MENGIKUTI JEJAK LANGKAH DATUK & BAPA SAYA

15dec19_news1-1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/15dec19_news1-1.jpg?sfvrsn=a91b97de_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENGIKUTI-JEJAK-LANGKAH-DATUK-AMP-BAPA-SAYA
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENGIKUTI-JEJAK-LANGKAH-DATUK-AMP-BAPA-SAYA
MENGIKUTI JEJAK LANGKAH DATUK & BAPA SAYA
15 Dec 2019 | PEOPLE

MENGIKUTI JEJAK LANGKAH DATUK & BAPA SAYA

// BERITA KOH ENG BENG

// FOTO CHAI SIAN LIANG & IHSAN DANIEL CHOO

Leftenan Muda (2LT) Daniel Choo mempunyai tokoh-tokoh hebat dalam keluarganya untuk diteladani - datuknya ialah ketua pertahanan pertama Singapura dan bapanya merupakan graduan terbaik dari Sekolah Pegawai Kadet (OCS).

Tiga generasi pegawai: 2LT Choo (kanan) dengan datuknya LG (B) Choo (tengah) dan bapanya Encik Choo.

Bagi 2LT Choo, menjadi pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) adalah suatu impian yang berjaya menjadi kenyataan: beliau mahu mengikut jejak langkah bapa dan datuknya.

Datuknya ialah Leftenan Jeneral (LG) (B) Winston Choo, Panglima Pasukan Pertahanan SAF yang pertama dan paling lama berkhidmat, sementara bapanya, Encik Warren Choo, ialah pegawai semboyan dan penerima Pedang Kehormatan.

"Saya bercita-cita untuk menjadi pegawai tentera sejak kecil lagi, kerana datuk dan bapa saya juga dulu adalah pegawai tentera," kata Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) yang berusia 19 tahun itu.

Tetapi apabila dia menjalani Latihan Asas Tentera dan menyertai OCS, sebab asal dia ingin menjadi pegawai berubah.

"(Saya mahu) menjadi pemimpin dan mentor kepada anggota-anggota di bawah saya, (untuk menjadi) seseorang yang mereka boleh harapkan untuk membantu mereka, sama ada di kem atau dalam kehidupan peribadi (mereka) di luar," tambah pegawai tentera yang akan dihantar ke Batalion ke-3, Pengawal Singapura (3 Gds).

2LT Choo ingin menjadi pemimpin dan mentor kepada anggota-anggota di bawahnya sepanjang dua tahun khidmat negara mereka dalam 3 Gds.

Sokongan keluarga yang berterusan

Datuk dan bapanya menjadi sumber inspirasi dan kekuatannya sepanjang tempoh Khidmat Negaranya (NS). Mereka selalu menghantar mesej teks, bertanya mengenai latihan dan berkongsi kata-kata semangat.

Setiap hujung minggu, selepas daftar keluar, dia akan pergi ke rumah datuknya dan berkongsi apa yang dia lalui sepanjang minggu yang lepas. Datuknya pula akan memberikannya nasihat.

"Saya cuba menyampaikan kepadanya pengalaman-pengalaman saya sendiri ketika saya menjadi kadet," kata LG (B) Choo, yang melalui latihan pegawai kadet 60 tahun dahulu pada 1959.

"Apa yang saya selalu sampaikan adalah dia perlu melakukan apa yang terbaik. Menjadi ahli yang menyokong pasukan… Bertekad dalam apa pun yang anda lakukan," tambah LG (B) Choo.

Dengan pengetahuan bahawa datuknya juga telah melalui cabaran yang sama memberikan 2LT Choo keyakinan bahawa dia juga boleh mengatasinya. "Peluang bercerita mengenai pengalaman saya dan dengan adanya datuk saya untuk berkongsi pengalaman yang sama yang dia juga pernah alami - membuatkan saya berasa lega."

Encik Choo masih ingat yang dia terkejut mendengar anak lelakinya begitu yakin dan bersemangat tentang latihannya. "Setiap minggu, dia nampak teruja dan tak sabar-sabar hendak (balik ke kem untuk latihan) lagi sekali."

Dia menambah: "Setiap minggu, kami akan makan sekeluarga pada malam Sabtu, (di mana) Daniel akan berkongsi lebih banyak cerita dan kami bergelak ketawa mendengarnya. Memang seronok - kami menikmati waktu berborak mengenai (pengalamannya) dan... Bapa saya pula akan bercerita kisah-kisah lama."

Ketika masih Pegawai Kadet Choo, dengan rakan-rakan kadet semasa latihan luar.

Sentiasa lakukan yang terbaik

Bagi 2LT Choo, latihan pegawai kadet mencabar secara fizikal dan mental. Ada masanya dia tak pasti sama ada dia masih bertenaga untuk mengharungi hari tersebut.

"Secara fizikal kami sentiasa berlatih, (dan) menjalani penyesuaian... Apabila anda perlu meneruskan usaha, (dengan penuh kekuatan) sebenarnya datang dari diri anda sendiri dan mereka yang berada di sekeliling anda. Dan ia bukanlah sesuatu yang boleh diajar; ia sesuatu yang anda belajar apabila anda melaluinya."

Apabila ditanya sama ada dia berasa sangat tertekan untuk berjaya, kerana legasi datuk dan bapanya, 2LT Choo menjawab: "Mereka tidak pernah memaksa saya untuk menunjukkan prestasi sebagaimana yang mereka pernah capai atau lebih baik daripada itu."

"Walau apa pun hasilnya, asalkan saya sudah melakukan yang terbaik, mereka tetap berbangga dengan saya. Mereka membenarkan saya melakukan apa yang terbaik tanpa sebarang tekanan."

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?