MENJAGA KESIHATAN MENTAL PARA ANGGOTA DALAM PERJUANGAN MEMERANGI COVID-19

12jun20pnr-photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/12jun20pnr-photo1.jpg?sfvrsn=e409b42c_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENJAGA-KESIHATAN-MENTAL-PARA-ANGGOTA-DALAM-PERJUANGAN-MEMERANGI-COVID-19
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENJAGA-KESIHATAN-MENTAL-PARA-ANGGOTA-DALAM-PERJUANGAN-MEMERANGI-COVID-19
MENJAGA KESIHATAN MENTAL PARA ANGGOTA DALAM PERJUANGAN MEMERANGI COVID-19
12 Jun 2020 | PEOPLE

MENJAGA KESIHATAN MENTAL PARA ANGGOTA DALAM PERJUANGAN MEMERANGI COVID-19

// BERITA TEO JING TING

// FOTO CHAI SIAN LIANG

Bergelut memerangi COVID-19 dan bertugas dalam giliran 12 jam meletihkan dari segi fizikal juga mental.

Namun ia tidak menghalang 100 anggota Kor Perubatan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mencurahkan segalanya demi merawat pesakit-pesakit COVID-19 di Kemudahan Penjagaan Masyarakat (CCF) di Singapore Expo. Maka apabila mereka perlu menenangkan diri atau memerlukan seseorang untuk mencurahkan perasaan, Cik Emily Kwek bersedia meminjamkan telinganya.

Ketika usaha memerangi COVID-19 berterusan, Cik Kwek membantu memastikan para anggota yang dikerah di CCF Expo berupaya menangani tugasan mereka dengan baik.

Anggota berusia 24 tahun itu antara dua ahli psikologi yang telah dikerah ke CCF sejak 27 April. Peranannya? Untuk memantau kesihatan psikologi dan semangat para anggota yang dikerah melalui pemerhatian semasa mereka melaksanakan tugas, membuat temu bual berhadapan, di samping menjalankan kaji selidik.

"Ini membolehkan saya benar-benar mengetahui apa yang sedang berlaku di lapangan serta mengenali komander yang berkenaan juga kepada siapa yang saya patut tumpukan perhatian. Di samping itu, memahami cabaran dan kebimbangan yang dihadapi oleh orang kita membantu saya menyampaikan maklum balas kepada komander dan mencadangkan langkah-langkah bagi mengatasi masalah," terangnya.

Cik Kwek ialah Ahli Psikologi Pertahanan (Kesihatan Psikologi) di Ibu Pejabat Kor Perubatan SAF.

Cik Kwek (tengah) sedang berbual dengan para anggota operasi SAF untuk mengetahui bagaimana mereka sedang menghadapi kerahan tugas di CCF Expo.

Bersedia mendengar luahan

Sebagaimana mereka yang dikerah, dia menghabiskan hujung minggu dan cuti umumnya bekerja agar "operasi berjalan lancar 24 jam 7 hari".

Sepanjang hari, dia mendekati para anggota SAF (selalunya semasa waktu rehat agar tidak mengganggu jadual kerja mereka) untuk memastikan mereka berada dalam keadaan yang baik. Dia juga membuat kaji selidik untuk mendapatkan maklum balas bagi menilai semangat dan kesediaan psikologi pasukan.

Kakitangan perubatan SAF merawat pesakit di pusat perubatan di CCF Expo pada 30 April.

Disebabkan tempo operasi yang pantas, antara kesukaran yang dialami oleh para anggota SAF termasuk menyesuaikan diri dengan jadual yang berubah-ubah, menyesuaikan jam badan antara giliran siang dan malam, dan mengalami keletihan terkumpul, kongsi Cik Kwek.

Dia akan menyokong dan menaikkan semangat mereka dengan mendengar kebimbangan mereka.

"Saya akan mendengar segala luahan serta menyampaikan maklum balas yang sewajarnya (kepada komander) jika perlu. Saya juga akan berkongsi teknik melegakan tekanan dan amalan kebersihan tidur untuk membantu mereka dalam menghadapi masalah mereka.

Berbangga menjadi sebahagian daripada perjuangan ini

Ketika perjuangan memerangi COVID-19 berterusan, apa yang menggalakkan Cik Kwek adalah bagaimana semangat para anggota SAF kekal tinggi.

Contohnya, sesetengah medik Anggota Perkhidmatan Negara memanjangkan tempoh perkhidmatan negara untuk terus menyertai kerahan ini.

"Mereka merasakan kerahan ini bermakna dan sanggup meluangkan masa tambahan dan melabur usaha agar kemahiran berharga mereka boleh digunakan dengan baik, walaupun tugasan ini berisiko tinggi. Hati kita gembira melihat sikap mereka."

"Dalam keadaan yang mencabar ini, kita harus sentiasa berusaha untuk mencuba dan membantu dengan apa cara yang kita boleh. Jika diberi peluang untuk menggunakan profesion saya ini bagi membantu, saya lebih daripada sanggup."

Cik Kwek berkongsi tentang menjadi sebahagian daripada kerahan di CCF Expo

Dan contoh-contoh yang tidak mementingkan diri sendiri inilah yang meniup semangatnya untuk terus membantu.

"Saya mendapat motivasi daripada menyaksikan para anggota mengorbankan masa dan mempertaruhkan kesihatan mereka untuk membantu dalam kerahan ini, dan bagaimana mereka amat terdorong untuk menyumbang kepada usaha memerangi COVID-19," kata Cik Kwek.

"Saya berbangga terlibat dalam usaha ini,"

 

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?