Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/26mar22_news1_photo1aed06eb80-ece0-4b63-9e0e-2dab6eb9ee4b.jpg?sfvrsn=f203847e_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PAKEJ-PENGIKTIRAFAN-PAMERAN-DI-RUMAH-TERBUKA-ANGKATAN-TENTERA-SEMPENA-SAMBUTAN-ULANG-TAHUN-NS55
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PAKEJ-PENGIKTIRAFAN-PAMERAN-DI-RUMAH-TERBUKA-ANGKATAN-TENTERA-SEMPENA-SAMBUTAN-ULANG-TAHUN-NS55
PAKEJ PENGIKTIRAFAN, PAMERAN DI RUMAH TERBUKA ANGKATAN TENTERA SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN NS55
26 Mar 2022 | OPS & TRAINING

PAKEJ PENGIKTIRAFAN, PAMERAN DI RUMAH TERBUKA ANGKATAN TENTERA SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN NS55

LEBIH SEJUTA ANGGOTA KERAHAN PERKHIDMATAN NEGARA YANG SUDAH DAN MASIH BERKHIDMAT AKAN MASING-MASING MENERIMA KREDIT BERNILAI $100 SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA PAKEJ PENGIKTIRAFAN NS55.

Encik Zaqy mengumumkan kempen NS55 hari ini, sempena lawatannya ke latihan pengerahan yang melibatkan 2,000 Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara Tentera Darat.

Untuk menghargai sumbangan mereka dalam Perkhidmatan Negara (NS) sejak 1967, lebih satu juta anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan HomeTeam (HT) negara yang sudah dan masih berkhidmat akan menerima kredit bernilai $100.

Kredit boleh ditebus daripada para peniaga secara dalam talian dan fizikal termasuk kedai dan penjaja di lokasi kejiranan, melalui aplikasi mudah alih LifeSG.

Ia merupakan suatu inisiatif yang membentuk sebahagian daripada sambutan sepanjang satu tahun untuk memperingati ulang tahun Perkhidmatan Negara 55 tahun (NS55). Yang lain termasuk Rumah Terbuka Tentera (AOH) kembali ke Bangunan F1 Pit pada bulan Mei dan pameran NS55 di beberapa lokasi kejiranan dalam bulan Jun. Turut diadakan jejak interaktif untuk dilawati orang ramai sepanjang tahun ini.

Semasa mengumumkan permulaan kempen semasa lawatan ke latihan pengerahan di Kem Maju pada 26 Mac, Menteri Negara Kanan Pertahanan Encik Zaqy Mohamad menekankan kepentingan NS dalam menjaga kedaulatan Singapura, terutamanya memandangkan pencerobohan yang berlaku di Ukraine.

"Memang jelas bahawa kita sebagai sebuah negara, harus memikultanggungjawab untuk mempertahankan dan memastikan kita melindungi cara hidup kita dan kedaulatan kita semua.

"Kita boleh lihat betapa sukarnya (warga Ukraine) mempertahankan negara mereka. Ini adalah suatu pengajaran bagi warga Singapura juga," kata Encik Zaqy.

Menurut beliau lagi, kempen NS55 adalah satu cara untuk menghargai sumbangan askar Singapura, seperti mereka yang melaporkan diri untuk latihan pengerahan. "Ramai daripada mereka berkongsi dengan saya betapa penting dan relevannya latihan ini pada masa ini," katanya.

Encik Zaqy bercakap dengan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara yang telah dikerahkan.

Mengiktiraf kekuatan generasi

NS55 yang bertemakan Generasi Kekuatan, memberi penghormatan kepada keazaman secara kolektif dan dedikasi beberapa generasi anggota perkhidmatan negara, kata Ketua Jabatan Hal Ehwal Khidmat Negara, Kolonel (KOL) Lim Han Yong, 42.

"Semangat NS telah membawa Singapura ke tahap kita sekarang dan akan terus memberi sumbangan terhadap pembangunan Singapura untuk generasi-generasi seterusnya," tambahnya.

Logo NS55 merangkumi bendera negeri untuk mewakili insan yang mernyumbang kepada NS; tabik hormat oleh anggota tentera mewakili generasi anggota NS yang telah berkhidmat.Lengkung dalam logo menggambarkan jambatan yang menghubungkan usaha masa lampau, masa kini dan masa depan demi mempertahankan Singapura.

Antara hadiah yang disediakan ialah Pakej Pengiktirafan NS55, yang meliputi kredit bernilai $100 yang akan diagihkan melalui aplikasi mudah alih LifeSG.

Anggota perkhidmatan negara boleh menggunakan kredit ini di mana-mana peniagaan dalam talian atau fizikal yang menerima pembayaran "Imbas dan Bayar" melalui kod QR PayNow atau NETS. Kredit ini adalah sah selama setahun dari tarikh keluarannya.

Pakej ini juga termasuk keahlian percuma SAFRA atau HomeTeamNS untuk setahun. Anggota perkhidmatan negara yang layak akan menerima surat pemberitahuan mulai pertengahan Jun tahun ini dengan butiran pakej pengiktirafan tersebut.

Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara sedang dalam proses untuk latihan pengerahan di Kem Maju pada 26 Mac.

Sedia untuk mempertahankannya

Permulaan kempen NS55 berlangsung sempena latihan pengerahan yang melibatkan 2,000 Anggota Perkhidmatan Negara (NSmen) Sedia Beroperasi dari Angkatan Tentera Singapura.

Anggota Perkhidmatan Negara melaporkan diri dengan beramai-ramai di Kem Maju, membuktikan keghairahan mereka untuk mempertahankan Singapura, kata Pegawai Pemerintah Batalion ke-795, Pengawal Singapura (795 Gds), Leftenan Kolonel (LTC) Mohammad Jawahir Bin Samuri.

"Saya yakin batalion itu sudah bersedia untuk mempertahankan negara, apabila perlu," kata pegawai yang berusia 41 tahun itu.

Menurut beliau, semangat di kalangan golongan lelaki adalah tinggi, sambil mengatakan: "Mereka gembira dapat bertemu semula selepas beberapa lama...(dan) mengambil kesempatan ini untuk berbual mesra (semasa) menjalankan tugas."

Anggota Perkhidmatan NS 2SG Harish (kiri) dan Koperal Kelas Pertama (NS) Han Zhiwei menyuarakan rasa gembira mereka untuk menerima Pakej Pengiktirafan NS55.

Sarjan Kedua (2SG) (NS) Harish Rai, Sarjan Mejar Kompeni dengan 795 Gds berkata bahawa dia berasa bangga dapat kembali berkhidmat dalam pengerahan tersebut. "Saya fikir (peristiwa baru-baru ini) adalah peringatan tepat bagi kita untuk tidak memandang remeh terhadap keamanan yang kita ada dan menekankan semula kepentingan kita untuk sedia beroperasi," kata Sarjan Kedua yang berusia 24 tahun itu.

Tambahnya lagi, dia tidak sabar untuk menerima Pakej Pengiktirafan NS dan mengambil bahagian dalam acara peringatan lain dan menambah: "Bagi saya ini adalah satu niat yang bagus untuk mengiktiraf dan memberi ganjaran demi menghargai sumbangan anggota kerahan perkhidmatan negara seperti saya dan ramai yang lain."

Acara peringatan yang berlangsung sepanjang tahun

Bagi orang ramai yang ingin menyertai peringatan NS55, Pameran NS55 akan diadakan sempena AOH dari 28 hingga 30 Mei di Bangunan F1 Pit.

Segmen pameran dan rumah terbuka juga akan dibawa ke beberapa lokasi kejiranan dalam pameran keliling: ke Punggol dari 3 hingga 5 Jun dan Bishan dari 10 hingga 12 Jun.

AOH akan kembali ke Bangunan F1 Pit tahun ini, sempena dengan Pameran NS55. [Foto fail AOH 2017, diadakan sempena meraikan sambutan ulang tahun NS50.]

Bagi mereka yang gemar mendaki, Jejak Interaktif NS55, "Cepat Jalan", akan diperkenalkan, meliputi sekurang-kurangnya tujuh tempat penemuan di tengah Singapura.

Setiap titik akan menampilkan elemen realiti terimbuh atau maya, di mana pelawat boleh menggunakan telefon pintar mereka untuk berinteraksi dengan persekitaran mereka dan mengetahui lebih lanjut tentang signifikan lokasi tersebut kepada NS.

Kempen NS55 akan berakhir pada bulan Disember dengan gabungan Perbarisan Tamat Latihan Asas Tentera dan Perbarisan Simpanan MINDEF di The Float @ Marina Bay. Ini adalah kali kedua perbarisan bersama diadakan; yang pertamanya pada 2014.

Perbarisan gabungan mewakili pemberian obor dari satu generasi ke generasi seterusnya, demi mempertahankan dan melindungi kedaulatan negara.

Lawati laman web NS55 (go.gov.sg/NS55) untuk maklumat selanjutnya.

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

She used to serve on the Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

She used to serve on the Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

She used to serve on the Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

She used to serve on the MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?