PASANGAN BAPA-ANAK DILANTIK SEBAGAI PAKAR TENTERA KANAN

15jul21_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/15jul21_news1_photo1.jpg?sfvrsn=1712be6e_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PASANGAN-BAPA-ANAK-DILANTIK-SEBAGAI-PAKAR-TENTERA-KANAN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PASANGAN-BAPA-ANAK-DILANTIK-SEBAGAI-PAKAR-TENTERA-KANAN
PASANGAN BAPA-ANAK DILANTIK SEBAGAI PAKAR TENTERA KANAN
15 Jul 2021 | PEOPLE

PASANGAN BAPA-ANAK DILANTIK SEBAGAI PAKAR TENTERA KANAN

// KISAH GABRIEL LEE

// FOTO KENNETH LIN & IHSAN ME4 ROY TAN

Pasangan bapa dan anak ME4 Tan Gim Cheong (kanan) dan ME4 Roy Tan adalah dua daripada 105 anggota yang dilantik sebagai pakar tentera kanan di Majlis Pelantikan Pakar Tentera Kanan ke-21 pada hari Khamis.

"Saya berasa terkejut mendapat tahu bahawa kami akan lulus bersama dalam kohort yang sama... (Meskipun begitu,) saya berasa gembira kerana kami dapat memperingati detik pencapaian ini bersama."

Bagi Pakar Tentera (ME) 4 Roy Tan, menjadi Pakar Tentera Kanan pada hari Khamis adalah sesuatu yang istimewa baginya memandangkan ayahnya ME4 Tan Gim Cheong juga turut dilantik pada masa yang sama.

ME4 Roy mengimbas kembali kepada waktu sebelum latihannya bermula sambil berkata: "Walaupun saya yakin akan menjalani kursus untuk menjadi Pakar Tentera Kanan, ayah saya masih belum terpilih untuk mengikuti kursus ini." Sebagai jurutera utama dalam Penyelenggaraan & Penyelidikan Sokongan Kejuruteraan Ibu Pejabat, Regular berusia 25 tahun kini terlibat dalam inisiatif kejuruteraan yang membolehkan kerja-kerja pembaikan pantas di medan lapangan serta projek-projek yang berhubungkait dengan pembuatan bahan tambah.

"Memang ia suatu kebetulan yang bertuah bagi kami," kata ME4 Gim Cheong, yang juga mengambil keputusan untuk menyertai kursus ini. Beliau yang berusia 53 tahun ini juga merupakan Jurulatih Kanan di Sekolah Sistem Teknologi Platform Angkatan Laut Republik Singapura, di mana beliau mengadakan pelajaran untuk mengasah kompetensi para pelaut yang bercita-cita untuk menyertai Tentera Laut dalam sistem platform tentera laut.

Mendalami pengetahuan domain

Meskipun mereka berasa bertuah dengan kebetulan ini, namun perjalanan yang mereka harungi tidaklah mudah. Terlebih dahulu, mereka terpaksa menjalani Kursus Pakar Domain Tentera (MDEC), yang melatih ME untuk memain peranan dalam SAF di mana kepakaran mendalam dalam bidang seperti kejuruteraan, perisikan, perubatan tentera dan keselamatan siber diperlukan.

ME4 Roy (barisan depan, kiri) bersama-sama dengan rakan kursus MDEC di OES.

Kursus ME4 Roy yang berlangsung selama empat minggu di Institut Latihan Kejuruteraan Ordnans (OETI) Sekolah Kejuruteraan [OES] di mana beliau belajar mengatasi perbezaan pembelajaran di antaranya dan rakan sejawat, yang menyertai kursus pada tahap dan peringkat yang berbeza dalam kehidupan mereka.

Salah satu contohnya ialah ujian keutuhan yang dikendalikan semasa modul kejuruteraan keutuhan, di mana penuntut lepasan sekolah dapat menangani bahagian statistik dengan selesa, manakala yang lain pula lebih cemerlang dalam aspek praktikal latihan pada sistem.

"Kami membantu mereka, dan mereka pula membalas dengan memberi pengalaman praktikal mereka kepada kami," kata ME4 Roy

ME4 Gim Cheong yang menyandang Jurulatih Kanan di Sekolah Sistem Teknologi Platform, bertukar menjadi Pakar Tentera pada April 2010 di bawah Skim Pakar Domain Tentera.

Bagi ME4 Gim Cheong, yang berkhidmat dengan SAF selama 34 tahun, ia adalah semata-mata untuk memupuk kemahiran kepimpinannya dan mengasah kepakarannya melalui kursusnya.

Mengenang kembali tempoh sembilan minggu di Institut Pakar Tentera Laut, ME4 Gim Cheong berkata: "Saya mendapati kursus ini sangat menarik dan bermanfaat. Sukatan pelajarannya meliputi pelbagai bidang yang luas, termasuk kepimpinan dan disiplin. Kami belajar bagaimana untuk menjadi mentor dan melatih anak-anak buah kami dengan berkesan."

Pasangan bapa dan anak juga saling membantu dalam keupayaan peribadi mereka di rumah. Contohnya, ME4 Roy memperkenalkan peralatan tatabahasa kepada ayahnya untuk menajamkan kemahiran penulisannya bagi tugasan teori.

Membina keupayaan kepimpinan

ME4 Roy (kiri) menerima Pedang Kehormatan daripada Brigadier-Jeneral Terry Tan, Komander Markas Sokongan Khidmat Tempur, pada 15 Jul.

ME4 Roy berjaya menjadi penuntut yang ulung dalam kelasnya dan dianugerah dengan Pedang Kehormatan (SOH). SOH diberi kepada calon yang cemerlang berdasarkan prestasi mereka dalam Kursus MDEC.

"Saya berasa amat besar hati menjadi penerima SOH. Saya yakin bahawa saya hanya mampu meraih anugerah itu berkat hubungan erat saya dengan rakan-rakan sekursus saya," katanya.

Dengan senyuman berseri-seri yang penuh kebanggaan, ME4 Gim Cheong memuji anaknya: "Walaupun pada awalnya saya terkejut, saya tahu Roy telah berusaha dengan bersungguh-sungguh."

ME4 Roy (paling kiri), dengan bangga mengenakan pangkat sevron pada bapanya, ME4 Gim Cheong, bersama ibunya Tan Sok Hia.

Memandang ke hadapan, walaupun kedua-dua anak beranak ini mungkin berasal dari bahagian Perkhidmatan yang berbeza, mereka mempunyai matlamat yang sama: Untuk memimpin anak-anak buah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dengan berkesan sebagai pakar tentera SAF.

Melangkah ke hadapan, saya berharap dapat mentor dan membantu tenaga pengajar dalam pasukan saya, sama ada dalam perancangan program latihan atau membantu mereka menangani isu-isu disiplin," kata ME4 Gim Cheong.

Tambah ME4 Roy sambil menyuarakan sentimen ayahnya: "Saya berharap projek-projek yang saya usahakan boleh meningkatkan keupayaan operasi kami dan akan melatih saya untuk menjadi pemimpin yang lebih baik dalam SAF."

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?