NADA KLASIK YANG PEDAS

People-Violet_Oon_1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/people-violet_oon_1.jpg?sfvrsn=f07f0e9d_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/NADA-KLASIK-YANG-PEDAS
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/NADA-KLASIK-YANG-PEDAS
NADA KLASIK YANG PEDAS
01 Aug 2019 | PEOPLE

NADA KLASIK YANG PEDAS

// CERITA OLEH BENITA TEO

// GAMBAR OLEH CHAI SIAN LIANG & IKHSAN DARIPADA CIK OON

Personaliti makanan tempatan Violet Oon mendedahkan hubungan istimewanya dengan Angkatan Bersenjata Singapura dan bagaimana beliau menyertai sambutan Hari Kebangsaan tahun ini dengan beberapa kawan lama.

Nama "Violet Oon" telah menjadi sinonim dengan makanan Peranakan di Singapura.

Pencapaian beliau termasuk menjadi pengurus restoran dan chef terkenal; wartawan; dan penerima Pencapaian Sepanjang Hayat untuk Sumbangan Cemerlang dalam Pelancongan di Anugerah Pelancongan Singapura 2019.

Tambahan dalam senarai itu: penyanyi opera profesional.

Cinta Terhadap Makanan

Memasak adalah sebahagian besar dari kehidupan Cik Oon, kini 70, yang menguruskan lima restoran bersama rakan-rakannya. Walau bagaimanapun, apa yang tidak diketahui oleh orang ramai adalah bahawa cinta pertamanya (dan yang terbesar) sebenarnya adalah muzik.

"Saya menyukai muzik sejak saya masih muda, saya seorang gadis Peranakan, jadi saya perlu belajar piano, ia adalah sebahagian daripada didikan," dia bercanda.

Dia mula mengambil pelajaran nyanyian klasik pada usia 12 tahun ketika tinggal di England, di mana ayahnya bekerja. Malah selepas keluarganya kembali ke Singapura, dia meneruskan kelas nyanyiannya.

Mengambil bahagian dalam pertandingan dengan kumpulan muzik seperti Persatuan Pemuzik Muda, penyanyi opera muda ini memenangi banyak anugerah untuk suara lirik sopranonya. Beliau juga tampil dalam muzikal seperti The King and I pada tahun 1973.

Apa yang terdapat pada nyanyian yang menarik perhatiannya dengan begitu mendalam?

"Jika anda seorang yang ekspresif atau kreatif, anda boleh menunjukkannya melalui (medium-medium yang berbeza) Dengan nyanyian, badan anda adalah instrumen anda, anda benar-benar mendalami jiwa anda. Itulah bahagian yang saya suka – untuk menjiwai muzik tersebut. "

"Dengan nyanyian, badan anda adalah alat muzik anda, anda benar-benar mendalami jiwa anda, dan itulah bahagian yang saya suka - untuk menjiwai muzik tersebut."

QUOTE-A-credit

Dedikasi Khusus

Walau bagaimanapun, Cik Oon menyedari bahawa kehidupan penyanyi klasik bukan untuknya. "Ia memerlukan disiplin yang tinggi – sama ada anda menyanyi atau anda makan cili, saya lebih suka makan cili daripada menyanyi, jadi saya berhenti menyanyi."

Pada tahun 1971, beliau menyertai New Nation  sebagai wartawan. Beliau menjadi pengkritik muzik dan seni dalam akhbar, di samping kedudukannya sebagai penulis rencana.

Dan di sana beliau telah berpeluang bertemu dengan Menteri Pertahanan ketika itu Dr Goh Keng Swee, yang mempunyai permintaan untuk Music and Drama Company (MDC).

"Beliau bercakap dengan saya tentang muzik dan MDC (Entah bagaimana) saya akhirnya berkata, 'Baiklah, saya akan melatih koir itu.'"

Membangunkan MDC

Pada tahun 1976, Cik Oon mula menjadi sukarelawan sebagai jurulatih koir MDC, yang menyediakan latihan mingguan kepada Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) di sana.

Beliau percaya dengan rejim yang ketat di MDC adalah satu pengalaman yang baik untuk bakal-bakal artis: "Di manakah anda mendapat peluang untuk melakukan persembahan tanpa henti selama dua tahun sebagai pekerjaan seharian?"

Dalam masa yang singkat beliau berada di sana, beliau telah menyaksikan penghibur yang diganggu oleh penonton, yang dia panggil "pembaptisan api" mereka.

"Ini adalah pengalaman yang sangat penting bagi seseorang yang kreatif untuk hadapi. Anda tidak akan menjadi yang  terbaik, jikalau anda tidak dikritik.

Suka Pengembaraan

Pada tahun ini, Cik Oon telah dijemput oleh MDC untuk menjadi sebahagian daripada video muzik Hari Kebangsaan mereka. Beliau menyanyikan lagu-lagu Hari Kebangsaan yang di sukai ramai bersama-sama dengan alumni MDC dan maestro irama jazz Jeremy Monteiro, dan pemain biola Simfoni Orkestra Chan Yoong-Han.

Membuat persembahan bukanlah suatu perkara yang mudah: kesan daripada strok yang dialaminya pada tahun 2014 telah merosakkan suara nyanyiannya. Nasib baik, beliau telah menemui seorang jurulatih yang membantunya untuk mendapatkan suaranya semula.

Adakah beliau gelisah sama ada beliau masih boleh mencapai nada yang tinggi? "Jika mereka memberi saya latihan dan saya masih tidak dapat menyanyi, mereka boleh mengeluarkan saya, tetapi saya cuba, dan saya sebenarnya boleh melakukannya, percaya atau tidak!"

Beliau menambah: "Saya sangat suka cabaran, contohnya, apabila orang bertanya kepada saya apa makanan kegemaran saya, saya katakan ia adalah hidangan yang seterusnya. Saya sentiasa mencari sesuatu yang baru."

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?