NDP KEMBALI KE PADANG DENGAN TERBANG LINTAS HORMAT MERENTASI KAWASAN KEJIRANAN

25may23_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/25may23_news1_photo1.jpg?sfvrsn=a2af466b_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/NDP-KEMBALI-KE-PADANG-DENGAN-TERBANG-LINTAS-HORMAT-MERENTASI-KAWASAN-KEJIRANAN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/NDP-KEMBALI-KE-PADANG-DENGAN-TERBANG-LINTAS-HORMAT-MERENTASI-KAWASAN-KEJIRANAN
NDP KEMBALI KE PADANG DENGAN TERBANG LINTAS HORMAT MERENTASI KAWASAN KEJIRANAN
25 May 2023 | COMMUNITY

NDP KEMBALI KE PADANG DENGAN TERBANG LINTAS HORMAT MERENTASI KAWASAN KEJIRANAN

KISAH THRINA THAM / FOTO CHUA SOON LYE & PIONEER PHOTOGRAPHERS

Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini, bertemakan ‘Maju Bersatu, merupakan NDP berskala penuh yang pertama di Padang sejak 2019.

NDP akan kembali ke Padang tahun ini, dengan jangkaan anggaran 27,000 penonton secara langsung. [Foto Fail]

Inilah masanya untuk mengeluarkan baju merah anda!

NDP akan kembali ke Padang pada 9 Ogos, dengan Terbang Lintas Hormat Bendera Negeri dan pesawat pejuang yang terbang tinggi merentasi kawasan kejiranan. Turut diadakan perayaan sambutan hangat pada hujung minggu 5 dan 6 Ogos di lima tapak di seluruh Singapura.

Di Padang, para penonton berpeluang menyaksikan paparan udara tertingkat untuk meraihkan ulang tahun Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) ke-55 – dengan lebih banyak pesawat dan aksi pergerakan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Juga diadakan Perbarisan Pertahanan Mutlak (TD), yang menampilkan kereta berhias dan aset daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Pasukan Polis Singapura dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura seiringan untuk pertama kalinya.

Perkhidmatan Digital dan Perisikan SAF – ditubuhkan pada Oktober lalu – juga akan membuat penampilan sulung NDP, dengan kontinjen Kawalan Kehormatannya.

NDP 2023 akan mengadakan paparan udara tertingkat untuk meraihkan ulang tahun RSAF ke-55. [Foto Fail]

Menyampaikan pengalaman yang mendalam

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif NDP 2023 Kolonel (KOL) Terence Ho, NDP tahun ini, bertemakan Maju Bersatu, bertujuan untuk menginspirasikan warga Singapura untuk bersama-sama membina masa depan bersama.

"Warga Singapura boleh mengharapkan sambutan yang meriah dan menaikkan semangat apabila kami kembali ke Padang. Kami berharap untuk menyeru warga Singapura untuk melihat ke arah masa hadapan dengan penuh keyakinan...untuk bersama-sama membina masa depan bersama yang inklusif (dan) dengan peluang yang melimpah ruah."

KOL Ho mengimbas semula semasa menonton perbarisan di luar negara pada 2018 ketika menghadiri kursus di Australia.

"Apabila Lagu Kebangsaan dimainkan, saya betul-betul 'Azuan' dalam NDP - saya menitis air mata dan ia menyedarkan saya tiada tempat seperti rumah, dan tiada tempat seperti Singapura", kata beliau merujuk kepada Encik Azuan Tan, guru yang reaksi tulus ikhlasnya dirakam semasa siaran 2022.

"Bagi saya inilah sesuatu yang penting untuk disampaikan kepada Singapura – pengalaman yang sama, perasaan yang sama, sentimen yang sama."

KOL Ho (kiri) dan Encik Richmond meninjau ke Padang, lokasi NDP pada tahun ini.

Angka tahun ini yang memuaskan

Warga Singapura seringkali akan menyuarakan pendapat tentang lagu NDP (sama ada positif atau negatif!), dan lagu tema tahun ini tidak akan mengecewakan.

Bertajuk Sinarkan Cahayamu, langu berentak ceria itu digubah oleh Don Richmond, yang menulisnya bersama ShiGGa Shay. Ia dipersembahkan oleh pelakon ensemble termasuk 53A, The Island Voices, lewloh, Olivia Ong, ShiGGa Shay, Iman Fandi dan Lineath.

Idea di sebalik lirik lagu itu adalah berkaitan dengan "serlahkan diri terbaik kami, sambil memberi inspirasi kepada orang lain," kongsi En Richmond.

"Tetapi ia juga untuk menghasilkan lagu yang 'rasa hebat, yang menarik, menular, dan mengukir senyuman pada (wajah) semua warga Singapura. Justeru, cara kami melakukannya adalah dengan mengumpul para pemuzik yang hebat-hebat belaka."

Tambahnya lagi: "Mudah-mudahan dalam masa terdekat, anak-anak akan bertepuk tangan dan turut bernyanyi bersama-sama."

Tonton video muzik di sini:

Perayaan di Padang & kawasan kejiranan

Dianggarkan hampir 27,000 penonton dijangka akan menyaksikan perbarisan secara langsung di Padang tahun ini.

Acara kemuncaknya ialah segmen Perbarisan TD yang akan menampilkan enam tunggak TD melalui kenderaan berhias, bersama-sama dengan aset angkatan tentera dan Pasukan Rumah. Turut disediakan segmen Rancangan dengan empat Lakonan dan tiga filem pendek.

Kegemaran orang ramai – seperti Red Lions, Terbang Lintas Hormat Bendera Negeri dan Tembakan Penghormatan Presiden – juga bersedia untuk kembali.

Terbang Lintas Hormat Bendera Negeri di Padang semasa NDP 2019.

Mereka di rumah juga boleh turut menyaksikan keseronokan ini dengan melayari Terbang Lintas Hormat Bendera Negeri dan jet pejuang semasa mereka terbang tinggi merentasi kawasan kejiranan pada 9 Ogos.

Sambutan awal juga akan berlangsung dengan acara NDP di kawasan kejiranan pada hujung minggu 5 dan 6 Ogos, dianjurkan bersama dengan Sport SG buat kali pertamanya.

Warga Singapura akan berpeluang menyertai aktiviti komuniti. [Foto Fail]

Bertemakan GetActive!, perayaan itu akan berlangsung di lima tapak di serata Singapura – Stadium Bedok, Stadium Jurong West, Stadium Toa Payoh dan Stadium Woodlands.

Mereka akan merangkumi aktiviti sukan, permainan dan persembahan secara langsung dalam acara gaya karnival.

Sambutan awal juga akan berlangsung dengan acara NDP di kawasan kejiranan pada hujung minggu 5 dan 6 Ogos, dianjurkan bersama dengan Sport SG buat kali pertamanya.

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!