PEOPLE
PEGAWAI NS BERSEDIA UNTUK MENGGALAS PERANAN PEMERINTAH KANAN
26 Oct 2020
Selama dua minggu dalam bulan Julai tahun ini, isteri dan tiga orang anak lelakinya, berusia 12, 8 dan 2, menyaksikan dia beraksi sebagai pegawai tentera, membuat perancangan pertempuran dari pagi sehingga sepanjang malam sambil menjalani Kursus Markas dan Staf (NS).
Selama dua minggu dalam bulan Julai tahun ini, isteri dan tiga orang anak lelakinya, berusia 12, 8 dan 2, menyaksikan dia beraksi sebagai pegawai tentera, membuat perancangan pertempuran dari pagi sehingga sepanjang malam sambil menjalani Kursus Markas dan Staf (NS).
Disebabkan pandemik COVID-19 yang masih berterusan, Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi (NSmen) seperti CPT (NS) Abdul Haniff terpaksa melalui program pembelajaran dari rumah dua minggu untuk fasa asrama yang dikendalikan oleh Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee (GKS CSC).
Ini membuatkan ahli keluarganya lebih memahami cabaran yang dia hadapi sebagai pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).
"(Isteri saya) menghargai sepenuhnya apabila dia melihat saya benar-benar keletihan (kerana menjalani kursus ini). Sekarang dia boleh melihat bahawa, 'Oh sebenarnya, Latihan Dalam Kem bukan hanya (mengenai) perkara seperti memegang senjata dan berbual dengan kawan-kawan,’" kata pegawai Pengawal berusia 39 tahun itu. Dia menambah bahawa anak-anaknya juga mula berminat dalam perkhidmatan tentera sejak menyaksikan dia menjalani kursus ini.
CPT (NS) Haniff ialah antara 226 ketua yang tamat pengajian daripada GKS CSC tahun ini. Kohort ini terdiri daripada 116 pegawai tetap, 49 pegawai NS, 37 pakar tentera, tiga pegawai waran SAF, dan seorang pegawai Pasukan Polis Singapura, dan 20 pegawai antarabangsa dari 13 buah negara. CSC ialah kursus sepuluh bulan yang menyediakan ketua untuk pelantikan markas dan staf kanan dalam SAF.
Latihan yang selamat dan berkesan
COVID-19 mula melanda Singapura tak lama selepas CPT (NS) Abdul Haniff dan rakan-rakan kursus memulakan kursus mereka pada Januari. "Pada awalnya, timbul kebimbangan dalam kalangan NSmen (sama ada kami boleh meneruskan kursus ini)," dia mengingati semula.
Walau dengan gangguan yang datang bersama penularan COVID-19, CPT (NS) Haniff dan rakan kursusnya dapat menamatkan latihan mereka - berbekalkan langkah-langkah keselamatan yang dilaksanakan oleh GKS CSC.
Selain memperkenalkan pembelajaran dari rumah untuk dua minggu pertama bagi fasa asrama lima minggu, kuliah yang diadakan di GKS CSC telah disampaikan secara 'langsung' kepada setiap kumpulan pelajar yang diletakkan di bilik latihan berlainan.
Di dalam setiap kumpulan kecil, helaian plastik telah dipasang untuk mencipta perintang fizikal di antara setiap pelajar.
"Kami tidak merasakan keselamatan kami dikompromi langsung," kata CPT (NS) Haniff.
Menajamkan kemahiran perancangan
Kursus ini, katanya, telah menajamkan kemahiran perancangan pertempurannya, dan memberinya gambaran yang lebih besar bagaimana pelbagai Formasi dan Perkhidmatan bekerja bersama-sama di seluruh SAF. Pemahaman yang lebih mendalam ini, katanya, membolehkan dia membantu unitnya mencipta pelan pertempuran yang lebih teguh.
CPT (NS) Haniff kini memegang jawatan timbalan ketua Sel Sokongan Perkhidmatan Tempur (CSS) (juga dikenali sebagai Dy S4) dalam Briged Infantri Singapura ke-13 (13 SIB). Dia bakal mengambil alih jawatan Ketua CSS (atau S4) dalam SIB 13 untuk pelantikannya yang seterusnya.
"Apa pun yang anda rancang akan dilaksanakan oleh anggota-anggota tentera, jadi kami memastikan seboleh-bolehnya segalanya diperincikan, kerana ia memberi kesan kepada anggota yang berada di lapangan," kata CPT (NS) Haniff.
Melayan pelbagai tuntutan
Dengan ekonomi yang merudum akibat pandemik ini, NSmen menghadapi tekanan tambahan bagi memastikan mereka masih relevan di tempat kerja sambil melayan tuntutan berat kursus ini, kata CPT (NS) Haniff.
"Banyak syarikat yang terkesan. Ini sesuatu yang sentiasa menerjah fikiran kami,” kata pengurus kanan yang bekerja di Kumpulan Certis.
CPT (NS) Haniff dan rakan kursusnya selalu terpaksa menghabiskan tugasan kerja mereka antara kelas dan semasa hujung minggu. Namun mereka tidak pernah ragu-ragu tentang pengorbanan yang mereka perlu lakukan, kata CPT (NS) Haniff.
"Kami memilih untuk menghadiri kursus ini kerana kami perlu memenuhi peranan untuk berperang. Peluang untuk menyumbang...merupakan penghormatan yang kami semua hargai."
ALSO READ IN PEOPLE
Membawa kepakaran awam mereka untuk menyumbang lebih banyak dalam NS
22 Jan 2026
Pada 21 Januari, SAF mengalu-alukan kumpulan terbesar anggota NS atau NSmen yang menamatkan pengajian di bawah Skim Pengerahan Kepakaran Dipertingkat. Temui ME4 (NS) Muhammad Arief Aditya dan ME4 (NS) Mohamed Najid Bin Mohamed Sultan, yang merupakan antara pakar tentera yang baru dilantik ini.
Penjaga warisan
15 Dec 2025
Beliau membantu membina pesawat pertama RSAF. Beliau pula merupakan antara wanita pertama yang menyertai tentera laut. Beliau menguruskan krisis komunikasi ketika bunyi bip pager membawa masalah. Temui veteran-veteran ini yang melihat Singapura melalui zaman pergolakan untuk membina SAF yang kuat.
Bangkit mengatasi arus & melangkah ke hadapan untuk memimpin
13 Dec 2025
Mereka antara kumpulan graduan pegawai SAF yang terbaru tahun ini. Temui 2LT Mohamad Wira Kuriniawan dan 2LT Ryan Ong, yang masing-masing akan mengetuai Skuadron 180 Tentera Laut dan Batalion Pertama, Pengawal Singapura.

