MENUMPUKAN KEPADA YANG ASAS

23oct19pnr-photo0v2 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/23oct19pnr-photo0v283a574df-d4da-4b3f-8703-37bd02ca340e.jpeg?sfvrsn=2c6fffa5_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENUMPUKAN-KEPADA-YANG-ASAS
MENUMPUKAN KEPADA YANG ASAS https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENUMPUKAN-KEPADA-YANG-ASAS
23 Oct 2019 | OPS & TRAINING

MENUMPUKAN KEPADA YANG ASAS

Latihan Wallaby tahun ini mungkin kurang rancak disebabkan larangan pembakaran, namun anggota-anggota tentera cuba untuk menyesuaikan dengan cara yang terbaik mengikut keadaan.

// LAPORAN BENITA TEO / FOTO CHAI SIAN LIANG

// DI ROCKHAMPTON, AUSTRALIA

English 华文
English 华文

Latihan Wallaby (XWB) tahun ini mungkin lebih sunyi tanpa gegaran tembakan senjata ke arah sasarannya seperti yang biasa didengari. Disebabkan oleh keadaan cuaca dan risiko kebakaran, larangan pembakaran telah dikuatkuasakan sehingga 25 Okt oleh kerajaan Australia di Kawasan Latihan Shoalwater Bay (SWBTA) di Rockhampton, Australia, di mana latihan itu dijalankan. Selaras dengan larangan tersebut, Pasukan Bersenjata Singapura (SAF) telah menghentikan semua latihan penembakan secara langsung sehingga diberitahu kelak.

Bagaimanapun, larangan pembakaran tidak melemahkan semangat mahupun tempo latihan pasukan tentera yang telah berlatih berbulan-bulan lamanya untuk menyertai latihan tahunan ini. Ketahuilah cara mereka berusaha untuk memperkukuhkan asas ketenteraan dan mengekalkan semangat berjuang yang tinggi di XWB 2019.

Sentiasa Bersedia

Menjelang Latihan Komponen Perisai mereka, infantri perisai Batalion ke-41 Regimen Berperisai Singapura (41 SAR) menjalani pemeriksaan menyeluruh ke atas kenderaan dan peralatan mereka, dan juga melatih tubi bagi menyegarkan semula kemahiran mereka.

Askar-askar membuka dan memasang semula Raifal Gempur Singapura-21 mereka sambil jurulatih mereka menjejak masa mereka.
Askar-askar daripada 41 SAR sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas Kenderaan Perang Infantri Bionix, menjelang Latihan Komponen Perisai.
''Latihan ini dijalankan pada skala lebih besar: kami boleh membuat lebih banyak persiapan dari segi peralatan dan askar-askar dan mengujinya pada skala yang lebih besar,'' kata Korporal Dean Chew (kanan), guner Senjata Gempur Seksyen yang buat pertama kalinya menyertai XWB. Anggota Perkhidmatan Negara (NSF) yang berusia 20 tahun itu telah menghabiskan sebahagian besar hidupnya di luar negara dan kembali ke Singapura untuk menyertai Perkhidmatan Negara, pengalaman yang dia mendakwa telah ''membina ketabahan mentalnya ketika menangani situasi yang sukar''. Di sini, dia kelihatan bergambar dengan 41 SAR Penolong Seksyen (2IC) CFC Muhammad Izzuan Shah Bin Norman.

Merealisasikan Segala Persediaan

Latihan persediaan berbulan-bulan lamanya berakhir dengan Latihan Komponen Perisai di SWBTA. Menjelang XWB, askar-askar telah menjalani latihan simulator dengan Simulator Meriam Perisai dan Olah Gerak untuk memahami rupa bumi dengan lebih baik. Mereka juga menjalani latihan aklimatisasi haba untuk menyediakan diri mereka dengan cuaca Rockhampton yang panas dan kering.

Bagi menyediakan diri untuk latihan komponen, askar-askar mesti melalui dahulu latihan berbentuk perbincangan untuk membiasakan diri mereka dengan senario latihan.
Askar-askar infantri perisai melakukan serangan yang dilancarkan bersama-sama Kenderaan Perang Infantri Bionix.
Walaupun dengan larangan pembakaran, SWBTA kekal sebagai tempat latihan yang berharga bagi platform berperisai, kata Pegawai Pemerintah 41 SAR, Leftenan Kolonel (LTC) Low Youwen, 37. ''Ia merupakan peluang yang hebat untuk berlatih di kawasan yang pelbagai dari segi rupa bumi, dan juga permisif. Kami boleh melakukan perkara di sini yang kami tidak boleh lakukan di tempat lain, dan ini bermakna fideliti yang lebih tinggi untuk askar-askar. Ini bermakna olah gerak berskala besar serta latihan perintah dan kawalan pada sapuan rupa bumi yang besar," beliau menerangkan.
''Rupa bumi di sini memberikan kami peluang untuk mengatasi halangan yang tidak boleh ditemui di Singapura. Di sini, kawasannya sangat besar jadi ia membolehkan kami berfikir dengan lebih jauh dari segi taktik. Ia menjadikan kami askar yang lebih baik dan lebih bersedia untuk beroperasi" kata CFC Muhammad Fadhlie Bin Roslie, 23 tahun, 2IC Seksyen dalam 41 SAR.

Menerbangkan Askar-askar Kami

XWB juga memberi peluang kepada perkhidmatan yang berbeza untuk berlatih bersama-sama. Dalam kerangka kedua latihan, Angkatan Tentera Singapura dan Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) menjalankan misi bersama seperti menerbangkan askar-askar dan pembekalan dari udara.

Pengarah Udara LTC Benjamin Kwan, 42, menerangkan bahawa XWB adalah penting bagi mengasah saling kendali antara Perkhidmatan: ''Ia selalunya berkaitan dengan perhubungan yang kita bina dengan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Tahun lepas, kami bersama Trident yang merupakan tiga perkhidmatan dan pada tahun-tahun lain kami bersama Angkatan Tentera. Perhubungan adalah perkara utama yang kami hormati, agar kami boleh berjuang dengan lancar bersama-sama (apabila timbul keperluan).''
Helikopter Penyerang Apache Longbow AH-64D (belakang) mengiringi helikopter Chinook semasa misi menerbangkan askar-askar yang disimulasikan. Semasa operasi, Apaches menyediakan senjata api untuk mempertahankan askar-askar yang sedang dalam perjalanan daripada serangan musuh di udara.
Pakar Krew Udara Pegawai Waran 1 Sukwinder Singh sedang memerhatikan keadaan di udara dari Chinook semasa simulasi menerbangkan askar-askar. Pegawai berusia 40 tahun ini telah terbang dengan pelbagai platform helo dalam karier dua dekadnya, dan telah dikerah untuk bantuan kemanusian bencana tsunami Boxing Day 2004 dan misi bantuan bencana di Banda Aceh. ''Sebagai sebahagian daripada keluarga helikopter, kami dikehendaki terbang di kawasan pergunungan, luas atau persekitaran gelap gelita, terutamanya pada waktu malam. Disebabkan kami berada di luar negara di SWBTA, jenis rupa bumi seperti inilah yang terbaik untuk latihan skala besar di mana kami boleh menggunakan taktik serta memperkemaskan proses kami. Kami menghargai peluang untuk melakukannya di sini disebabkan ruang udara tanah air kami yang kecil.''
Sepasang Apaches mengelilingi ruang udara di atas Super Puma bagi melindunginya sambil ia bersedia untuk berlepas.
Sekumpulan helikopter RSAF sedang diisi dengan bahan api di Glen Airfield semasa misi menerbangkan askar-askar yang disimulasikan.

Menjaga Askar-askar Kami

Mereka adalah orang pertama yang memasuki teater dan orang yang terakhir meninggalkan teater tersebut. Mereka memastikan askar-askar mempunyai tempat yang selamat dan selesa untuk didiami, dan mempunyai makanan dan rehat yang diperlukan untuk latihan mereka. Temuilah ahli-ahli Kumpulan Sokongan Kehadapan (FSG) yang menjadikan semua ini suatu kenyataan.

 

Pegawai Waran 2 (2WO) Chan Chun Fai, 55
FSG Bekalan Bertanggungjawab Secara Keseluruhan untuk Logistik dan Penyimpanan

2WO Chan berbual dengan krew dapur SATS di dapur.

Ini merupakan kali ketiga 2WO Chan berada di XWB. Bagaimanapun, ini merupakan pertama kali dia turut serta sebagai sebahagian daripada FSG yang menjaga kebajikan askar. Dia bertugas menyelia operasi dapur, memastikan menu yang disediakan sesuai dengan keperluan latihan askar-askar.

"Saya pernah menjadi sebahagian daripada askar-askar latihan sebelum ini, jadi saya tahu makanan jenis apakah yang mereka perlukan selepas sesi latihan yang panjang. Misalnya apabila mereka kembali daripada latihan kawasan jauh selama empat hari, saya akan meminta mee dan sup untuk pemulihan mereka dan untuk menenangkan perut mereka. Inilah cara saya menyumbang kembali untuk masa-masa FSG menjaga saya semasa saya berada di sini."

 

Sarjen 3 (3SG) Rishabh Gurg, 20
Pakar Operasi FSG

3SG Rishabh menunjukkan penyediaan katil safari di berek Kem Growl.

NSF 3SG Rishabh telah berada di Kem Growl sejak 20 Sep. Ini merupakan kali pertama dia berada jauh dari rumahnya untuk satu tempoh yang lama, namun dia gembira dapat menyokong askar-askar yang berada di Kem Growl. Pengalamannya yang paling tidak dapat dilupakan adalah membantu menyediakan katil-katil safari untuk askar-askar kerangka kedua, serta-merta selepas askar-askar kerangka pertama pergi. "Kami mempunyai tempoh masa yang sangat singkat, tetapi saya gembira kerana dapat menyediakan untuk mereka tempat yang selesa untuk berehat selepas latihan mereka."

 

Major (MAJ) Lau Wei Yong, 36
FSG 2IC

Kepuasan paling besar bagi MAJ Lau adalah apabila mengetahui bahawa askar-askar dapat berlatih dan berehat dengan cukup.

MAJ Lau hanya tiba dia Kem Growl pada 10 Okt, beberapa lama selepas latihan ini bermula. Tetapi ia kerana dia baru sahaja menjadi bapa untuk kali ketiga –  anak perempuannya baru lahir sebulan dahulu! Berada jauh dari keluarganya pada waktu ini bukan sesuatu yang  mudah, tetapi isterinya memahami bahawa dia sedang bekerja keras untuk menyediakan sokongan kepada askar-askar XWB sejak awal tahun, serta menyokong keputusannya dalam meneruskan pengerahannya. 

"Falsafah peribadi saya adalah saya berada di sini untuk memahami apa yang terjadi lapangan, jadi saya boleh menangani isu-isu yang dihadapi askar-askar di sini dan menyokong mereka dalam latihan dengan selamat dan cekap. Kepuasan saya yang paling besar adalah berupaya mengintegrasikan kumpulan kefungsian yang berbeza dalam FSG untuk memberikan askar-askar yang berlatih sokongan penuh kami – apabila saya melihat mereka berjalan dengan senyuman pada wajah mereka, saya gembira."

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?