PASUKAN BA YI DARI CHINA, JET PEJUANG F-35 DARI AS BAKAL MENGUJAKAN PERSEMBAHAN UDARA SINGAPURA

07feb20_news1-photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/07feb20_news1-photo1.jpg?sfvrsn=ccdd05d4_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PASUKAN-BA-YI-DARI-CHINA-JET-PEJUANG-F-35-DARI-AS-BAKAL-MENGUJAKAN-PERSEMBAHAN-UDARA-SINGAPURA
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PASUKAN-BA-YI-DARI-CHINA-JET-PEJUANG-F-35-DARI-AS-BAKAL-MENGUJAKAN-PERSEMBAHAN-UDARA-SINGAPURA
PASUKAN BA YI DARI CHINA, JET PEJUANG F-35 DARI AS BAKAL MENGUJAKAN PERSEMBAHAN UDARA SINGAPURA
10 Feb 2020 | COMMUNITY

PASUKAN BA YI DARI CHINA, JET PEJUANG F-35 DARI AS BAKAL MENGUJAKAN PERSEMBAHAN UDARA SINGAPURA

// BERITA OLEH THRINA THAM

// FOTO OLEH CHAI SIAN LIANG, CHUA SOON LYE & KENNETH LIN

Ini menandakan kali pertama mereka terbang di ruang udara di Singapura.

1-UP-B-caption

Bagi mereka yang berada di kawasan Pantai Changi pada hujung minggu mungkin terdengar ngauman enjin jet pesawat jet pejuang sambil ia terbang di atas kepala. Anda juga mungkin pernah ternampak August 1st atau pasukan aerobatik Ba Yi sambil mereka berlatih rutin mereka sebelum pembukaan Persembahan Udara Singapura 2020 (SA2020).

Pasukan dari Angkatan Tentera Udara Rakyat China (PLAAF) buat pertama kalinya terbang ke Singapura. Juga membuat persembahan sulung di rantau ini ialah pesawat F-35B Joint Strike Fighters Kor Marin Amerika Syarikat dan pesawat F-22 Raptors Angkatan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat. SA2020 akan diadakan di Pusat Pameran Changi dari 11 hingga 16 Februari.

SA2020 menandakan buat kali pertama F-35B beraksi di rantau ini.

Ramai yang tak sabar-sabar menantikan jet pejuang F-35B melintasi udara. Jet pejuang inilah yang sedang dipertimbangkan pembeliannya oleh Singapura bagi mengganti jet pejuang F-16.

Pelawat-pelawat ke SA2020 akan berpeluang menyaksikan demonstrasi keupayaan berlepas pendek dan mendarat tegak pesawat ini, kata Leftenan Kolonel (Lt. Col.) Michael Rountree, Pegawai Pemerintah Skuadron Penyerang Pejuang Marin 121.

Lt. Col. Rountree berkata bahawa F-35B akan menunjukkan keupayaannya semasa persembahan udara tersebut.

"Anda akan melihat pesawat tersebut berlegar di pentas tengah, mengarah kepada anda dan bergerak ke kiri dan kanan; depan dan belakang.

"Anda bakal menyaksikan sebuah pesawat pejuang kelas berat…tidak bergerak di udara, yang merupakan aksi yang mengagumkan bagi jet pejuang moden yang juga berupaya terbang pada kelajuan supersonik," kata Lt. Col. Rountree.

Pesawat F-35B berlegar di udara semasa demonstrasi keupayaan berlepas pendek dan mendarat tegaknya.
Pesawat F-22 USAF juga bakal beraksi di Singapura buat pertama kalinya semasa persembahan udara.

Pesawat F-22 akan beraksi sebelum F-35B, dalam pertunjukan gabungan yang akan mengambil masa 20 minit.

Lt. Col. Rountree berkata ia penting bagi AS untuk mempamerkan jet pejuang mereka di SA2020 dan mendemonstrasikan keupayaannya. "Ini akan menguatkan hubungan kami dengan Singapura dan meneruskan sokongan kami untuk Persembahan Udara ini," dia berkata.

Jet Pejuang J10 pasukan Ba Yi mewarnakan ruang udara Singapura.

Pasukan aerobatik Ba Yi dari China bersedia untuk beraksi di pentas SA2020, dengan enam pesawat pejuang J10 terbang dalam formasi rapat untuk persembahan 18 minit yang menakjubkan.

Dua jet pejuang J10 PLAAF melakukan aksi terbang silang ketat semasa pertunjukan.

Singapura dan China menandakan 30 tahun hubungan diplomatik pada 2020. Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen berkata beliau telah menjemput pasukan aerobatik Ba Yi PLAAF untuk beraksi di Pertunjukan Udara tahun in sebagai cara untuk menandakan ulang tahun ini.

Bercakap dengan media pada 7 Feb, Dr Ng berkata bahawa PLAAF telah mengambil langkah berjaga-jaga tambahan bagi memastikan delegasi mereka mematuhi piawaian saringan kesihatan Singapura yang ketat agar bersedia untuk persembahan udara ini.

Di samping itu, pasukan aerobatik Ba Yi juag mengambil langkah-langkah proaktif termasuk pemeriksaan kesihatan yang kerap dan saringan perubatan sambil mereka tinggal dan berlatih di pangkalan tentera mereka di Tianjin, China. Mereka juga akan mengambil langkah-langkah perlu seperti pemantauan suhu dan kesihatan secara kerap semasa mereka tinggal di Singapura.

Dr Ng bertemu dengan anak kapal dari AS dan China (gambar) pada 7 Feb semasa lawatan di Pangkalan Udara Changi (Timur), di mana pasukan aerial ditempatkan.

Bercakap mengenai aksi AS dan China di SA2020, Dr Ng berkata: "Ia merupakan tanda keyakinan (dan) juga ukuran keutuhan perhubungan kita."

Menyertai barisan ini juga ialah persembahan aerial bersepadu Tentera Udara Republik Singapura yang terdiri daripada jet pejuang F-15SG dan dua helikopter penggempur Apache AH-64D.

Pesawat pengebom B-52 Stratofortress USAF juga dijangka kembali ke SA2020 untuk terbang lintas hormat pada 15 Feb.

Saksikan persembahan aerial pada waktu-waktu berikut:

11 Feb (Selasa): 12.30pm hingga 1.35pm

12 Feb (Rabu): 11.30am hingga 12.20pm

13 Feb (Khamis): 11.30am hingga 12.05pm

15 Feb (Sabtu) & 16 Feb (Ahad): 11.30am hingga 12.10pm & 2.20pm hingga 3.10pm

Dapatkan pratonton awal pergerakan aerial yang menyeronokkan oleh pasukan aerial AS dan China:


 

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?