We apologise for the inconvenience. Our website is currently undergoing scheduled maintenance. We are working hard to improve the site as soon as possible.

PEOPLE

MENJADI TIGA KALI CERGAS DENGAN 3WO VICTOR ER

22 Nov 2019

DALAM SIRI PERTAMA SUKAN DAN KECERGASAN PIONEER, PENGGEMAR TRIATLON PEGAWAI WARAN 3 (3WO) VICTOR ER BERKONGSI TIP TENTANG BAGAIMANA ANDA BOLEH BERMULA DALAM AKTIVITI MULTISPORT INI.

22nov19_news1-hero

Story by

Photos by


Sejak 2012, dia telah menamatkan dua cabaran jarak penuh Ironman dan tiga acara triatlon jarak separuh Ironman. Bagaimana mencabarkah perlumbaan-perlumbaan ini?

Bagi mereka yang tidak mengetahui, triatlon merupakan perlumbaan berterusan yang menggabungkan renang, lumba basikal dan larian. Terdapat beberapa format triatlon di seluruh dunia:

  • Jarak pecut: 750m (renang), 20km (lumba basikal), 5km (larian)
  • Jarak Olimpik: 1500m (renang), 40km (lumba basikal), 10km (larian)
  • Jarak Separuh Ironman: 1.9km (renang), 90km (lumba basikal), 21km (larian)
  • Jarak Penuh Ironman: 3.8km (renang), 180km (lumba basikal), 42km (larian)
3WO Er sangat gembira berjaya menamatkan cabaran di garisan penamat perlumbaan separuh Ironman di Thailand pada 2016.

Untuk jarak Penuh Ironman, peserta perlu menamatkan keseluruhan perlumbaan dalam tempoh 16 atau 17 jam.

"Pada awal-awal pembabitan saya, saya berfikir bahawa jaraknya mengarut! Tetapi saya ingin mencabar diri saya," kata 3WO Er, panglima pasukan Pelupusan Bahan Letupan dari batalion ke-36, Jurutera Tempur Singapura.

Saksikan perkongsian perjalanan triatlon-nya dan tip untuk pemain baru:

Berikut adalah nasihat-nasihat latihan triatlon daripada 3WO Er!

Bermula dengan basikal jalan raya aras permulaan

"Anda boleh menyertai perlumbaan triatlon dengan basikal hibrid atau gunung – tiada peraturan yang menyatakan tidak boleh, tetapi anda akan menjadi letih dengan cepat. Jika saya baru bermula, saya akan lebih menggemari basikal jalanan aras permulaan kerana ia lebih cepat."

Dengan memanfaatkan waktu berulang-alik ke kem, 3WO Er berbasikal ke sana setiap pagi.

Merancang program latihan

"Menetapkan matlamat - jarak mana satukah yang anda ingin sertai? Kemudian draf program latihan dan berusaha ke arah matlamat anda. Sesetengah orang berlatih seperti orang buta tanpa perancangan. Contohnya, hari ini mereka berlari, tetapi hari esoknya, mereka tidak ada masa untuk bersenam, kemudian pada hari ketiga, mereka berlari sekali lagi. Jadi latihan ini menjadi berat sebelah dan tidak seimbang."

3WO Er selalunya bersenam di kem atau kolam renang di kondominium.

Lakukan latihan intensiti tinggi pada hari-hari yang sibuk

"Pada hari biasa, saya menjalani latihan selang yang lebih berat tetapi singkat, sama ada untuk renang, lumba basikal atau larian. Setiap sesi adalah selama lebih kurang sejam. Pada hujung minggu, saya akan berlatih untuk jarak yang lebih jauh."

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story