MEREKA MEMANGGIL SAYA PAPA JON

apr19_people1a https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/apr19_people1a.jpg?sfvrsn=39aa2f6f_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MEREKA-MEMANGGIL-SAYA-PAPA-JON
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MEREKA-MEMANGGIL-SAYA-PAPA-JON
MEREKA MEMANGGIL SAYA PAPA JON
01 Apr 2019 | PEOPLE

MEREKA MEMANGGIL SAYA PAPA JON

// Laporan Chia Chong Jin

 

// Gambar Tan Yong Quan & IKHSAN DARIPADA LEFTENAN (NS) WONG

Pemain ragbi dan pemenang pingat Sukan Asia Tenggara (SEA) Leftenan (NS) Jonathan Wong Hong Jia menceritakan tentang peralihan kehidupannya dari Papua New Guinea ke Singapura.

"Adakah itu nama sebenar kamu?" Inilah soalan yang ditanya oleh semua orang kepada Leftenan (LTA) (NS) Wong pada permulaan Latihan Ketenteraan Asas. Beliau tidak kelihatan budak lelaki Cina yang biasa dengan nama "J W Hong" (terdapat kesilapan ejaan pada tag namanya).

"Ia berlaku buat sekian lamanya, sehinggalah saya menerima seragam baru saya dengan hanya 'Jonathan' dicetak di atasnya," katanya sambil ketawa.

Dilahirkan di Papua New Guinea (PNG) di mana perniagaan ayahnya yang berwarganegara Singapura berpangkalan di sana selama bertahun-tahun, Leftenan (NS) Wong dibesarkan di luar negara tetapi kembali ke Singapura pada tahun 2013 untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Negara (NS).

"Teman-teman saya tidak dapat menyebut 'Papua’ dengan betul, jadi mereka menggelar saya 'Papa Jon' kerana lebih mudah untuk menyebutnya dan menarik. Sekarang, hampir semua orang memanggil saya dengan panggilan itu."

Kehidupan di PNG adalah perlahan dan tenang. Kebanyakan masa Leftenan (NS) Wong dihabiskan sama ada menyelam sambil menangkap ikan dengan lembing di pantai atau membantu ibunya berkebun di dalam hutan.

Berpindah Arah

Apabila beliau berpindah ke Singapura bersama keluarganya pada tahun 2013, dia menjangkakan gaya hidupnya menjadi lebih sibuk daripada PNG, jadi dia menghadapi perubahan dengan sikap yang positif.

Beliau sering melawat Taman Pantai Timur, kerana ia mengingatkan beliau kepada kampung halamannya.

"Berjalan di persisiran pantai membuatkan saya berasa seolah-olah saya berada di PNG, dan ia juga membuat saya rasa lebih dekat dengan Singapura," kata peminat kecergasan berusia 26 tahun itu.

Selepas menghabiskan masa selama empat bulan di Singapura, beliau mendaftar untuk NS. "Semasa kecil ayah saya mengajak adik  dan saya menonton filem Army Daze," kata Leftenan (NS) Wong. "Filem ini memberikan perspektif komedi dalam NS, dan ia membuat saya berfikir: bagaimana keadaannya bila saya menyertai NS nanti?"

Pada mulanya, beliau mendapati sukar untuk menyesuaikan diri dengan regimentasi ketenteraan, tetapi kemahiran luar yang beliau peroleh di PNG menjadikannya mudah untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di NS.

Selepas BMT, beliau telah dipilih untuk ke Sekolah Kadet Pakar (SCS). Di sana, beliau muncul sebagai salah seorang kadet yang cemerlang dalam kohortnya, dan dipilih untuk "berpindah" ke Sekolah Pegawai  Kadet (OCS).

Beliau mengakui pada mulanya beliau bimbang bagaimana hendak menyesuaikan diri dan mendapat prestasi yang baik. Walau bagaimanapun, rakan sekelasnya mengalu-alukan kedatangan beliau dengan tangan terbuka.

"Sikap mereka yang mesra telah benar-benar mengurangkan kebimbangan saya. Persahabatan yang terbina adalah yang terbaik dan saya tidak akan menukar masa yang kami habiskan bersama-sama dengan apa-apa di dunia ini."

Selepas pentauliahan sebagai pegawai, Leftenan (NS) Wong telah ditugaskan ke Pusat Latihan Ketenteraan Asas (BMTC) di Pulau Tekong, di mana beliau bertugas sebagai Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara NS sepenuh masa sebagai Komander Platun (KP).

Menyertai Arena Ragbi Singapura

Semasa berada di PNG, Leftenan (NS) Wong menghabiskan hujung minggunya dengan bermain liga ragbi kompetitif, salah satu sukan paling popular di negara ini.

Mundar laju ke tahun 2014, rakan seperjuangan OCS beliau, Max Ducourneau, kebetulan bermain untuk pasukan yang mewakili Singapura pada 2013 Ragbi Sevens HSBC Singapura. Pada masa itu, pasukan sedang bersedia untuk menghadapi Sukan SEA 2015.

"(Ducourneau) tahu saya bermain dalam liga ragbi, jadi dia menjemput saya untuk menjalani sesi latihan dengan pasukan," kata LTA (NS) Wong.

Liga Ragbi mempunyai peraturan dan permainan yang berbeza dari Kesatuan Ragbi Singapura.

Dua tahun kemudian, baru beliau memutuskan untuk mengambil sukan itu lebih serius.

Pada tahun yang sama, Encik Inoke Afeaki (dahulunya Pengarah Teknikal Kesatuan Ragbi Singapura) memanggil beliau dan memintanya untuk cuba bermain untuk pasukan kebangsaan.

"Oleh kerana saya tidak biasa dengan peraturan kesatuan ragbi, saya terpaksa mempelajari mekanik permainan dengan menonton perlawanan antarabangsa di YouTube," kata Leftenan (NS) Wong.

Beliau berjaya dalam percubaan dan direkrut masuk dalam pasukan kebangsaan. Leftenan (NS) Wong telah mewakili Singapura beberapa kali, yang paling utama adalah apabila berjaya merangkul pingat Perak pada Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Beliau akan mewakili Singapura pada Sukan SEA ke-30 yang akan diadakan di Filipina pada tahun ini. "Mewakili Singapura adalah satu kehormatan, dan tahun ini, saya dan rakan sepasukan akan berusaha untuk memenangi pingat Emas."

Daripada NS ke Dunia Pekerjaan

Kini bekerja sebagai pelatih peribadi, Leftenan (NS) Wong sentiasa memastikan pelanggannya menjalani gaya hidup yang sihat dan membantu mereka mencapai matlamat kecergasan dan kesihatan mereka. Dia juga memastikan latihan mereka adalah selamat untuk mereka.

"Salah satu nilai teras Angkatan Bersenjata Singapura adalah 'Care for Soldiers'. Dalam BMT, SCS dan OCS, para komander saya sentiasa menjaga saya dan kawan-kawan sepanjang latihan kami," kata Leftenan (NS) Wong. "Mereka memastikan kami selamat, walaupun latihan itu sangat mencabar daripada segi fizikal dan mental."

"Sebagai PC di BMTC, saya ingin menanamkan minda yang sama pada anggota-anggota saya, dan memastikan mereka tahu bahawa keselamatan adalah sangat penting dalam apa jua yang kita lakukan, kerana pada penghujung hari, kami semua mempunyai orang yang tersayang menunggu kami di rumah."

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?