We apologise for the inconvenience. Our website is currently undergoing scheduled maintenance. We are working hard to improve the site as soon as possible.

PEOPLE

PAKAR YANG DILATIH UNTUK INSIDEN CBR

21 Nov 2019

Jika berlakunya serangan Kimia, Biologi dan Radiologi  (CBR), Sarjan 3 (3SG) Rammdarshan A/L Ramesh bersedia bertindak.

21nov19_news1-1

// BERITA OLEH CHIA CHONG JIN

// FOTO OLEH KENNETH LIN & EDWIN TAN


Bapa 3SG Rammdarshan meletakkan insignia 3SG pada pakaian seragamnya.

Jika berlakunya serangan Kimia, Biologi dan Radiologi  (CBR), Sarjan 3 (3SG) Rammdarshan A/L Ramesh bersedia bertindak.

Sepanjang Kursus Kadet Pakar selama 22 minggu, anggota berusia 19 tahun menjalani latihan yang mencabar dari segi fizikal dan mental untuk memperbaiki dirinya, dan untuk mengatasi sebarang halangan yang dia mungkin hadapi semasa insiden CBR.

"Cara Kursus Kadet Pakar (SCS) melatih kami untuk menjadi jurutera Kimia, Biologi dan Radiologi (CBRD) adalah melalui ujian dan latihan yang pelbagai," kata 3SG Rammdarshan.

"Kami bermula dengan yang asas dan prinsip utama di sebalik langkah-langkah yang diambil semasa serangan CBR, dan dari situ, tahap dan kerumitan latihan ditingkatkan secara sedikit semi sedikit untuk membolehkan latihan secara berperingkat-peringkat."

Sebagai jurutera CBRD, 3SG Rammdarshan dilatih untuk meredakan insiden CBR. Dia dan rakan kadetnya sedar akan implikasi insiden sepertinya, jadi mereka akan menggunakan sepenuhnya setiap sesi latihan yang mereka jalani untuk memastikan kesilapan yang paling minimum dalam meredakan serangan sebenar.

Jurutera CBRD sedang menilai keterukan tumpahan kimia. (Foto Fail)

Walaupun berlatih untuk menjadi jurutera CBRD bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai bagi 3SG Rammdarshan, apa yang dia pelajari semasa latihannya yang sukar mempengaruhi cara dia mendekati situasi sukar.

"Saya belajar bahawa setiap kali kita berhadapan dengan satu-satu cabaran, kita akan sentiasa mempunyai dua pilihan - kita boleh berasa tegang dalam menghadapinya dan terbantut dalam usaha mencari penyelesaian, atau kita boleh tenangkan diri serta memikirkan isu ini secara berkumpulan bagi memastikan masalah ini lebih mudah untuk ditangani," terang 3SG Rammdarshan.

Set minda ini membolehkan dia menangani setiap halangan yang dihadapi semasa di SCS dan sebagai mengiktiraf kemahiran kepimpinannya, dia menerima Bayonet Perak semasa Perarakan Kelulusan Kadet Pakar ke-41 yang diadakan di Kem Pasir Laba pada 21 Nov.

3SG Rammdarshan tidak sabar menanti untuk menyertai formasi Jurutera Tempur.

"Keluarga saya sentiasa menyokong selain memberi komen sekali-sekala bagaimana mereka lebih suka jika saya lebih selalu berada di rumah," kata 3SG Rammdarshan dengan senyuman.

"Mereka akan sentiasa memanggil saya dan bertanyakan khabar saya, dan saya berterima kasih kerana setiap seorang daripada mereka memberikan sokongan sepanjang saya berkhidmat dengan Perkhidmatan Negara setakat ini."

3SG Rammdarshan (tengah) bersama keluarganya.

Ketika ditanya pengalaman yang paling diingati semasa di SCS, 3SG Rammdarshan berkata ia terjadi ketika penghujung penggal asasi, di mana semua kadet pakar sedang bersedia untuk peralihan kepada latihan vokasional mereka.

"Kami semua sedang berdiri semasa perarakan...dengan encik di hadapan kami memanggil nama kami dan memberitahu kami ke mana kami ditakdirkan pergi. Menantikan keputusan di mana saya akan pergi pada waktu itu sentiasa akan terpahat dalam memori.

"Mengimbau kembali, saya gembira kerana berpeluang untuk berlatih dan menjadi jurutera CBRD, dan saya tidak sabar untuk menyumbang melalui Jurutera Tempur Singapura."

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story