Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/13mar21_news1_photo11d33f67f-a13b-4d53-99b1-4a7942a54264.jpg?sfvrsn=5b5b273c_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PEJUANG-DI-SAF
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PEJUANG-DI-SAF
PEJUANG DI SAF
15 Mar 2021 | PEOPLE

PEJUANG DI SAF

PEGAWAI TENTERA LAUT KAPTEN (CPT) JALYN SOH, 28, MEMAPARKAN FIKIRANNYA TENTANG PELAYARAN SELAMA 67 HARI BERTURUT-TURUT SEMASA DIKERAH BERTUGAS KE LUAR NEGARA KETIKA PANDEMIK COVID-19, DAN KENAPA DIA MENGANGGAPNYA DIRINYA SEBAGAI PEJUANG DI ANGKATAN BERSENJATA SINGAPURA (SAF).

KPT Soh menyertai angkatan tentera kerana inginkan peluang untuk belayar ke serata dunia dan untuk berinteraksi dengan kelasi daripada angkatan tentera laut yang lain yang berfikiran sehaluan.

"Saya anggap diri saya sebagai pejuang di SAF." Itulah kata-kata saya kepada sesiapa yang bertanya tentang pekerjaan saya.

Sejak dari awal lagi, saya sudah memilih tentera sebagai kerjaya saya. Ia memberi saya peluang untuk mengguna kekuatan saya dari segi: kecergasan fizikal, ketahanan mental dan kepimpinan.

Kebanggaan Ibu bapa: Ibu bapa KPT Soh mengenakan epaulet pangkat pegawai semasa Perbarisan Pentadbiran Kursus Pegawai Kadet pada Jun 2016.

Berlatar belakangkan bidang olahraga dan sentiasa giat dalam pelbagai sukan pertandingan seperti badminton, balapan & padang dan perahu naga, saya adalah jenis yang tidak boleh duduk diam.

Berkelayakan ijazah dan diploma dalam bidang pelancongan, saya tentu tertarik dengan prospek perjalanan, dan Tentera Laut Republik Singapura (RSN) menawarkan saya peluang terbaik untuk belayar menyeberangi lautan dan berinteraksi dengan kelasi daripada angkatan tentera laut lain yang berfikiran sehaluan.

Ia merupakan seruan yang tepat. Sejak menyertai Tentera Laut, saya berpeluang bersinggah di beberapa pelabuhan termasuk Busan (Korea Selatan), Cam Ranh Bay (Vietnam), Darwin (Australia), Guam (Wilayah Amerika Syarikat), Hawaii (Amerika Syarikat) dan Surabaya (Indonesia).

Sebagai perancang utama RSN untuk Kumpulan Multinasional Sail dalam perjalanan ke Hawaii bagi RIMPAC 2020, KPT Soh (latar depan, kiri) terpaksa menjalankan perancangan dan koordinasi terperinci secara maya dengan tentera laut lain melalui e-mel dan persidangan video.

Tempoh yang paling mencabar

Pada tahun lalu, semasa wabak COVID-19 menular di seluruh dunia, saya bertuah dapat menyertai latihan Lingkaran Pasifik (RIMPAC) – latihan maritim multinasional yang terbesar di dunia.

Walaupun ia merupakan pengerahan tugas yang paling mencabar setakat ini,namun ia juga suatu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Kami menghabiskan masa 67 hari dalam perjalanan pergi balik dari Singapura ke Hawaii – pelayaran yang paling jauh oleh RSN tanpa bersinggah di darat.

Pengerahan semasa pandemik memuncak juga bererti kami terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga sebelum, semasa dan selepas perjalanan.

Ia juga melibatkan fasa pengasingan dan ujian swab sebelum belayar, serta perancangan teliti dan penyelarasan latihan secara maya tanpa sebarang interaksi fizikal di kalangan tentera-tentera laut yang turut serta.

Apabila kami bersinggah di pelabuhan untuk penambahan semula, kami perlu mencipta kaedah untuk catuan dan pemindahan bahan bakar tanpa sebarang hubungan fizikal.

Sebagai perancang utama RSN untuk Kumpulan Multinasional Sail dalam perjalanan ke Hawaii, saya perlu menangani perubahan rancangan yang kerap berlaku disebabkan oleh keadaan COVID-19 yang kian menular. Kami sepasukan berjaya menangani hal ini dengan perancangan yang terperinci dan persediaan menghadapi sebarang kontigensi.

Meskipun telah belayar jauh semasa RIMPAC 2020, KPT Soh (barisan depan, dua dari kanan) dan rakan-rakan sekapalnya masih penuh bersemangat sepanjang tempoh pengerahan mereka. Digambarkan bersama-sama melakukan cabaran menari semasa waktu rehat.

Keadaan laut yang bergelora semasa pelayaran di Lautan Pasifik. Memandangkan saya mudah sekali mabuk laut, pengerahan tugas ini bukanlah sesuatu yang main-main. Mujurlah, saya berjaya mengawal keadaan saya dengan bersenam secara tetap.

Kemahiran kulinari chef tentera laut kami juga telah membantu saya mengekalkan selera makan semasa di laut. Setiap kali saya belayar, saya pasti akan membawa bersama beg muntah dan kulit oren awet dalam senarai pembungkusan saya!

Walaupun menjalani pengerahan tugas yang panjang, saya dan rakan-rakan sekapal memantapkan semangat dengan berseronok-seronok pada masa lapang. Kami juga berjaya menjalankan siri aktiviti-aktiviti kepaduan dan meraikan Hari Kebangsaan di laut!

Semua pengalaman ini akan kekal dalam memori saya untuk selama-lamanya.

Sebagai PWO, KPT Soh (kiri) memimpin pasukannya dalam CIC untuk mempertahankan kapalnya daripada sebarang ancaman.

Tiada penyesalan

Sebagai Pegawai Operasi di kapal RSS Supreme, sebuah kapal frigat kelas Formidable, saya dipertanggungjawabkan dengan perancangan dan pelaksanaan operasi kapal saya. Ini adalah termasuk latihan tempatan dan luar negara, baik di pantai mahupun di laut.

Semasa pelayaran, saya juga bertugas sebagai Pegawai Perang (PWO) dan bertugas di Pusat Maklumat Tempur (CIC) untuk menghapuskan ancaman permukaan dan sub-permukaan. Selaku PWO, saya perlu memahami keadaan dan memimpin pasukan CIC saya untuk menyerang dan mempertahankan kapal saya daripada segala ancaman.

KPT Soh menganggap dirinya sebagai pejuang di SAF, mempertahankan perairan Singapura dan menjaga keselamatan keluarga dan orang tersayang.

Sebagai anggota tentera, kami berkomited untuk mempertahankan negara kami. Tanpa mengambil kira jantina, kami semua mempunyai keupayaan untuk melindungi Singapura.

Di SAF hari ini, kami diukur mengikut keupayaan kami menjalankan tugas dan setiap anggota perlu berkhidmat dalam kapasiti masing-masing menurut bakat mereka.

Kini lima tahun sudah berlalu dan saya tidak menyesal berkhidmat di Tentera Laut.

Saya berasa bangga dengan tugasan, pakaian seragam dan organisasi saya serta negara kepulauan yang saya lindungi.

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

She used to serve on the Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

She used to serve on the COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

She used to serve on the Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!