MENGUTAMAKAN MISI

29jul22_news1-thumbnail https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/29jul22_news1-thumbnail.jpg?sfvrsn=3e00227_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENGUTAMAKAN-MISI
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENGUTAMAKAN-MISI
MENGUTAMAKAN MISI
29 Jul 2022 | COMMUNITY

MENGUTAMAKAN MISI

KISAH JINNY KOH

FOTO & VIDEO IHSAN MINDEF

LG Melvyn Ong, Ketua Angkatan Pertahanan, berkongsi bagaimana SAF mengekalkan operasinya sambil menyumbang kepada usaha seluruh kerajaan untuk membendung COVID-19.

1-UP-B-caption

Sebagai Ketua Angkatan Pertahanan, Leftenan Jeneral (LG) Melvyn Ong sedar tentang kepentingan strategi pertahanan yang baik. Sejak dari awal Februari 2020, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah melaksanakan langkah-langkah pengurusan selamat yang ketat untuk mengurangkan risiko penularan COVID-19 dan untuk memastikan latihan, operasi dan perlindungan yang berterusan di sempadan Singapura.

Saiz latihan dikurangkan kepada 40 setiap kumpulan, dan mereka yang sedang beroperasi dikehendaki mematuhi pengasingan dalam kem selama dua minggu sebelum boleh menjalankan tugasan mereka selama dua minggu lagi selepas itu. SAF juga menyokong kerajaan dalam operasi pengesanan kontak semasa fasa awal COVID-19.

"Kami dapat membendung kluster dengan baik dari awal lagi, sambil meningkatkan pengetahuan kami tentang virus," jelas LG Melvyn Ong, dan setakat Jun 2020, tidak ada kes dalam unit operasi kritikal SAF.

Menguruskan COVID-19 di asrama

Meskipun begitu, keadaan di luar SAF pula kelihatan teruk. Pada 5 Apr 2020, LG Ong menerima panggilan telefon daripada Menteri Kanan Teo Chee Hean untuk membantu dalam asrama pekerja asing, di mana COVID-19 sedang merebak dengan pantas. Semasa menganalisis keadaan asrama, SAF membuat dua realisasi utama.

Pertama, untuk membendung penularan di asrama, SAF memerlukan sistem penjagaan untuk mengesan dan mengurus pekerja asing dan keperluan harian mereka. Kedua, adalah penting bagi SAF untuk memahami bilangan dan aliran pesakit yang dijangkiti, dan untuk menyediakan kemudahan bagi menempatkan mereka untuk mengurangkan beban ke atas sistem penjagaan kesihatan.

Bagi menangani kedua-dua isu ini, SAF menubuhkan pasukan petugas berbilang untuk menyokong usaha negara dalam beberapa barisan hadapan. Contohnya, dengan Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan, SAF mencipta sistem arahan dan kawalan untuk memantau pesakit yang dijangkiti, manakala Pasukan Petugas Operasi Perubatan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dengan analisis aliran pesakit yang masuk dan keluar dari sistem penjagaan kesihatan negara.

"Walaupun kami tidak mengenali [virus] dengan baik, dan menemui perkara baharu setiap minggu, kami belajar untuk menyesuaikan diri dan bersedia untuk menghentikan sesuatu perkara yang tidak berkesan," kata LG Ong.

"Mengharunginya dengan penuh semangat"

Untuk melawan penularan jangkitan, SAF melaksanakan penggunaan harian oksimeter nadi di asrama pekerja asing. Buat sementara waktu, ia juga menggantung Latihan Dalam Kem yang tidak penting untuk Perkhidmatan Negara.

"Pasukan kami memahami kedahsyatan keadaan. Sebaik sahaja tujuannya jelas, SAF akan melawannya dengan bersungguh-sungguh," kongsi LG Ong.

Katanya lagi: "Apabila [kerajaan] memerlukan 5 juta pelitup muka untuk 1 juta isi rumah, kami membungkusnya dalam tiga hari. Kami tidak bertanya sebab. Kami terus mengusahakannya dan sesuah selesai, kami berbalik semula kepada tugasan kami. Tak heboh-heboh."

Walaupun LG Ong memahami komitmen pasukannya, dia berhati-hati untuk tidak membebankan mereka dengan tugasan yang remeh.

"Ada banyak mesyuarat [untuk dihadiri] semasa COVID-19, dan saya ingin melindungi pasukan petugas dan tidak memaksa mereka menguruskan PowerPoint dan mesyuarat tanpa henti," katanya. Untuk melakukannya, beliau menugaskan sekumpulan pegawai untuk menjadi perantara di antara bahagian pengurusan atasan dan pasukan petugas.

"Pasukan petugas terpaksa menangani banyak isu, baik di asrama dan di KKM, dan saya mahu membebaskan mereka untuk mengendalikan operasi sedemikian," katanya.

Set minda yang mengutamakan misi

LG Ong berkongsi beberapa persoalan yang diajukan kepadanya: Bagaimanakah SAF menyesuaikan diri dengan masalah yang jauh di luar bidangnya, dan mengalihkan keupayaannya untuk mengendalikan operasi daripada persekitaran peperangan yang lebih konvensional kepada situasi pekerja asing?

Ia bermula dengan misi atau tujuan seseorang yang jelas.

"Dalam beberapa bulan pertama COVID-19, tujuan dan misi amat jelas kepada kami. Jauhkan virus daripada SAF, supaya kami boleh meneruskan operasi dan berlatih dengan selamat," kata LG Ong.

"Sejak dua tahun lalu ini, anggota kerahan perkhidmatan negara kami telah meneladani pemikiran misi tertentu. Dan pemikiran misi ini juga dilanjutkan dalam gaya kerja kami dengan kementerian lain, terutamanya dengan Kementerian Tenaga Manusia dan KKM."

Kekal bersama semasa pandemik

Seperti kebanyakan keluarga di Singapura, LG Ong dan keluarganya terpaksa duduk di rumah sepanjang penularan wabak – dan seperti keluarga lain, cuba menyesuaikan dan memanfaatkan keadaan dengan sebaik-baiknya.

"Rumah bertambah bising, tetapi bunyi yang menggembirakan. Kami makan bersama lebih kerap; kami menonton lebih banyak filem bersama-sama. Seperti banyak keluarga lain, kami sentiasa mencari akal untuk menghiburkan satu sama lain di rumah," kata bapa kepada tiga anak.

Katanya lagi, dia dan seisi keluarga lebih banyak berjalan-jalan, meneroka taman-taman penyambung dan bahagian lain di Singapura. COVID-19 memang telah mengeratkan lagi hubungan sekeluarga kami.

"Memandangkan postur COVID-19 negara dilonggarkan, anak-anak saya telah mula mengadakan program bersama rakan-rakan mereka. Tetapi saya perasan mereka masih mengharapkan untuk meluangkan sedikit masa bersama kami, itu bagus."

Mengorak langkah ke arah pasca-pandemik

Walaupun pandemik masih belum berakhir, dan SAF masih kekal berwaspada, SAF juga akan berkembang untuk memenuhi keperluan keselamatan masa depan Singapura.

"Daripada pandemik itu, kami kini ada gambaran yang lebih jelas tentang bahagian SAF yang manakah lebih teras daripada yang lain, dan bagaimana untuk menjadikan mereka lebih berdaya tahan terhadap kejutan luaran untuk menjalankan urusan harian seperti biasa," kata LG Ong.

"Kami juga telah menjalinkan hubungan baik dengan rakan kongsi seluruh kerajaan kami, dan saya berharap kami akan terus berusaha untuk memantapkan lagi bahagian-bahagian ini dengan kerap."

Salah satu matlamat yang telah ditetapkan oleh LG Ong untuk SAF semasa pandemik, selain memastikan pengendalian operasi dan latihannya, adalah untuk memandang ke hadapan dan mengubah SAF untuk menangani persekitaran operasi masa depan yang lebih kompleks dan berbantah.

Untuk mencapai hasrat ini, SAF bercadang untuk membina Perkhidmatan Ke-4 baharunya – Perkhidmatan Digital dan Perisikan – untuk melengkapkan Angkatan Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara.

"Perkhidmatan baharu akan mempertahankan ruang pertempuran digital, iaitu perbatasan yang baharu, dan membina keupayaan baharu untuk SAF digital," kongsi LG Ong.

[Artikel ini diterbitkan pertama kali oleh Bahagian Perkhidmatan Awam – Cabaranpada 6 Jul 2022]

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!