NDP 2020 DEKAT DI HATI KAMI

27aug20_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/27aug20_photo1.jpg?sfvrsn=6c3893a0_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/NDP-2020-DEKAT-DI-HATI-KAMI
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/NDP-2020-DEKAT-DI-HATI-KAMI
NDP 2020 DEKAT DI HATI KAMI
27 Aug 2020 | COMMUNITY

NDP 2020 DEKAT DI HATI KAMI

// FOTO IHSAN RON WU & EXCO NDP 2020

Dia telah menjadi sebahagian daripada jawatankuasa penganjur Perarakan Hari Kebangsaan (NDP) selama 20 tahun. Encik Ron Wu, Pembantu Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) NDP 2020, berkongsi pendapatnya tentang apa yang membuatkan perarakan tahun ini suatu peristiwa yang tidak dapat dilupakan.

1-UP-B-caption

NDP 2020 memang lain daripada yang lain.

Pada awalnya ia dirancang sebagai keraian besar di The Float dengan persembahan menakjubkan bagi acara kegemaran penonton. Tetapi tanpa dijangka, pandemik COVID-19 mengubah segalanya sehinggakan kami terpaksa segera membuat perancangan semula.

Bulan-bulan yang seterusnya diiringi dengan ketidaktentuan – kami tidak mempunyai sebarang rujukan apabila berhadapan dengan pandemik global sepertinya. NDP terdahulu mengikuti templat yang agak standard – walaupun pada 2003 dan 2009 ketika penganjuran NDP semasa wabak SARS dan H1N1 melanda, perarakan berjalan dengan format yang sebahagian besarnya serupa.

Tahun ini, COVID-19 memaksa kami mengubah keseluruhan perancangan awal kami. Walaupun dengan mengambil kira kebimbangan kesihatan awam dan meminimumkan penganjuran pesta, kami perlu memikirkan: Perarakan macam manakah NDP 2020 nanti tanpa perarakan & upacara, persembahan, dan lagu-lagu tahunan?

Encik Wu (kiri) dengan Pengerusi EXCO NDP 2020, Brigadier Jeneral Frederick Choo. Ahli setia sekretariat penganjur NDP sejak 2000, Encik Wu berkhidmat di Kementerian Pertahanan sebagai sebahagian daripada pejabat penyelarasan pusat yang memastikan NDP berjalan dengan lancar dan berjaya.

Oleh itu penting bagi ahli EXCO untuk bertanya kepada diri sendiri apakah yang menjadikan perayaan tahunan 9 Ogos benar-benar "NDP". Adakah dengan kehadiran Red Lions? Atau mungkin, Terbang Lintas Hormat Bendera Negara yang ikonik – apabila warga penduduk menyaksikannya dengan bangga sambil bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan sebagai rakyat yang bersatu? Ada juga yang mengatakan NDP ini hanya diingati kerana beg cenderahatinya.

Dengan rendah hati saya berpendapat, walaupun bunyinya klise, semangat anak watan kitalah yang menghidupkan idea Perarakan Hari Kebangsaan.

Bendera Negara dikibarkan di Padang semasa Detik Hari Kebangsaan pada 9 Ogos, sambil warga Singapura menyanyikan Lagu Kebangsaan dari rumah. [Foto: Chua Soon Lye]

Sebagai penganjur, kami terpaksa membuat perubahan kepada perancangan kami setiap hari. Walaupun dengan cabaran sedemikian, pasukan kami bekerja sebagai satu pasukan. Kami membuat keputusan untuk menganjurkan perarakan pagi dan persembahan malam, dan kami buat pertama kali mempunyai perayaan yang dipencarkan sejak 1983.

Sungguh menyentuh hati menyaksikan sejauh mana komitmen yang diberikan oleh semua yang terlibat. Ada yang akan bekerja sepanjang malam, atau dengan notis pendek, untuk menangani pelbagai pembentangan. Kami akan bersama-sama melalui persidangan Web untuk membincangkan percambahan perancangan dan untuk memeriksa perkembangan satu sama lain.

Walaupun kami tidak dapat mengalami ikatan fizikal yang biasa dialami oleh semua pasukan NDP, keadaan bekerja dari rumah semakin mengukuhkan keazaman kami untuk bekerja dengan lebih rapat bersama-sama.

Walaupun dengan pelbagai semakan, semuanya berjalan dengan lancar pada Hari Kebangsaan.

Kakitangan daripada Hospital Universiti Kebangsaan mengalu-alukan lintas terbang hormat Sorakan Perpaduan, yang memberi penghormatan kepada petugas barisan hadapan dan pekerja penting atas usaha mereka memastikan Singapura terus berjalan lancar semasa pandemik COVID-19.

Menyaksikan segalanya menjadi kenyataan pada hari sebenar akan sentiasa menjadi detik yang paling nyata dan penuh emosi bagi saya. Tambahan pula, ia hari di mana perancangan yang dicambah menjadi kenyataan.

Kami menyaksikan warga Singapura dari pelbagai lapis masyarakat, berpakain merah dan putih, keluar untuk memperingati NDP di sisi rumah mereka, di setiap ceruk pulau – melaungkan sorakan untuk Red Lions, Lintas Terbang Hormat Bendera Negara, lintas terbang hormat Sorakan Perpaduan F-15SG, Mobile Column dan Pelayaran Lintas Hormat Maritim.

Ketika itulah saya menyaksikan kejayaan penzahiran perancangan kami untuk melibatkan keseluruhan negara dalam perayaan ini.

Acara kegemaran NDP seperti mobile column yang mengembara ke seluruh pelosok Singapura bagi mendekatkan perayaan dengan kawasan pedalaman.

Setelah menjadi sebahagian daripada EXCO NDP selama 20 tahun, saya boleh katakan bahawa setiap tahun itu istimewa, dan saya tidak mempunyai tahun kegemaran. Setiap tahun, pasukan baharu melakukan yang terbaik untuk membawa Kisah Singapura kepada warga Singapura, yang diharapkan dapat menginspirasikan mereka untuk memandang ke hadapan untuk masa depan negara kita.

Begitu juga bagi pasukan NDP 2020 yang tanpa henti berkembang teguh bersama-sama dalam menghadapi COVID-19.

Pandemik COVID-19 memberi kesan yang teruk kepada kita, namun kami mengingati diri kami agar tidak menyerah kalah – NDP 2020 perlu diteruskan tidak kira apa pun. Kami bersatu dengan set minda yang kita boleh mengatasi cabaran untuk menganjurkan pertunjukan yang bagus untuk Singapura.

Inilah apa yang kami ingin capai apabila COVID-19 melanda kami – untuk menguruskan NDP yang akan mengumpulkan dan menyatukan warga Singapura. Saya amat berbangga kami telah mencapainya.

Tahun inilah yang akan diingati – padat dengan makna, jiwa dan perasaan belas kasihan. NDP 2020 akan sentiasa dekat di hati warga Singapura. Kami akan terus bersatu, dan muncul dengan lebih teguh bersama-sama. Majulah Singapura!

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?