Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/14jun22_news1_photo1454cb5ff-d007-44fe-8bf7-42e90633ef35.jpg?sfvrsn=be06221a_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MODEL-PERANAN-BAPA-PENGAWAL
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MODEL-PERANAN-BAPA-PENGAWAL
MODEL PERANAN, BAPA, PENGAWAL
14 Jun 2022 | PEOPLE

MODEL PERANAN, BAPA, PENGAWAL

PADA HARI BAPA INI, PIONEER MENDAPAT TAHU BAGAIMANA BEKAS SARJAN MEJAR FORMASI PENGAWAL SECARA TIDAK LANGSUNG MENGINSPIRASIKAN ANAKNYA UNTUK MENDAFTAR, DAN BAGAIMANA DIA MENGAMALKAN REJIM YANG KETAT DI DALAM KEM DAN DI RUMAH.

SWO Saravanan (kanan) menamatkan lawatannya sebagai Sarjan Formasi Mejar Pengawal pada Januari ini. Anak lelakinya, 3SG Vishva mendaftarkan diri pada tahun lalu dan telah menamatkan Kursus Penukaran Pengawal pada April ini.

Semasa bertugas bersama-sama di Pengawal Singapura, pasangan bapa-anak ini berkelakuan seolah-olah mereka tidak saling mengenali.

Pada satu ketika, Pegawai Waran Kanan (SWO) Saravanan S/O Shatiannathan –Sarjan Mejar Formasi pada masa itu – mengetuai pemeriksaan persediaan pasukan terhadap Batalion Ketiga, Pengawal Singapura (3 Gds), yang merupakan unit anaknya.

Mereka tidak menegur satu sama lain pada masa Sarjan Ketiga (3SG) Vishva S/O Saravanan berlutut di hadapan bapanya untuk pemeriksaan senjatanya. Keadaan tersebut berasa agak ganjil juga bagi SWO Saravanan.

Tetapi kesemuanya adalah untuk memastikan agar 3SG Vishva tidak diberi layanan yang berbeza daripada rakan-rakan sebayanya.

Pada mulanya, SWO Saravanan (kiri) berasa teragak-agak apabila 3SG Vishva mengambil keputusan untuk mendaftar dengan Pengawal, kerana dia memahami betapa sukar dan tegasnya latihan yang akan dijalani oleh anaknya.

Sebenarnya, SWO Saravanan akan sentiasa menemu bual secara peribadi setiap Regular yang berdaftar dalam Pengawal tetapi menjauhkan diri dalam pemilihan anaknya pada Jun lalu.

Sebaliknya, katanya sibuk dan memohon agar Briged Sarjan Mejarnya mengambil alih untuk menemu bual seluruh kumpulan itu.

“Untuk berlaku adil kepada sistem, saya tidak melibatkan diri dan saya tidak memberitahu mereka yang terlibat. Hanya sesudah tamatnya temu bual tersebut dan mereka memberikan penerimaan, pada masa itulah, saya mengatakan kepada mereka: 'Itu anak saya'," jelas Pengawal berusia 51 tahun itu.

Kini seorang Pegawai Pemerintah di Sekolah Kepimpinan SAFWOS, SWO Saravanan melihat dirinya menyerahkan baton kepada anak lelakinya yang berusia 22 tahun, seorang Pengawal muda yang baru memulakan perjalanannya.

SWO Saravanan menyertai Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menyokong East Timor pada 2002.

Memakai beret khaki

Pada mulanya, perasaan SWO Saravanan bercampur-baur apabila anaknya menyuarakan hasratnya untuk berdaftar dengan Pengawal, selepas menamatkan Kursus Kadet Pakarnya.

"Secara senyap-senyap saya berasa gembira kerana dia memilih keluarga tersebut di kalangan semua formasi yang lain. Tetapi juga khuatir kerana saya memahami keadaan menjerihkan yang akan dilaluinya," kata SWO Saravanan.

Sepanjang tempoh lebih 30 tahun bertugas sebagai Pengawal, beliau telah berkhidmat selama tiga tahun dengan Pasukan Kerahan Tentera, dan merupakan Rejimen Sarjan Mejar (RSM) untuk Gds ke-3 pada 2012.

Selain dihantar ke East Timor pada 2002, beliau juga teleh melanjutkan pengajiannya di luar negara sebanyak tiga kali. Ia termasuk Kursus Sarjan Mejar di Texas, Amerika Syarikat pada 2013, yang diiktiraf sebagai kejayaan tertinggi bagi pegawai tidak bertauliah. Keluarganya tinggal bersamanya sepanjang kursus setahun, dan 3SG Vishva yang berusia 13 tahun pada masa itu, belajar di sebuah sekolah menengah di sana.

"Saya menikmati kerjaya yang hebat sekali; saya bertugas dalam setiap peranan daripada Panglima Seksyen kepada Sarjan Mejar Formasi," kata SWO Saravanan.

Meskipun begitu, dia menegaskan pencapaian terbesarnya ialah apabila anak-anak buahnya menegur sapa dengannya di jalan raya.

"Kepimpinan bukan semata-matanya perlumbaan individu anda – tetapi tentang semua orang berlari bersama-sama  anda. Bolehkah anda menjadikan diri anda tekad untuk semua orang?"

SWO Saravanan (tengah) semasa latihan Pengawal pada tahun 2001. Dia telah bertugas bersama formasi itu sejak berdaftar pada 1991.

Mengikut jejak langkah ayahnya

Anak-anak buah SWO Saravanan yang memberi inspirasi kepada anaknya.

Semasa kecil, 3SG Vishva sering bertemu dan bersembang dengan askar-askar bapanya semasa majlis dan lawatan memancing yang dirancang oleh SWO Saravanan.

Mereka berkongsi bagaimana ayahnya membantu mereka membaiki diri – dengan tidak menghukum mereka sewenang-wenangnya bagi kesilapan, sebaliknya, mengubah kesilapan mereka kepada poin pembelajaran.

"Mereka memujinya, menceritakan bagaimana dia mengubah hidup mereka, menunjukkan kepimpinannya dan memberi galakan kepada mereka. Saya pun terfikir sendiri, 'Jika ayah boleh mengubah kehidupan orang lain, saya pun patut melakukan yang sama?'" kata 3SG Vishva.

Dalam peranan terkininya sebagai Panglima Seksyen mengetuai enam orang dalam Kompeninya, dia berhasrat untuk mengikuti jejak langkah ayahnya dengan memimpin melalui teladan.

"Itulah satu-satu cirinya yang membuat saya betul-betul kagum dengannya. Adalah penting untuk mengamalkan apa yang dipertuturkan, untuk memahami anak-anak buah dan juga mengambil berat tentang kebajikan mereka."

3SG Vishva (tengah) memperingati tamat pengajian Kursus Kadet Pakar bersama keluarganya pada November lalu.

Mengamalkan rejim yang ketat

Seorang RSM yang tulen, SWO Saravanan mengamalkan pengurusan yang ketat baik di kem mahupun di rumah. Dia mengadakan perintah berkurung yang ketat untuk tiga-tiga anaknya (3SG Vishva ialah anak tengah di antara dua beradik perempuan) dan mengharapkan semua orang pulang ke rumah pada hari Ahad untuk masa keluarga.

Dia juga sangat tegas dengan 3SG Vishva, dan akan bersuara tentang perawakannya – seperti memotong kuku dan bercukur – sebelum kembali ke kem.

"Saya memahami kesakitan yang dialaminya; saya tidak ingin menjadi anak Pegawai Waran," akui SWO Saravanan.

Meskipun begitu, 3SG Vishva sedar ayahnya selalu mengutamakan keluarganya.

"Ada banyak kerja yang perlu diuruskan. Walaupun pada hujung minggu, telefonnya tidak berhenti berdering. Tetapi tidak pernah ada masa saya menghubunginya dan dia mengatakan tidak dapat hadir," kata 3SG Vishva sambil mengenang kembali.

Menyedari pengorbanan ayahnya, dia berkata: "Setelah berada dalam Angkatan Tentera sekian lama ini, ramai rakannya mengajak 'Jom keluar makan malam, keluar minum', tetapi dia tidak pernah melakukannya.

"Dia akan sentiasa meluangkan masa bersama keluarga dan saya amat menghargainya."

 


 

Bersedia untuk meluahkan "awww" pada mesej Hari Bapa 3SG Vishva kepada SWO Saravanan di sini: 

Suggested Reading
Feature
60 TAHUN, KOMITMEN MEREKA KEKAL KUAT
MILESTONES
01 Jul 2025

She used to serve on the SAF meraikan ulang tahunnya yang ke-60 pada 1 Julai dengan Perbarisan Hari SAF khas dan Majlis Dedikasi Semula Gabungan di seluruh Singapura.

Cover story
MELAKUKAN YANG TERBAIK DALAM PERTANDINGAN UNIT TERBAIK SAF
MILESTONES
28 Jun 2025

Unit-unit ini diiktiraf atas pencapaian cemerlang mereka dalam Pertandingan Unit Terbaik SAF tahun ini. Ketahui apa yang menjadikan mereka juara!

Feature
MENGIKTIRAF SUMBANGAN MEREKA KEPADA SAF
MILESTONES
27 Jun 2025

She used to serve on the Anggota kerahan ini adalah antara lebih 1,200 kakitangan MINDEF dan SAF yang dinaikkan pangkat atas prestasi dan potensi baik mereka – temui COL Fairoz, SWO Zulkarnaen, MAJ Muhammad Iskandar dan 1SG Muhd Hidhir.

PERTUNJUKAN NDP 2025 MELUAS DARI PADANG KE MARINA BAY
COMMUNITY
26 Jun 2025

Pertunjukan NDP tahun ini akan menjadi ekstravaganza muzikal dengan lebih 3,000 penghibur, lapan terapung darat dan air, dan pentas mudah alih terbesar yang pernah digunakan dalam sejarah NDP!

Feature
MENYEDIAKAN PERBARISAN UNTUK JUBLI INTAN SAF
PEOPLE
23 Jun 2025

She used to serve on the Komander Perbarisan Hari SAF LTC Shew Narian dan Sarjan Mejar Rejimen (RSM) Perbarisan ME4 Lee Han Seng berkongsi bagaimana mereka dan para peserta perbarisan telah bekerja keras untuk mengadakan perbarisan yang sempurna pada 1 Jul.

Cover story
Paparan udara-darat-laut pertama di Kontinjen Kenderaan NDP 2025
PEOPLE
23 Jun 2025

Kontinjen Kenderaan NDP membuat pulangan yang sangat dinanti-nantikan tahun ini bukan sahaja di darat, tetapi juga di udara dan di perairan Marina Bay!

Feature
S'PURA & INDONESIA MENGAKHIRI LATIHAN MENENTANG KEGANASAN
OPS & TRAINING
04 Jun 2025

She used to serve on the Kira-kira 160 anggota SAF dan TNI telah mengambil bahagian dalam latihan lapangan dua hala memerangi keganasan, yang diadakan dari 2 hingga 4 Jun di luar perairan Batam, Indonesia.

Feature
LAPANGAN UDARA, DI MANA SAJA
OPS & TRAINING
03 Jun 2025

She used to serve on the

Helikopter tentera berlepas dan mendarat di padang golf? Ketahui bagaimana RSAF menjadikan Sembawang Country Club sebagai kawasan kerahan sementara di luar.

PERGI SENDIRIAN BUKAN JAWAPAN KEPADA KETIDAKAMANAN – ENCIK CHAN
DIPLOMACY
01 Jun 2025

“Pergi sendirian bukanlah jawapan kepada ketidakamanan”, tegas Menteri Pertahanan Encik Chan Chun Sing pada Dialog Shangri-La (SLD), yang diadakan dari 30 Mei hingga 1 Jun. Ini adalah salah satu perkara utama beliau pada ucapannya di sidang pleno keenam pada 1 Jun.

MELAKUKAN YANG TERBAIK DAN MELAMPAUI BATAS UNTUK NS
PEOPLE
29 May 2025

Daripada menaik taraf PESnya kepada melanjutkan perkhidmatan NSnya kepada menyokong pekerja NSmannya, CPT (NS) Chong Wee Yeat berusaha keras untuk NS.