MENGIKUTI JEJAK AYAH SEBAGAI KOMANDO

25mar21_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/25mar21_news1_photo1bd96bbef-9321-470f-8b11-f8f77e7d3a4b.jpg?sfvrsn=90e2919c_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENGIKUTI-JEJAK-AYAH-SEBAGAI-KOMANDO
MENGIKUTI JEJAK AYAH SEBAGAI KOMANDO https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENGIKUTI-JEJAK-AYAH-SEBAGAI-KOMANDO
25 Mar 2021 | PEOPLE

MENGIKUTI JEJAK AYAH SEBAGAI KOMANDO

Leftenan Muda Koh bercita-cita menjadi pegawai komando yang disegani seperti ayahnya LTC (Bersara) Koh.

// KISAH KOH ENG BENG

// FOTO KENNETH LIN DAN IHSAN LEFTENAN MUDA KOH

English 华文
English 华文

Dia membesar mendengar cerita-cerita lama ayahnya yang bertugas sebagai komando –melompat keluar daripada pesawat dengan peralatan tempur penuh, menjalani beberapa latihan paling lasak dan menjerihkan yang ramai menganggapnya mustahil untuk terus bertahan apatah lagi melengkapkannya.

"Inilah antara perkara-perkara yang kamu akan mengatakan semasa budak lagi, iaitu 'hebat betul, saya juga ingin melakukannya bila dewasa nanti'," kata Leftenan Muda Ryan Koh.

Pegawai berusia 20 tahun itu telah mengorak langkah besar untuk merealisasikan impian semasa kecilnya – dia melengkapkan latihan kadet pegawai sembilan bulan, dan ditugaskan sebagai Leftenan Muda pada 21 Mac. Dia akan Menyertai Batalion Komando 1 dan menghadiri Kursus Penukaran Pegawai Komando.

Leftenan Muda Koh (kiri) menerima pedangnya di Perbarisan Pentauliahan Pegawai Kadet yang diadakan di Institut Tentera SAFTI pada 22 Mac.

Leftenan Muda Koh memutuskan kerjaya ketenteraan ketika berada di OCS. Alasannya? Dia sedar nilai-nilai murni yang disemaikan oleh ayahnya sejak dari kecil lagi sebenarnya datangnya daripada Tentera Darat.

Ayahnya ialah Leftenan Kolonel (LTC) (Bersara) Richard Koh, bekas pegawai komando yang bersara daripada Tentera Darat pada 2019.

"Integriti, ketahanan, dan nilai-nilai lain yang disemaikan oleh Tentera Darat adalah yang telah diperturunkan kepada kami. Dia memupuk saya untuk menjadi seorang insan yang baik terlebih dahulu daripada yang lain. Itulah sesuatu yang ingin saya terapkan di dalam hidup saya.”

Leftenan Muda Koh (berkaca mata) bersama adik-beradik dan ayahnya LTC (Bersara) Koh di Rumah Terbuka Tentera tahun 2008.

Secara kebetulan, ayahnya merupakan komandan Echo Wing di OCS dari 2012 hingga 2016, di sayap yang sama tempat Leftenan Muda Koh berada.

Apabila ditanya sama ada dia berasa tertekan untuk meneladani dan menjaga nama baik ayahnya, Leftenan Muda Koh berkata: "Tekanan yang tersirat ini datangnya daripada diri saya sendiri! Tidak ada sesiapa yang pernah mengatakan kepada saya bahawa saya ni anak Richard Koh, dan perlu bekerja keras. Tetapi saya mengguna tekanan ini untuk memacu diri saya agar menjadi askar terbaik yang terdaya.”

Leftenan Kolonel (Bersara) Koh menegaskan bahawa dia tidak memberi tekanan kepada Leftenan Muda Koh untuk menjadi askar tetap atau komando. "Saya mengatakan kepadanya, 'Hei ini bukan suatu tugasan yang mudah, kamu akan menjalani kehidupan yang banyak mencabar, (tapi) terpulanglah kepada kamu,'" katanya sambil tertawa.

Nasihat kepimpinan

Leftenan Kolonel (Bersara) Koh tidak memberi sebarang petua atau perincian kepada anaknya semata-mata untuk membolehkan anaknya menimba pengalaman Tentera Darat yang lengkap dan sahih. Tetapi dia menasihatkan Leftenan Muda Koh untuk menjadi seorang pemimpin yang baik.

"Saya katakan kepadanya, jangan menyuruh orang lain berlari sembilan minit (sejauh 2.4km) tetapi anda sendiri tidak terdaya untuk melakukannya. Anda perlu mempunyai jangkaan sendiri supaya anda boleh mengharapkan yang sama daripada orang lain," kata pengurus kanan di Aviva yang berusia 48 tahun.

Leftenan Muda Koh mengambil baik nasihat ayahnya dan melakukan latihan tambahan. Dia mengurangkan pemasaan 2.4km lebih dari satu minit, dari 11:50 min kepada 10:15 min. Pembaikan masa itu berlaku dalam enam minggu pertama kursus Latihan Asas Tentera (BMT), yang dijalankan dari rumah disebabkan oleh tempoh Pemutus Litar.

Oleh kerana penularan wabak COVID-19, kelompok BMT Leftenan Muda Koh mengikuti pelajaran asas ketenteraan dalam talian serta latihan fizikal melalui zoom dari rumah. Mereka akhirnya menyambung latihan di Pusat Latihan Asas Tentera di Pulau Tekong.

Menurutnya, antara cabaran terbesar sepanjang perjalanan Tentera Daratnya, adalah berhadapan dengan persepsi negatif daripada beberapa orang tentang anggota tentera negara yang berdaftar semasa wabak tersebut.

"Apabila kami mendengar orang lain mengatakan bahawa kami menjalani latihan yang lebih mudah kerana COVID-19, kami berasa amat kecewa," kata Leftenan Muda Koh.

"Walaupun cara kami menjalani latihan telah berubah, tetapi intensitinya tidak berkurangan. Ramai orang perlu memahami bahawa apa yang kami lalui sama sekali tidak mudah – kami masih menjalani misi-misi sama dengan berturut-turut tanpa henti."

Mendapat Beret Merah

Matlamat semasa Leftenan Muda Koh adalah untuk melengkapkan latihan yang diperlukan untuk mendapatkan beret merah yang menjadi rebutan dan memulakan lawatannya sebagai komander pengerahan.

"Peralihan daripada kehidupan kadet untuk menjadi komander, untuk menghubung (dengan) para anggota saya, untuk memimpin mereka melalui masa-masa yang sukar, itulah matlamat jangka pendek saya seterusnya," katanya.

Matlamat jangka panjangnya? Untuk meneruskan keghairahan dan semangat untuk berkhidmat, 20 tahun seterusnya seperti yang dilakukan oleh ayahnya. "Saya dapat melihat perasaan yang dicerminkan pada ayah saya – dia begitu gembira dan bersemangat semasa di Tentera Darat. Walaupun dia tidak lagi bertugas di Tentera Darat, saya sedar dia masih mengimbas kembali kenangan manisnya."

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?