MENGOPTIMUMKAN PRESTASI VISUAL UNTUK JURUTERBANG RSAF

26jan24_news2_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/26jan24_news2_photo1.jpg?sfvrsn=33e95d10_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENGOPTIMUMKAN-PRESTASI-VISUAL-UNTUK-JURUTERBANG-RSAF
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENGOPTIMUMKAN-PRESTASI-VISUAL-UNTUK-JURUTERBANG-RSAF
MENGOPTIMUMKAN PRESTASI VISUAL UNTUK JURUTERBANG RSAF
26 Jan 2024 | OPS & TRAINING

MENGOPTIMUMKAN PRESTASI VISUAL UNTUK JURUTERBANG RSAF

//KISAH TEO JING TING / FOTO CHAI SIAN LIANG & IHSAN RSAF

Calon juruterbang yang miopik diberi pilihan untuk menjalani pembedahan pembetulan mata yang ditaja, sekiranya mereka dipilih.

Program Pembedahan Refraktif Kornea mempermudahkan calon-calon mencapai impian mereka untuk menjadi juruterbang tentera. [Foto fail: RSAF]

Siapa kata anda tidak boleh menjadi juruterbang jika memakai cermin mata?

Menjelang 2050, diramalkan hampir 90 peratus daripada semua orang dewasa Singapura akan menjadi miopik, penglihatan sempurna semakin jarang didapati.

Bagi menangani masalah ini, Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) menyediakan program Pembedahan Biasan Kornea (CRS) untuk membantu bakal calon juruterbang memulakan kerjaya penerbangan tentera tanpa dihalang oleh pemakaian cermin mata.

"Ini meningkatkan kecekapan mereka dalam melaksanakan tugas penerbangan dengan selamat dan berkesan, di samping meningkatkan keupayaan mereka untuk menjalankan misi mereka," kata Mejar (MAJ) (Dr) Isaac Chay.

Pegawai Perubatan dan pakar mata pelatih yang berusia 31 tahun bertugas di Pusat Aeroperubatan RSAF.

MEJ (Dr) Chay berharap program CRS akan menggalakkan lebih ramai juruterbang yang bercita-cita untuk menyertai RSAF.

Sejak diperkenalkan pada 2005, lebih 400 anak kapal telah menerima manfaat daripada program CRS, dengan kesemuanya kembali menjalankan tugas penerbangan mereka selepas pembedahan refraktif.

Sebelum prosedur itu, calon Juruterbang dan Pegawai Sistem Senjata (WSO) (Pejuang) akan menjalani beberapa siri ujian mata untuk memastikan mata mereka sesuai untuk menjalani pembedahan.

Mereka yang layak boleh memilih salah satu daripada dua prosedur – Keratektomi Fotorefraktif (PRK) dan LASIK, yang diperkenalkan pada 2013.

Pembedahan tersebut dijalankan di Hospital Universiti Nasional (NUH) dan hanya dilakukan oleh segelintir pakar bedah.

"Hanya pakar bedah yang benar-benar khusus boleh membedah mata kru udara kami kerana kami memerlukan standard pembedahan yang terbaik... Jadi, standard pemilihan bagi pakar bedah juga sangat ketat," jelas MEJ (Dr) Chay.

Pasca-pembedahan, kru udara akan membuat pemeriksaan di NUH dan Pusat Aeroperubatan RSAF (ARMC) untuk memastikan pemulihan mereka berjalan lancar.   Sebaik sahaja mereka didapati sesuai, mereka boleh meneruskan tugas penerbangan tentera mereka.

Kru kapal itu juga perlu kembali ke ARMC untuk pemeriksaan mata tahunan bagi memastikan mereka memenuhi standard penerbangan tentera yang selamat dan ketat.

(Dari kiri) LTA Muhammad, LTC Lau dan KPT Anirudh tidak menyesal menjalani PRK.

Mendapat penglihatan 6/6 itu

Bagi juruterbang pejuang F-16 Leftenan Kolonel (LTC) Jason Lau, menjalani PRK adalah salah satu keputusannya yang terbaik.

Dia menjalani prosedur tersebut pada 2012 dan telah mengekalkan penglihatan yang sempurna sejak itu. Sebelum pembedahan, rabun jauhnya adalah 300 darjah bagi mata kiri dan 475 darjah bagi yang kanan.

Ketika ditanya kenapa dia memilih untuk menjalani pembedahan itu, LTC Lau berkata bercermin mata semasa penerbangan boleh menyebabkan ketidakselesaan pada titik tekanan di atas telinga sekiranya tidak dipasang dengan baik. Kanta juga mungkin kabus kerana kondensasi.

"Penglihatan yang baik adalah amat penting kerana apabila anda dalam jarak penglihatan dalam pertempuran pesawat pejuang, anda perlu melihat musuh anda sebelum dia melihat anda.

"Jika anda terlepas pandang (musuh anda), anda kalah dalam pertempuran dan itulah sebabnya (penglihatan kami) adalah amat penting dan harus dijaga dengan baik," kata juruterbang pejuang berusia 35 tahun dari Skuadron 143 (SQN).

LTA Muhammad (kiri) menjalani pemeriksaan mata oleh MEJ (Dr) Chay dengan menggunakan Slit Lamp. Ini digunakan sebagai sebahagian daripada penyaringan untuk mencari sebarang tanda-tanda penyakit mata yang boleh menjejaskan fungsi visual.

Pengalaman PRK rakan juruterbang Kapten (CPT) Padigepati Anirudh Reddy adalah begitu baik, sehingga dia meyakinkan isteri dan ibu bapanya untuk melakukan prosedur yang sama.

Sebelum pembedahan pada 2010, rabun jauhnya adalah 450 darjah untuk mata kanan dan 400 darjah untuk yang kiri. Lelaki berusia 36 tahun itu juga mengalami astigmatisme.

KPT Anirudh memeriksa matanya untuk penglihatan berganda dengan Sayap Maddox, alat pegang tangan yang digunakan untuk mengukur tahap juling.

Walaupun berasa takut pada mulanya, KPT Anirudh terkejut mendapati prosedur itu tidak menyakitkan dan disiapkan kurang lima minit. Walaupun dia mengalami kesan sampingan biasa seperti mata berair dan sensitif kepada cahaya, penglihatannya bertambah baik pada minggu ketiga.

"Ia begitu mengagumkan menjelang minggu ketiga! Seolah-olah anda melihat dunia dengan mata yang baharu.

"Saya berterima kasih kepada RSAF kerana melakukannya bukan sahaja penglihatan saya bertambah baik, tetapi ia membolehkan saya menjelajah ke seluruh dunia," kata Juruterbang Helikopter Angkat Sederhana H225M dari SQN 125.

LTA Muhammad melatih penglihatannya dengan Gogel Penglihatan Malam dan Night Vision Training System Physical Terrain Board, alat latihan yang membolehkan juruterbang mengenal pasti beberapa ilusi visual dalam penerbangan malam.

Pengalaman yang mengubah hidup

Menurut Leftenan (LTA) Muhammad Bin Mohamad Nasir yang menggelarnya sebagai "pengalaman mengubah hidup", menjalani PRK telah meningkatkan prestasinya dalam penerbangan.

Mengenangkan kembali masa penerbangannya dengan berkaca mata di Kelab Penerbangan Belia Singapura (SYFC) ketika di sekolah, dia sering mengalami sedikit ketidakselesaan pada titik tekanan di telinganya semasa terbang.

Dia juga terpaksa membawa sepasang cermin mata ganti sekiranya cermin matanya yang dipakai itu rosak secara tidak sengaja semasa penerbangan.

LTA Muhammad mengetahui tentang program CRS dalam salah satu sesi pemeriksaan mata tahunannya dan mendapat tahu ia boleh membantu mencapai impiannya untuk menyertai RSAF.

Dia membuat keputusan untuk menyertai Angkatan  Tentera Udara pada 2020 selepas tamat pengajiannya di SYFC, dan menjalani pembedahan PRK setahun kemudian.

"Ia telah mengubah hidup dan pengalaman saya adalah benar-benar positif," kata Juruterbang Pengangkutan berusia 24 tahun dari  SQN 112 yang menerbangkan Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan A330.

"Saya mengesyorkan beberapa rakan RSAF saya untuk mencuba dan menjalankan LASIK ini dan PRK ini – ia memang terbaik!"

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?