PAMERAN UDARA TERBESAR DI NDP 2018

photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/photo119ff333e-95a5-40e0-9d18-a8e1629a27eb.jpg?sfvrsn=8af1d7a8_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PAMERAN-UDARA-TERBESAR-DI-NDP-2018
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PAMERAN-UDARA-TERBESAR-DI-NDP-2018
PAMERAN UDARA TERBESAR DI NDP 2018
10 Jul 2018 | COMMUNITY

PAMERAN UDARA TERBESAR DI NDP 2018

// LAPORAN OLEH CHIA CHONG JIN  

// GAMBAR OLEH CHUA SOON LYE, TAN YONG QUAN & ERIC TAN

Penonton Perarakan Hari Kebangsaan (NDP) akan menikmati sesuatu yang istimewa. Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) akan memukau warga Singapura dengan pameran udara dan terbang lintas hormat yang dipertingkatkan bagi memperingati ulang tahun RSAF yang ke-50 (RSAF50).

Dijangka menjadi pameran udara terbesar melintasi The Float @ Marina Bay, sejumlah 26 pesawat RSAF akan terlibat dalam pameran udara dan terbang lintas hormat tahun ini.

Marsyal Terbang Lintas Hormat NDP pada tahun ini akan diketuai oleh Leftenan Kolonel (LTC) Benny Lui. Lebih dikenali sebagai "Mothergoose" bagi NDP 2018, LTC Lui akan bertanggungjawab merangka pergerakan dan penentuan masa pesawat semasa pameran udara dan terbang lintas hormat.

"Tugas saya adalah untuk memastikan bahawa pesawat tiba tepat pada masanya di atas pusat persembahan bagi keseluruhan pameran udara dan terbang lintas hormat," tegas LTC Lui. "Kami perlu bekerjasama rapat dengan ketua isyarat giliran perarakan. Jika terdapat sebarang perubahan masa, kami bertanggungjawab untuk berhubung dengan pesawat dan memastikan mereka tahu sama ada mereka berada di landasan waktu yang betul.

"Salah satu cabaran utama adalah cuaca. Kita ada asas awan rendah berterusan yang bergerak masuk dan keluar bergantung pada waktu hari tersebut. Lebih-lebih lagi waktu petang, kami akan menghadapi pelbagai bentuk angin yang akan mempengaruhi pergerakan awan," terang anggota yang berumur 49 tahun itu. 

"Pembentukan tertentu akan terbang ke dalam awan atau di atasnya, jadi ia akan menimbulkan cabaran bagi saya, kerana saya perlu menilai sama ada hadirin akan dapat melihat pesawat yang terbang masuk.

"Saya akan perlu membuat keputusan yang tepat untuk memastikan hadirin akan dapat menikmati pameran udara dan terbang lintas hormat penuh semasa NDP tahun ini."

Terbang lintas hormat udara pada tahun ini akan terdiri daripada empat kumpulan pesawat yang terbang ke arah pelantar yang terapung pada ketinggian yang berbeza-beza, dipisahkan oleh selang masa selama 30 saat. Perhatikan pesawat seperti helikopter AH-64D Apache Longbow, Fokker-50, G550 Airborne Early Warning dan juga pesawat pejuang seperti F-16D dan F-15SG.

Kemuncak pameran udara: dua buah pesawat pejuang F-16 akan melukis bentuk hati serong dengan jejak asapnya di atas kawasan Marina Bay. 

Di samping itu, sebuah pesawat F-15SG yang dihiasi tulisan RSAF50 berwarna biru akan membuat beberapa siri persembahan berkelajuan tinggi sebelum menjana kuasa pendakian tegak ke paras 8,000 kaki (kira-kira 2.5 kilometer).

Salah seorang juruterbang yang akan membentuk paparan bentuk hati ialah Mejar (MAJ) Lloyd Lin. Ini merupakan kali kedua Pegawai Pemerintah Skuadron (SQN) 140 membuat persembahan dalam NDP. Sebelum ini beliau menyertai pameran udara dalam NDP 2015.

"Ia adalah satu cabaran untuk memastikan bahawa bentuk adalah simetrik, dengan dua orang juruterbang yang berbeza membentuk separuh bentuk hati sambil melakukan gerakan ini," ujar MAJ Lin. 

"Pada setiap hujung minggu, kami telah berlatih dengan satu sama lain dan mencuba pelbagai sudut dan perimeter yang berbeza, supaya hati akan muncul dengan sempurna berlatar belakangkan langit Singapura."

Pesawat F-15SG yang berhiaskan tulisan RSAF50 akan dipandu oleh Kapten (CPT) Paul-Matthew Lim dari Skuadron (SQN) 149. "Penentuan masa dan penyelarasan dengan krew di darat dan udara adalah sangat penting, kerana saya akan masuk sebaik sahaja dua orang juruterbang F-16 habis membentuk gambar hati," ujar juruterbang berumur 30 tahun ini. 

"Jika saya masuk terlalu lewat, akan berlaku tempoh masa henti kekok yang lama dan jika saya masuk terlalu awal, saya akan menarik perhatian jauh dari hati tersebut."

Apabila ditanya tentang cabaran melakukan gerakan tersebut, CPT Lim menyatakan: "Pelantar Terapung adalah satu ruang kecil dan ia dikelilingi oleh banyak bangunan tinggi. Ia memerlukan ketepatan yang tinggi bagi melakukan segala-galanya yang tertumpu di atas ruang udara supaya penonton yang hadir boleh melihat seluruh gerakan."

"Saya harap ia akan menghiburkan penonton yang hadir semasa NDP," ujar CPT Lim, yang memulakan latihan untuk NDP 2018 pada awal bulan Mei.

Jika anda terlepas pameran udara dan terbang lintas hormat semasa NDP, akan terdapat pameran udara dan terbang lintas hormat sebanyak dua kali sehari semasa RSAF50@Marina Barrage pada 11 dan 12 Ogos (bermula jam 10 pagi dan 2 petang pada kedua-dua hari tersebut), menampilkan lebih daripada 20 aset penerbangan RSAF.

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!