MENINGKATKAN KEHIDUPAN PEKERJA ASING, SATU DEMI SATU GAMBAR

21nov22_news1_thumbnail https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/21nov22_news1_thumbnail.jpg?sfvrsn=253a31b_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENINGKATKAN-KEHIDUPAN-PEKERJA-ASING-SATU-DEMI-SATU-GAMBAR
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENINGKATKAN-KEHIDUPAN-PEKERJA-ASING-SATU-DEMI-SATU-GAMBAR
MENINGKATKAN KEHIDUPAN PEKERJA ASING, SATU DEMI SATU GAMBAR
21 Nov 2022 | PEOPLE

MENINGKATKAN KEHIDUPAN PEKERJA ASING, SATU DEMI SATU GAMBAR

KISAH KOH ENG BENG

FOTO OLEH LIONEL LEE & IHSAN KPL (BERSARA) TAN

Anggota perkhidmatan negara (NSman) komando ini telah memulakan perusahaan sosial yang menyediakan sewaan kamera dan latihan untuk pekerja hijrahan.

KPL (Bersara) Tan ingin menggunakan seni fotografi untuk meningkatkan kehidupan masyarakat yang kurang sumber.

Dia telah memenangi anugerah dalam pertandingan fotografi antarabangsa, mempamerkan karyanya dan juga menerbitkan buku foto. Pencapaian yang mengagumkan bagi jurugambar yang telah belajar sendiri.

Tetapi pada tahun lepas, – satu dekad selepas dia memulakan hobi fotografi – Korporal (KPL) (Bersara) Tan Chin Hock mula menanya diri sendiri, adakah terdapat tujuan hidup yang lebih besar?

"Saya mahu lakukan sesuatu yang lebih besar, dan menggunakan seni fotografi untuk memberi manfaat kepada lebih ramai orang," kata jurugambar berumur 44 tahun tersebut.

Koleksi foto KPL (Bersara) Tan yang berjudul Adik-beradik (bawah) telah memenangi anugerah Bakat Baharu Terbaik Buku dan Emas di Prix de la Photographie, Paris (PX3) pada 2019.

Dengan itu, KPL (Bersara) Tan telah memulakan perusahaan sosial pada Ogos tahun lepas. Syarikatnya, Holdinghands Studio, meminjamkan kamera kepada pekerja hijrahan dan melatih mereka dalam kemahiran fotografi secara percuma. Bersama-sama dengan sekumpulan jurulatih sukarelawan, dia telah menjalankan lima bengkel untuk kira-kira 200 pekerja hijrahan sehingga kini.

KPL (Bersara) Tan mengajar pembantu rumah asing tentang cara menggubah foto menggunakan telefon pintar di bengkel yang dijalankan di FAST.
Holdinghands Studio juga menjalankan aktiviti foto bersiar-siar untuk membolehkan pekerja hijrahan berlatih kemahiran fotografi mereka.

"Kami ingin menggunakan seni fotografi untuk meningkatkan kehidupan masyarakat yang kurang sumber," jelas KPL (Bersara) Tan. "Kami meminjamkan kamera kepada anda, memberi anda pengetahuan dan menghasilkan peluang untuk membolehkan anda berlatih – itulah cara anda dapat merealisasikan pembelajaran dan meningkatkan kemahiran anda."

Fotografi sebagai hobi menggalakkan kesejahteraan, dan mungkin dapat menjadi kerjaya kedua bagi sesetengah pekerja hijrahan ini, katanya.

"Kami pernah dengar tentang orang yang ingin menjadi jurugambar profesional apabila mereka pulang ke tanah air mereka.

"Malah ada beberapa orang yang mahu meniru model kami di tanah air mereka – menyediakan studio dan meminjamkan kamera percuma. Keinginan mereka untuk bermurah hati adalah patut dipuji."

Hasil yang menandakan harapan

Selepas hanya satu tahun beroperasi, perusahaan sosialnya telah mula menunjukkan hasil yang nyata: Salah seorang pelajarnya – Puan Agnes Tono, 46, seorang pembantu rumah berbangsa Filipina – telah menghasilkan karya yang dipamerkan di Pameran Fotografi Ngee Ann pada tahun ini.

"Kami amat bangga dengan pencapaiannya; pameran itu merupakan salah sebuah pameran fotografi tahunan yang terbesar di Singapura," kata KPL (Bersara) Tan.

Untuk menggalakkan pekerja hijrahan agar mengasah kemahiran dan mempamerkan karya mereka, syarikat mengadakan pertandingan foto bulanan dan sedang merancang untuk mengadakan pameran pada November tahun ini.

Foto Puan Tono di Pameran Fotografi Ngee Ann 2022.

Syarikat ini juga menjual alas gelas minuman yang memaparkan foto mereka. Dua puluh peratus hasil kutipan disumbangkan kepada pertubuhan yang menyokong pendidikan, pembangunan peribadi dan penempatan semula pekerja hijrahan dengan selamat.

Ilham

Konsep untuk Holdinghands Studio muncul apabila KPL (Bersara) Tan mengingati cara bekas pembantu rumahnya menjadi semakin mahir dalam kemahiran fotografi setelah dibimbing olehnya. "Jadi sebenarnya sudah ada strategi yang terbukti. Saya ingin membesarkan operasi ini agar dapat mencapai pekerja hijrahan lain," katanya.

Tetapi KPL (Bersara) Tan, yang bekerja sebagai penolong pengurus pembangunan perniagaan dalam sektor penjagaan kesihatan, tahu bahawa dia tidak dapat menjalankan Holdinghands Studio seorang diri. Menurutnya, cabaran yang dihadapi adalah berkaitan dengan cara mengekalkan operasi dan mencapai pekerja hijrahan.

Holdinghands Studio meminjamkan kamera yang didermakan oleh individu serta syarikat seperti Camera Rental Centre dan Sony.

Oleh itu dia menghubungi jurugambar dengan pemikiran sehaluan yang berminat untuk mengajar, di samping pertubuhan seperti Persatuan Pembantu Rumah Asing bagi Sokongan Sosial dan Latihan (FAST) serta Pertubuhan Kemanusiaan untuk Ekonomi Penghijrahan (HOME).

FAST dan HOME memberi Holdinghands Studio akses kepada pekerja hijrahan di bawah jagaan mereka, serta kemudahan untuk menjalankan bengkel.

KPL (Bersara) Tan kini sedang membiayai operasi Holdinghands Studio melalui hasil kutipan daripada jualan produk seperti cetakan seni dan alas gelas minuman serta bengkel yang dikenakan yuran.

Alas gelas minuman memaparkan foto yang diambil oleh pekerja hijrahan.

Bekerja dengan pasukan

KPL (Bersara) Tan mengatakan bahawa pengalamannya sebagai doktor medan tempur komando ketika Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa telah menyedarkan dirinya tentang kepentingan kerjasama pasukan.

Dia mengingati pengalaman latihan lapangan jauh yang dahsyat, apabila seksyennya diarahkan untuk memindahkan teman seksyen yang "tercedera" sambil mengharungi simulasi bedilan artileri.

"Pada masa itu kami sudah amat letih jadi kami perlu 'bertukar tangan' beberapa kali dan mengambil giliran untuk memikul dia ke garisan penamat," katanya.

"Pengajaran di sini adalah: jika kita mahu mara dengan laju secara individu, kita boleh berbuat demikian – kami ada ahli pasukan sangat pantas yang boleh melengkapkan Balapan Berhalang Standard dalam masa enam atau tujuh minit. Tetapi ketika misi, unit adalah lebih penting daripada diri anda – kita perlukan kerjasama berpasukan untuk hidup.

"Hal itu mempengaruhi saya secara mendalam sehingga kini. Jadi jika saya bersendiri (untuk mengusahakan perusahaan sosial saya), saya memang boleh berbuat demikian, tetapi kerjasama dengan pasukan adalah jauh lebih berkesan."

KPL (Bersara) Tan (kedua dari kiri) dengan anggota platunnya daripada Batalion Komando Pertama.
KPL (Bersara) Tan (hujung kiri) dengan ibu bapanya dan adik lelakinya (kanan) di majlis penyampaian Beret Merahnya pada tahun 2000. Dia masuk tentera pada tahun 1999.

Mencapai lebih ramai orang

Bermula dari ini, KPL (Bersara) Tan merancang untuk meluaskan usaha bantuan Holdinghands Studio agar termasuk bekas banduan, keluarga kurang bernasib baik yang tinggal di pangsapuri sewa, serta pemuda yang berisiko. Untuk berbuat demikian, dia memerlukan lebih ramai jurulatih sukarelawan, lebih banyak kamera dan sumber.

Namun KPL (Bersara) Tan tidak mudah mengalah apabila menghadapi cabaran atau halangan. Dia bertekad untuk terus maju, dan menerima apa-apa kegagalan sebagai maklum balas untuk melakukan penambahbaikan.

KPL (Bersara) Tan (tengah) dan anggota platunnya di latihan perbarisan pada tahun 2001.

Mengenangkan zaman NS, dia berkata: "Ketika pemeriksaan "turn-out" di tengah malam, jurulatih membuat huru-hara di tempat tidur kami, menarik keluar almari kami dan menyembur air ke arah kami. Kami terpaksa melakukan banyak tekan tubi, bangkit tubi dan aktiviti fizikal lain.

"Mereka mahu menguji kami dan mematahkan jiwa kami. Namun, kami menggalakkan satu sama sendiri agar bertahan, dan melakukan apa-apa sahaja yang dilempar ke arah kami.

"Kami mula belajar tabiat menjangka perkara yang tidak dijangka – kami tidak tahu bila tempoh tersebut akan tamat, tetapi kami yakin bahawa kami semakin menghampiri garisan penamat walaupun tidak nampak garisan tersebut.

"Oleh itu pelajarannya di sini adalah: sentiasa terus mara; setiap langkah, setiap inci kemajuan adalah satu langkah menuju matlamat anda."

Berminat untuk menjadi sukarelawan dengan Holdinghands Studio? Hantar e-mel ke chinhock@holdinghands.sg dan lawati https://holdinghands.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut!

Suggested Reading
Feature
60 TAHUN, KOMITMEN MEREKA KEKAL KUAT
MILESTONES
01 Jul 2025

SAF meraikan ulang tahunnya yang ke-60 pada 1 Julai dengan Perbarisan Hari SAF khas dan Majlis Dedikasi Semula Gabungan di seluruh Singapura.

Cover story
MELAKUKAN YANG TERBAIK DALAM PERTANDINGAN UNIT TERBAIK SAF
MILESTONES
28 Jun 2025

Unit-unit ini diiktiraf atas pencapaian cemerlang mereka dalam Pertandingan Unit Terbaik SAF tahun ini. Ketahui apa yang menjadikan mereka juara!

Feature
MENGIKTIRAF SUMBANGAN MEREKA KEPADA SAF
MILESTONES
27 Jun 2025

Anggota kerahan ini adalah antara lebih 1,200 kakitangan MINDEF dan SAF yang dinaikkan pangkat atas prestasi dan potensi baik mereka – temui COL Fairoz, SWO Zulkarnaen, MAJ Muhammad Iskandar dan 1SG Muhd Hidhir.

PERTUNJUKAN NDP 2025 MELUAS DARI PADANG KE MARINA BAY
COMMUNITY
26 Jun 2025

Pertunjukan NDP tahun ini akan menjadi ekstravaganza muzikal dengan lebih 3,000 penghibur, lapan terapung darat dan air, dan pentas mudah alih terbesar yang pernah digunakan dalam sejarah NDP!

Feature
MENYEDIAKAN PERBARISAN UNTUK JUBLI INTAN SAF
PEOPLE
23 Jun 2025

Komander Perbarisan Hari SAF LTC Shew Narian dan Sarjan Mejar Rejimen (RSM) Perbarisan ME4 Lee Han Seng berkongsi bagaimana mereka dan para peserta perbarisan telah bekerja keras untuk mengadakan perbarisan yang sempurna pada 1 Jul.

Cover story
Paparan udara-darat-laut pertama di Kontinjen Kenderaan NDP 2025
PEOPLE
23 Jun 2025

Kontinjen Kenderaan NDP membuat pulangan yang sangat dinanti-nantikan tahun ini bukan sahaja di darat, tetapi juga di udara dan di perairan Marina Bay!

Feature
S'PURA & INDONESIA MENGAKHIRI LATIHAN MENENTANG KEGANASAN
OPS & TRAINING
04 Jun 2025

Kira-kira 160 anggota SAF dan TNI telah mengambil bahagian dalam latihan lapangan dua hala memerangi keganasan, yang diadakan dari 2 hingga 4 Jun di luar perairan Batam, Indonesia.

Feature
LAPANGAN UDARA, DI MANA SAJA
OPS & TRAINING
03 Jun 2025

Helikopter tentera berlepas dan mendarat di padang golf? Ketahui bagaimana RSAF menjadikan Sembawang Country Club sebagai kawasan kerahan sementara di luar.

PERGI SENDIRIAN BUKAN JAWAPAN KEPADA KETIDAKAMANAN – ENCIK CHAN
DIPLOMACY
01 Jun 2025

“Pergi sendirian bukanlah jawapan kepada ketidakamanan”, tegas Menteri Pertahanan Encik Chan Chun Sing pada Dialog Shangri-La (SLD), yang diadakan dari 30 Mei hingga 1 Jun. Ini adalah salah satu perkara utama beliau pada ucapannya di sidang pleno keenam pada 1 Jun.

MELAKUKAN YANG TERBAIK DAN MELAMPAUI BATAS UNTUK NS
PEOPLE
29 May 2025

Daripada menaik taraf PESnya kepada melanjutkan perkhidmatan NSnya kepada menyokong pekerja NSmannya, CPT (NS) Chong Wee Yeat berusaha keras untuk NS.