Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/17jun23_news1_photo19953fd41-c03b-4613-909e-ae5d59944092.jpg?sfvrsn=c7e2ef4b_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/NDP-AKAN-MENAMPILKAN-SEGMEN-PERTAHANAN-MUTLAK-BAHARU-DENGAN-20-ASET
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/NDP-AKAN-MENAMPILKAN-SEGMEN-PERTAHANAN-MUTLAK-BAHARU-DENGAN-20-ASET
NDP AKAN MENAMPILKAN SEGMEN PERTAHANAN MUTLAK BAHARU DENGAN 20 ASET
17 Jun 2023 | COMMUNITY

NDP AKAN MENAMPILKAN SEGMEN PERTAHANAN MUTLAK BAHARU DENGAN 20 ASET

PARA AUDIENS AKAN MENYAKSIKAN PAMERAN HEBAT ENAM KENDERAAN BERHIAS BERARAK MELEPASI 20 ASET TENTERA DAN PASUKAN RUMAH SEMASA SEGMEN PERTAHANAN MUTLAK DI NDP TAHUN INI.

Perarakan Hari Kebangsaan (NDP) akan kembali ke Padang berskala penuh buat kali pertama sejak 2019.

Lebih 1,700 peserta daripada 34 kontinjen perarakan akan menyertai segmen Perbarisan & Istiadat (P&C), yang melibatkan 24 kontinjen daripada kumpulan belia, sosial dan ekonomi.

Perarakan itu akan menyaksikan penyertaan sulung Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS) – yang ditubuhkan pada Oktober 2022 – dalam kontinjen Perbarisan Kehormatan.

Ia juga akan menampilkan Perbarisan Pertahanan Mutlak (TDP) baharu yang terdiri daripada 20 aset dan pameran enam kenderaan berhias yang besar – setiap satu mewakili tonggak Pertahanan Mutlak.

Segmen TDP akan tamat dengan detik finale, di mana peserta akan mengembangkan bendera TDP sebagai tanda hormat kepada semua warga Singapura.

Kegemaran orang ramai seperti paparan udara juga akan kembali ke P&C. Saksikan "Tabik Hormat kepada Negara" tahun ini, yang akan menampilkan lapan pesawat pejuang – tambah daripada lima pesawat biasa.

Antara sorotan lain adalah termasuk persembahan Tatu Tentera yang menampilkan 133 peserta daripada Pancaragam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Pancaragam Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pancaragam Sekolah Gabungan.

Juga turut diadakan ialah Video Muzik Koir dengan 127 peserta dari SG Enable, Sekolah Pathlight dan beberapa pelajar sekolah menengah.

Kenali mereka yang terlibat dalam perarakan:

LTC Ragumaran (kanan) dan MWO Pandykumaran memainkan peranan sebagai Panglima Perbarisan dan Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan pada NDP tahun ini.

Panglima Perbarisan & RSM Perbarisan

Meneraju perbarisan tahun ini ialah Panglima Perbarisan Leftenan Kolonel (LTC) Ragumaran S/O Davindran, 38, dan Sarjan Mejar Rejimen Pegawai Waran Utama (MWO) Pandykumaran S/O Arthiappan, 45.

LTC Ragumaran, Pegawai Pemerintah Pangkalan Bekalan Utara merupakan Pegawai Bekalan pertama yang memerintah NDP. "Ia adalah satu penghormatan dan keistimewaan untuk...mewakili komuniti logistik tentera, juga dikenali sebagai Markas Sokongan Khidmat Tempur, dan juga Formasi Bekalan. Ini membuktikan bagaimana pembentukan itu telah berkembang sejak bertahun-tahun," katanya.

Bapa kepada dua anak itu menambah bahawa anaknya, Jivith, berasa teruja untuk menganggotai NDP bersama-samanya – kanak-kanak berusia 7 tahun itu akan menjadi peserta dalam segmen TDP.

"Apabila dia mendapat tahu saya adalah Panglima Perbarisan tahun ini, dia terus mengangkat tangan dan menawarkan diri untuk menyertai saya."

Ini adalah NDP ketiga bagi ME5 Yong, tetapi yang pertama bersama dengan SAF.

Panglima kontinjen DIS baharu

Ia mungkin bukan NDP pertama bagi Pakar Tentera (ME) 5 Audrey Yong – atau kali pertamanya sebagai panglima kontinjen – tetapi ia merupakan tugasan yang paling penting baginya. Dia akan mengetuai kontinjen DIS semasa mereka membuat penampilan sulung dalam kontinjen Perbarisan Kehormatan NDP tahun ini.

Sebelum ini, Panglima yang berusia 30 tahun itu telah menyertai perbarisan dengan Pandu Puteri, sebagai peserta pada 2007 dan kemudian sebagai panglima kontinjen pada 2009.

"Peluang yang tersedia ini juga membawa tanggungjawab tertentu – bukan sahaja untuk membuat persembahan yang baik pada 9 Ogos, tetapi juga untuk memastikan lelaki dan wanita yang berbaris bersama saya memahami sebab kami melakukan ini untuk DIS dan Singapura," katanya.

Menyentuh tentang raptai, ME5 Yong – yang berada dalam Panglima Perisikan Bersama – berkata: "Waktunya panjang; ia mencabar tetapi memang memuaskan hati. Jurulatih NDP telah berusaha bertungkus-lumus untuk menyokong kami."

3SG Arnaav merupakan jejaka di sebalik maskot singa bagi NDP tahun ini.

Singa, Singa Yang Baik Hati

Siapa lelaki di sebalik singa itu? Sarjan Ketiga (3SG) Arnaav Karan Chabira, 20, akan memakai maskot Singa, Singa Yang Baik Hati dan berada di kenderaan berhias Pertahanan Psikologi sebagai sebahagian daripada segmen TDP.

Kini, seorang Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa dalam Angkatan Tentera Singapura, 3SG Arnaav adalah orang yang terselamat daripada Gempa Bumi Sabah 2015 – pada masa itu, dia berada di sana Bersama dengan rombongan sekolah. Walaupun dia mengalami banyak patah tulang, dia telah pulih sepenuhnya dengan sokongan keluarga dan rakan-rakannya.

MSG Nurizliana akan berada di kenderaan berhias Pertahanan Tentera dalam NDP pertamanya.

Peserta kenderaan berhias Pertahanan Tentera

Peserta NDP kali pertama Master Sarjan (MSG) Nurizliana Binte Mohd Rizal, 29, akan berdiri di atas kenderaan berhias Pertahanan Tentera semasa menuju ke pentas Padang dalam segmen TDP.

"Ia merupakan satu pengalaman yang menakjubkan, lebih-lebih lagi kerana ia adalah peranan besar untuk NDP pertama saya – daripada menggalas peranan menyokong, saya berada di barisan hadapan melambai tangan kepada para penonton. Tetapi saya berbesar hati menganggotai perayaan negara," kata Waran Operasi Bekalan di Pangkalan Bekalan Barat.

SGT(3) Ameen akan memandu TSV baharu SPF ketika ia membuat penampilan sulung NDPnya.

Pemandu TSV baharu SPF

Membuat penampilan sulung NDPnya: Kenderaan Penyerang Taktikal (TSV) adalah tambahan terbaharu kepada senjata Panglima Operasi Khas (SOC) SPF.

Orang yang memandu kenderaan hebat ini ialah Sarjan (SGT) (3) Syed Ameen Hussain, 28, yang turut menyertai NDP pertamanya. "Sejujurnya, raptai-raptai yang diadakan agak meletihkan kerana ia dijalankan pada hujung minggu...manakala kerja syif saya sebagai anggota SOC masih diteruskan. Tetapi saya akan meluangkan masa untuk menyertai raptai yang dijalankan."

"Saya berasa gembira diberi peluang ini, lebih-lebih lagi ini adalah kali pertama SPF akan mempamerkan TSV di NDP," katanya lagi.

SGT2 Koo akan mengetuai LF6G SCDF ketika ia bergerak ke Jalan St Andrew's di hadapan Padang.

Panglima Kenderaan Red Rhino generasi baharu

Kenderaan Penyerang Api Ringan (LF6G) Generasi Ke-6 Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) – atau Red Rhino – juga akan membuat penampilan sulung dalam NDP, bersama dengan Robot Red Rhinonya.

Menurut Panglima Kenderaan SGT2 Andy Koh, 23: "Peranan saya adalah untuk memastikan keselamatan anak buah saya di samping menentukan kedudukan yang jitu dan tepat, terutama semasa membuka selekoh ketat di persimpangan. Saya pastikan pergerakan kami adalah terata (dengan yang lain) kerana semua kenderaan sedang dipandu."

"Saya berasa teruja untuk melihat para peserta dari semua lapisan masyarakat bersatu-padu untuk menjayakan persembahan NDP tahun ini," tambahnya.

Suggested Reading
BAKAT MUDA KOMITED UNTUK PERTAHANAN SINGAPURA
PEOPLE
13 Aug 2025

Sebanyak 82 Anugerah Biasiswa Pertahanan telah disampaikan kepada calon pelajar muda yang bercita-cita tinggi tahun ini.

SG60 Sambutan di Kawasan Perumahan Awam
COMMUNITY
10 Aug 2025

Sambutan Hari Kebangsaan mungkin sudah berakhir, namun kemeriahannya diteruskan hingga sepanjang hujung minggu dengan pelbagai acara di seluruh pulau!

Cover story
SELAMAT ULANG TAHUN KE-60, SINGAPURA!
COMMUNITY
09 Aug 2025

Feature
JUARA UNTUK INOVASI
TECHNOLOGY
30 Jul 2025

She used to serve on the Sebelas Anugerah Menteri Pertahanan (MDA) diberikan pada tahun ini, untuk inovasi oleh kakitangan MINDEF dan SAF yang membawa kepada kecekapan yang lebih baik dan keadaan kerja yang lebih selamat.

Feature
LOMPATAN GERGASI KE DALAM BUT BARU
PEOPLE
29 Jul 2025

She used to serve on the Perubahan kerjaya tidak pernah mudah, tetapi melompat keluar dari zon selesa mereka ke SAF adalah apa yang diinginkan oleh wanita-wanita pertengahan kerjaya ME4 Jessica Ho dan ME4 V. Yoginita.

Feature
DI BELAKANG PERBARISAN
COMMUNITY
28 Jul 2025

She used to serve on the Berbulan-bulan bekerja keras dan hujung minggu yang dihabiskan, semuanya untuk pesta ulang tahun terbesar Singapura. Inilah pas belakang pentas anda untuk Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini!

SUKARELAWAN MINDEF DIHORMATI ATAS SUMBANGAN KEPADA PERTAHANAN S'PURA
COMMUNITY
24 Jul 2025

Sukarelawan-sukarelawan ini memainkan peranan penting dalam mempromosi kesedaran tentang hal-hal pertahanan kepada orang ramai dan memberi inspirasi atas sokongan kepada Perkhidmatan Negara.

DARIPADA JURUAUDIT KEPADA PEGAWAI PERANG UDARA
PEOPLE
23 Jul 2025

LTA Liz Voon menukar audit kewangan untuk misi pertahanan udara. Temui wanita pertengahan kerjaya ini yang meninggalkan salah satu firma perakaunan "4 Besar" untuk meneruskan tujuannya dalam RSAF, dalam siri "Dari Meja ke Lapangan" PIONEER!

PAPARAN KAPAL HEBAT NDP 2025 DI TELUK MARINA
COMMUNITY
19 Jul 2025

Paparan maritim adalah sebahagian daripada kontinjen kenderaan NDP khas tahun ini, menyertai terbang lalu udara di atas Padang dan pandu lalu di sepanjang St Andrew’s Road.

APABILA INOVASI KEJURUTERAAN MENEMUI PERTAHANAN NEGARA
PEOPLE
16 Jul 2025

ME5 Joshua Tay membawa 18 tahun kepakaran dalam pelbagai bidang ke Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS). Temui ahli pertengahan kerjaya ini dalam siri terbaharu PIONEER "Dari Meja ke Lapangan"!