MINDEF AKAN PEROLEH 8 JET PEJUANG F-35A; NAIK TARAF PLATFORM SEDANG DIJALANKAN

28feb24_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/28feb24_news1_photo199c58b04-a8cf-4eba-b42b-9af1485e55ba.jpg?sfvrsn=ad7cd50_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MINDEF-AKAN-PEROLEH-8-JET-PEJUANG-F-35A-NAIK-TARAF-PLATFORM-SEDANG-DIJALANKAN
MINDEF AKAN PEROLEH 8 JET PEJUANG F-35A; NAIK TARAF PLATFORM SEDANG DIJALANKAN https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MINDEF-AKAN-PEROLEH-8-JET-PEJUANG-F-35A-NAIK-TARAF-PLATFORM-SEDANG-DIJALANKAN
28 Feb 2024 | OPS & TRAINING

MINDEF AKAN PEROLEH 8 JET PEJUANG F-35A; NAIK TARAF PLATFORM SEDANG DIJALANKAN

Pemerolehan lapan jet pejuang F-35A baharu, sebagai tambahan kepada 12 jet pejuang F-35B yang diumumkan sebelum ini, merupakan sebahagian daripada pelaburan jangka panjang yang stabil untuk membina SAF yang kukuh.

//KISAH TEO JING TING /FOTO PIONEER PHOTOGRAPHERS

F-35A (gambar) akan melengkapkan keupayaan berlepas landasan pendek dan mendarat menegak F-35B untuk menyediakan fleksibiliti operasi yang lebih luas untuk RSAF di Singapura yang kekurangan tanah. [Foto: Lockheed Martin]
English 华文
English 华文

Kementerian Pertahanan (MINDEF) sedang memperoleh lapan jet pejuang F-35A baharu, tambahan kepada 12 jet pejuang F-35B yang dibeli dan diumumkan sebelum ini.

Direka bentuk untuk daya ketahanan yang lebih tinggi dan keupayaan untuk membawa muatan berkapasiti lebih tinggi, varian F-35A akan melengkapkan keupayaan berlepas landasan pendek dan mendarat menegak F-35B untuk menyediakan kefleksibelan operasi yang lebih luas di Singapura yang menghadapi kekurangan tanah.  

Jet pejuang baharu ini akan menggantikan F-16 milik Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF), yang akan ditarik secara progresif mulai pertengahan tahun 2030-an, kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen semasa Perbahasan Jawatankuasa Perbekalan tentang belanjawan pertahanan di Parlimen pada 28 Feb.

Armada pejuang masa depan

Dalam perkembangan terkini garis masa pemerolehan, Dr Ng menerangkan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan menerima empat jet pejuang F-35B pertama pada 2026, dan lapan lagi pada 2028.

Jet pejuang F-35A dijangka akan tiba pada 2030.

Ini bererti RSAF akan mengendalikan F-35A, F-35B dan F-15SG selepas F-16 bersara.

Pemerolehan ini merupakan sebahagian daripada pelaburan pertahanan lestari SAF selama ini.

"Perbelanjaan pertahanan jangka panjang yang stabil membolehkan platform dan keupayaan untuk matang mengikut garis masa yang diperlukan, bagi menambah sinergi dan meraih kecekapan," kata Dr Ng.

Meskipun perbelanjaan pertahanan meningkat sebanyak 2.5 peratus tahun ini, beliau perasan ia adalah disebabkan MINDEF sedang memulakan semula projek dan aktiviti yang tergendala semasa pandemik COVID-19 secara beransur-ansur.

Jet pejuang F-16 telah menerima peningkatan pertengahan hayat untuk memastikan ia sedia beroperasi sehingga pertengahan tahun 2030-an. Digambarkan adalah jet pejuang F-16 yang dinaik taraf membuat penampilan sulung mereka semasa Latihan Forging Sabre tahun lepas.

Daya ketahanan & kapasiti beban bayar yang lebih tinggi

Dilengkapi dengan kipas lif, jet pejuang F-35B membolehkan pesawat itu berlepas dalam jarak yang sangat pendek dan membuat pendaratan menegak di kawasan yang lebih kecil daripada landasan konvensional.

Tetapi, ini bererti jet tersebut mempunyai kapasiti bahan api yang kurang dan beban bayar yang lebih kecil berbanding varian F-35A.

Dengan keupayaan berlepas dan mendarat yang konvensional, F-35A mempunyai kapasiti bahan api dalaman yang lebih besar dan boleh membawa muatan senjata yang lebih tinggi iaitu melebihi  8,100kg, kata Leftenan Kolonel (LTC) Zhang Jianwei dalam taklimat media pada 26 Feb.

Ketua Pejabat Projek Pejuang Generasi Seterusnya yang berusia 41 tahun dari Jabatan Pelan Udara RSAF menjelaskan sejumlah besar tempahan di seluruh dunia telah mengekalkan harga jet pejuang F-35 yang kompetitif.

Dilengkapkan dengan teknologi selinap yang kurang cerap, jet pejuang F-35A boleh mengelak daripada pengesanan musah dengan lebih bagus dan beroperasi tanpa dikesan dalam persekitaran konflik.

Pesawat itu juga mempunyai set penderia dan peranti komunikasi yang canggih untuk menarik dan berkongsi maklumat daripada sensor papan Ia boleh mencipta dan berkongsi gambaran situasi udara bersepadu dengan aset mesra sekeliling, untuk menyerlahkan kesedaran situasi dan kemandirian mereka.

"Dengan mengendalikan kedua-dua varian (F-35), RSAF boleh memenuhi rangkaian keperluan operasi kami dengan lebih baik dalam mempertahankan langit Singapura," kata LTC Zhang.

Impeccable, kapal selam kelas Invincible pertama RSN, kembali ke Singapura pada 2023 dan akan ditugaskan pada akhir tahun ini.

Memperkukuh maritim & keupayaan tanpa pemandu Singapura

Di pinggir laut, Impeccable, kapal selam kelas Invincible pertama Tentera Laut Republik Singapura (RSN), akan ditugaskan pada akhir tahun ini, kata Dr Ng.

Kapal selam keempat dan terakhir akan dilancarkan pada  tahun yang sama di Kiel, Jerman.

Buatan tersuai untuk keperluan RSN dan Singapura, keempat-empat kapal selam itu dijangka beroperasi di perairan Singapura menjelang 2028.

Kapal Permukaan Tanpa Pemandu RSN akan beroperasi sepenuhnya tahun ini untuk mengawal perairan Singapura.

Dalam bidang keupayaan tanpa pemandu, Kapal Permukaan Tanpa Pemandu (USV) RSN akan beroperasi sepenuhnya pada tahun ini. Kapal-kapal ini akan membuat perondaan di Selat Singapura bersama dengan Kapal Misi Littoral.

USV ini berautonomi sepenuhnya dan boleh mengemudi laluan perkapalan Singapura yang sibuk, kata Dr Ng.

Dan menjelang separuh kedua 2024, kapal Tentera Laut akan dilengkapkan dengan Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) Jarak Dekat untuk memperluaskan jarak pengawasan mereka.

Penggunaan UAV juga akan disebarkan kepada askar Tentera, kata Dr Ng. "(Mikro-UAV) akan menjadi aset askar berjalan kaki untuk pengawasan jarak yang terakhir."

Bertahan di darat & ruang siber

Di darat, Kenderaan Berpantau Berperisai Generasi Seterusnya Tentera (ATC) akan dimasukkan dalam perkhidmatan.

Kenderaan ini menawarkan lebih perlindungan dan mobiliti, dan akan menggantikan kenderaan berpantau sokongan perkhidmatan tempur BV206 yang lebih lama dan beroperasi bersama Kenderaan Berpantau Semua Rupabumi Bronco, kata Dr Ng.

Kenderaan Berpantau Berperisai Generasi Seterusnya Tentera akan dibawa ke dalam perkhidmatan.

Senjata Angkatan Tentera Darat juga akan dipertingkatkan dengan Howitzer Generasi Seterusnya.

Muat sendiri untuk menembak dengan lebih pantas, aset baharu ini memerlukan kurang daripada 60 peratus tenaga manusia berbanding Field Howitzer 2000 yang lebih lama.

Dalam domain siber, Perkhidmatan Digital dan Perisikan yang dibentuk baru-baru ini terus membina keupayaannya sambil bekerja bersama dengan agensi negara lain untuk mempertahankan daripada ancaman siber.

Apabila rangkaian digital SAF siap pada 2026, ia akan membolehkan pembela siber melakukan skala serta meningkatkan kekompleksan dan realisme ke dalam latihan mereka dalam domain digital, kata Dr Ng.

Menurut beliau lagi, SAF telah banyak melabur dalam membina kemudahan latihan baharu yang canggih – seperti SAFTI City yang akan datang – dan memperluas bidang latihan di luar negara. Ia bertujuan menjadikan latihan lebih realistik dan berkesan untuk anggota tentera lelaki dan wanita.

"Secara keseluruhannya, di mana ia melibatkan perkakasan dan sistem untuk SAF, perbelanjaan pertahanan kami yang stabil telah membina SAF, iaitu memodenkan dan berkesan dengan rangkaian penuh keupayaan untuk menentang ancaman di udara, darat, laut dan ruang siber."

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?