PEGAWAI RSAF MENGIBAR TINGGI BENDERA SINGAPURA DI AKADEMI TENTERA UDARA AMERIKA SYARIKAT

04may20-photo1new2 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/04may20-photo1new2.jpg?sfvrsn=1610b83_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PEGAWAI-RSAF-MENGIBAR-TINGGI-BENDERA-SINGAPURA-DI-AKADEMI-TENTERA-UDARA-AMERIKA-SYARIKAT
PEGAWAI RSAF MENGIBAR TINGGI BENDERA SINGAPURA DI AKADEMI TENTERA UDARA AMERIKA SYARIKAT https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PEGAWAI-RSAF-MENGIBAR-TINGGI-BENDERA-SINGAPURA-DI-AKADEMI-TENTERA-UDARA-AMERIKA-SYARIKAT
04 May 2020 | PEOPLE

PEGAWAI RSAF MENGIBAR TINGGI BENDERA SINGAPURA DI AKADEMI TENTERA UDARA AMERIKA SYARIKAT

Leftenan (LTA) Christabel Chai adalah antara lulusan teratas di Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat (USAFA) tahun ini.

// BERITA OLEH KOH ENG BENG

// FOTO OLEH IHSAN LTA CHAI & KEDUTAAN SINGAPURA DI WASHINGTON DC

English 华文
English 华文

Leftenan (LTA) Christabel Chai adalah antara lulusan teratas di Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat (USAFA) tahun ini.

Selepas majlis tamat pengajian dari akademi tentera berprestij di Colorado, AS pada 19 Apr, pegawai Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) mengibar tinggi bendera Singapura bagi menunjukkan kebanggaannya sebagai warga Singapura.

Facebook Kedutaan Singapura di Washington memuatnaikkan foto detik kebanggaan tersebut. Ia mendapat 1,700 like.

"Ketika itu, saya hampir menitiskan air mata bangga, gembira dan syukur kerana setelah hampir empat tahun mengorbankan darah, keringat dan air mata, tiba sudah saat saya memberi penghormatan kepada tanah air saya, Singapura...di pentas dunia, dan menunjukkan...keupayaan negara kecil yang hanya sebesar titik merah di peta dunia," kata LTA Chai.

Anggota berusia 24 tahun berada dalam kedudukan 10 peratus teratas untuk kohortnya yang terdiri daripada hampir 1,000 kadet dari AS di samping juga Georgia, Jepun, Pakistan Macedonia, Korea Selatan dan lebih banyak lagi.

Di dalam RSAF, LTA Chai berkhidmat sebagai Pegawai Perang Udara (AWO) (Pengurusan Tempur Udara) yang memberi panduan kepada pesawat semasa misi tempur udara. Dia menyertai perkhidmatan tentera pada 2015, selepas menamatkan pengajian di Maktab Rendah Anglo-Chinese.

Berikut ada lah 5 perkara yang anda mesti tahu mengenainya:

1 Dia menjadi perintis

LTA Chai mencipta sejarah dengan menjadi wanita pertama dari Asia Tenggara dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dipilih untuk program persaingan tinggi USAFA, yang mempunyai kadar penerimaan 10 peratus sahaja. Kadet yang memohon untuk program ini juga mesti dicalonkan oleh ahli kongres.

LTA Chai melalui tiga pusingan temu duga untuk mendapatkan pencalonan oleh Singapura. Ini diikuti dengan pilihan USAFA dan temu duga dengan Atase Pertahanan AS di Singapura.

2 Dia terjun dari kapal terbang sendiri

Dalam masa empat tahun dia berkhidmat dengan USAFA, dia mempelajari mengenai operasi tentera udara seperti memandu kapal terbang dan peluncur, melancarkan satelit ke angkasa lepas – dan juga dilatih dalam terjun solo!

Dia telah membuat lima terjun solo kesemuanya untuk memperoleh US Jump Wings-nya.

LTA Chai memakai US jump wings yang dianugerahkan kepadanya November lepas.

Sebelum tiba di AS, dia belum pernah lagi mencuba aksi nekad tersebut. Namun dia mendapat keyakinan daripada ketahanannya menempuh cabaran sengit semasa menjalani Latihan Asas Tentera (BMT).

"Perarakan haluan yang tidak terkira semasa berkhidmat dengan SAF ketika BMT memang memberikan saya kelebihan dalam pengalaman US Jump Wings saya, iaitu dari segi daya tahan mental dan tidak mengaku kalah walau ketika saya takut, letih, dan tidak pasti," dia berkata.

3 Dia seorang yang cerdik

Program USAFA menggabungkan latihan pegawai kadet dengan pengajian universiti. LTA Chai mengambil jurusan sains tingkah laku dengan tumpuan kepada sosiologi.

Pemegang Biasiswa Merit SAF menghadiri kelas kejuruteraan astronautikal, kimia, ekonomi, kejuruteraan elektrik, sejarah, dan sains politik, antara lain.

4 Dia telah membuktikan keberaniannya sebagai seorang komander

Tiada latihan ketenteraan yang lengkap tanpa ujian kepimpinan.

Di USAFA, LTA Chai menggalas peranan kepimpinan seperti Komander Skuadron dan Pengarah Kumpulan Operasi, bertanggungjawab ke atas lebih 100 dan 1,000 kadet masing-masing.

LTA Chai di lintas hormat Barisan Kawalan Kehormat ketika dia mengambil alih sebagai Komander Skuadron untuk memimpin lebih 100 kadet.

Ditambah pula dengan hakikat bahawa dia berada dalam persekitaran yang asing, memimpin kadet-kadet yang terbaik dari seluruh dunia, memang kita memahami tekanan yang sangat besar terhadapnya.

LTA Chai memberi kredit kepada prestasinya yang baik di USAFA kepada latihan kepimpinan yang diterimanya semasa di SAF. Semasa BMT dan di Sekolah Pegawai Kadet, dia mempelajari bagaimana untuk menguruskan masa dengan baik, memberi perhatian kepada perincian dan meletakkan keperluan orang lain sebelum keperluan dirinya.

"Pengalaman-pengalaman inilah yang membuatkan saya boleh membuat keputusan tertentu yang memanfaatkan Skuadron dan Kumpulan yang saya tidak mungkin akan buat tanpa pengalaman lampau di SAF," dia berkata.

5 Dia sudah kembali untuk mempertahankan ruang udara Singapura

LTA Chai baru saja kembali ke Singapura pada akhir April, untuk meneruskan latihan operasinya.

Dia berharap dapat menggunakan kemahirannya, pengalaman kepimpinan dan pengetahuan yang diraih sejak beberapa tahun yang lalu untuk memimpin askar-askar lelaki dan wanita dalam tentera udara di bawah pimpinannya dengan lebih baik.

"Terdapat banyak perubahan dalam kehidupan warga Singapura di samping juga untuk RSAF, dengan semua orang cuba melakukan yang terbaik untuk mengatasi keadaan akibat wabak COVID-19," dia berkata.

"Ia masa yang sukar bagi semua, tetapi saya teruja untuk kembali ke Singapura, menyarung semula uniform milik saya, dan terus berkhidmat untuk negara."

LTA Chai dengan mentor kursusnya – Pegawai Pemerintah Udara Marin Amerika Syarikat, Mejar Christopher Sherwood dan Pelatih Tentera Udara USAF, Master Sarjan Jessica Pendergraph.

"Jangan lupakan mereka yang membantu anda sampai ke tahap di mana anda berada dan menjadikan siapa anda hari ini. Jangan sekali-kali hilang dorongan untuk memperbaiki dan mempelajari daripada mereka yang berada di sekeliling anda, juga daripada kesilapan anda sendiri." – Nasihat LTA Chai untuk wanita-wanita muda Singapura yang berminat dengan karier tentera.

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?