SIR. Dialah yang pertama dan satu-satunya askar dalam 1 SIR yang menjadi para-kaunselor.

"Latar belakang sosial saya pastinya membentuk bagaimana saya berhubung dengan orang dan bagaimana saya memimpin," kata bekas anggota Tetap SAF itu.

Selepas tujuh tahun, dia meninggalkan perkhidmatan Tentera untuk menjadi pastor dan kemudiannya mengasaskan syarikat latihan kepimpinan. Hari ni, dia menganjurkan kursus mengenai kepimpinan dan motivasi untuk orang dewasa dan kanak-kanak, dan juga menyediakan kaunseling keluarga.

Bergambar dengan askar dari Batalion Semboyan ke-2 semasa menjadi Anggota Tentera Tetap.

Berkhidmat di luar panggilan tugas

Selama beberapa tahun ini, SLTC (NS) Tan terus berkhidmat sebagai NSman. Tahun ini menandakan tahun ke-30 dia berada dalam perkhidmatan beruniform.

Selepas menyerahkan perintah 823 SIR pada 2017, beliau telah dilantik sebagai Ketua Staf Briged Infantri ke-22, Beliau kini pemerintah kedua briged.

Berkhidmat dalam tentera telah membantu SLTC (NS) Tan menajamkan kemahiran kepimpinannya.

Tentang mengapa beliau terus berkhidmat dengan SAF, beliau berkata: "Berbekalkan pengalaman bekerja di luar, kami membawa perspektif yang berbeza kepada SAF. Ia sangat membantu apabila NSmen dan Anggota Tetap bekerjasama, kami boleh melihat isu dari pelbagai sudut dan kemudiannya mencadangkan pelan yang lebih mantap.

Sumbangan beliau kepada SAF menjangkau jauh daripada peranannya sebagai pegawai tempur.

Sebagai duta Komitmen kepada Pertahanan (C2D), beliau menyampaikan syarahan di sekolah-sekolah dengan berkongsi kisah peribadi dan pengalaman NS. Dengan berbuat sedemikian, beliau membantu menginspirasikan pelajar untuk memainkan peranan mereka dalam memastikan Singapura kekal teguh.

Duta C2D SLTC (NS) Tan (memakai tali leher) berkongsi perjalanan NS-nya dengan pelajar-pelajar dari Maktab Rendah Eunoia.

Beliau juga memulakan program mentor dengan Pasukan Pertahanan Rakyat Kedua (2PDF) di mana pegawai pemerintah NS akan menyampaikan perintah mereka di samping pengalaman hidup kepada komander kompeni NS yang masih muda.

Apabila ditanya apakah pengajaran utama daripada perjalanan NS-nya setakat ini, SLTC (NS) Tan berkata: "Belajar menggunakan kualiti peribadi untuk berhubung dengan orang agar mereka boleh mengikut anda — pengalaman menjadi ketua kepada para anggota adalah sesuatu yang anda tidak akan temui dalam dunia orang awam.

Beliau menambah: “Saya lebih bertekad untuk mencetuskan perubahan di mana sahaja saya berada, dan untuk memberitahu unit baharu yang akan datang bahawa anda boleh membina unit NS yang hebat yang juga prihatin serta melibatkan dari segi hati dan minda."

Ingin tahu bagaimana SLTC (NS) Darren memikat hati dan minda anggota-anggota bawahannya? Tontonilah video ini:

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?