Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/10may23_news1_photo1c015e475-cf61-4c7d-9ac3-07b88a747ebf.jpg?sfvrsn=c390e98_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENGIKUT-JEJAK-LANGKAH-IBU
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENGIKUT-JEJAK-LANGKAH-IBU
MENGIKUT JEJAK LANGKAH IBU
10 May 2023 | PEOPLE

MENGIKUT JEJAK LANGKAH IBU

IBU INI MENYERTAI KOR SUKARELAWAN SAF (SAFVC) DENGAN HARAPAN DAPAT MENYOKONG ANAK LELAKINYA APABILA DIA MENDAFTAR UNTUK PERKHIDMATAN NEGARA. SEBALIKNYA, DIA MEMBERI INSPIRASI KEPADA ANAK PEREMPUANNYA UNTUK MENYERTAI ANGKATAN TENTERA LAUT.

Pasangan ibu dan anak perempuan SV2 Eng (kiri) dan 2LT Lye menyahut seruan bersama untuk berkhidmat dalam SAF.

"Sayalah api dan dia pula bumi!" Sukarelawan SAFVC (SV) 2 Eng Boon Chen berkata tentang hubungan dengan anak perempuannya, Leftenan Kedua (2LT) Lye Yu Xuan.

Keperibadian mereka kelihatan agak bertentangan: SV2 Eng, 49, bersemangat dan rendah diri, manakala 2LT Lye, 20 tahun, lebih pendiam dan bercakap dengan berhati-hati.

Tetapi SV2 Eng, yang hanya menyertai SAFVC pada usia 44 tahun – setahun sebelum tarikh tamat – pada 2018 sebagai Anggota Keselamatan Bantuan, telah perturunkan sifat kebebasan yang kuat kepada anak perempuannya dan dorongan untuk mengejar impiannya.

Sesungguhnya, dia membantu mengarah hala tuju 2LT Lye untuk menjadi Pegawai Tentera Laut di Angkatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN).

SV2 Eng (tiga dari kanan) bersama dengan anaknya Yu Feng (berbaju merah), anak perempuan dan suami Lye On Siong (kanan sekali dan kedua dari kanan) serta ibu bapa (baris belakang, kiri) di Persembahan Cantuman Formasi SAFVC pada 7 Apr 2018.

Hai SV2 Eng! Kami dengar anda sebenarnya menyertai SAF sebelum 2LT Lye menyertainya!

SV2 Eng: Saya mempertimbangkan membentuk kerjaya dalam Angkatan tentera ketika muda dahulu. Apabila SAFVC diperkenalkan, ia memberi saya peluang untuk menjadi sukarelawan dan menyumbang kepada pertahanan negara. Akhirnya saya dapat memenuhi impian saya ini.

Saya ada seorang anak lelaki (empat tahun lebih muda daripada 2LT Lye), jadi saya fikir mungkin ada baiknya bagi saya untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini dan memahami cabarannya apabila dia mendaftar untuk Perkhidmatan Negara. Ayahnya pernah berkhidmat dalam Perkhidmatan Negara sebagai pegawai infantri, tetapi pengetahuannya sudah lapuk.

Adalah lebih baik untuk berada sendiri di belakang tabir untuk mengetahui dengan lebih mendalam. Saya tidak perasan ia telah mempengaruhi anak perempuan saya pulak! (bergelak)

2LT Lye kini merupakan Pegawai Muda di kapal frigat RSS Tenacious. Melihat ibunya SV2 Eng berjaya sebagai Sukarelawan SAFVC mendorongnya untuk mengejar minatnya untuk menyertai Angkatan Tentera Laut.

2LT Lye, adakah ibu anda mempengaruhi keputusan anda untuk mendaftar dengan SAF?

2LT Lye: Saya juga berminat dalam bidang pertahanan sejak kecil lagi, sebahagiannya disebabkan oleh kisah Perkhidmatan Negara ayah saya. Tetapi saya mendapat inspirasi daripada ibu saya – mereka selalu mengatakan SAF sangat mencabar, tetapi dia menjalani elemen Latihan Asas Tentera (BMT) dalam Latihan Asas dan dia benar-benar menikmati pengalamannya.

Itu membuat saya berasa berani dan terdorong dan saya mendapati angkatan tentera adalah satu kerjaya yang saya boleh pertimbangkan.

Adakah dia berkongsi kisahnya dengan anda?

2LT Lye: Pada masa itu, saya baru berusia 15 tahun dan tidak banyak tahu tentang SAF, jadi dia berkongsi pengalamanberkhemah nya dalam hutan dengan kami.

SV2 Eng: Sebagai sebahagian daripada kursus Latihan Asas, kami akan berkhemah selama tiga hari dua malam di medan lapangan di Pulau Tekong. Pakaian seragam kami akan berbau busuk selepas latihan Kursus Inokulasi Pertempuran dan kami perlu membungkusnya dalam beg ziplock dan bertukar pakaian sebelum pulang. Apabila saya pulang, saya beritahu dua anak-anak saya: "Mari, mari, mari, saya ada bawa bau Tekong!" dan suruh mereka bau pakaian seragam!

SV2 Eng (tengah) menggalakkan 2LT Lye (kiri) dan anak saudaranya Lim Xin Ni (kanan) untuk mendaftar dalam Kem Boot Wanita yang diadakan pertama kali pada 2018. Sukarelawan daripada SAFVC membantu melatih para peserta.

2LT Lye: Dia juga menggalakkan saya untuk menyertai Kem Boot Wanita pertama pada September 2018. Saya menyertainya bersama-sama sepupu saya. Enciknya dalam Latihan Asas adalah juga encik saya di Boot Camp!

Apabila saya mengambil keputusan untuk mendaftar, saya teringat cerita-cerita ini, dan saya rasa ia adalah peluang yang baik untuk mencabar diri saya.

Apa yang membuat anda paling kagum dengan ibu anda menjadi Sukarelawan SAFVC?

2LT Lye: Hanya hakikat bahawa dia berjaya menjalani latihan.

SV2 Eng: Saya sudah berusia 44 tahun bila menyertai SAFVC, jadi dia berfikir, jika wanita tua ini boleh melakukannya, saya tentu boleh!

2LT Lye: Apabila saya menghadiri Perbarisan Persembahan Cantuman Formasi ibu saya, saya berasa kagum menyaksikannya mengendalikan SAR 21 (Rifel Penggempur Singapura – Abad ke-21).

Kami juga dapat melihatnya berpakaian seragam, yang jarang kami lihat, dan dia kelihatan begitu tenang. Dia memiliki rahmat seorang askar. Saya tidak kenal sesiapa yang ibunya seorang Sukarelawan SAFVC. Dia menjalani latihannya dengan berjaya, dan saya bangga dengannya.

2LT Lye (kanan) di Perbarisan Pentauliahan Pegawai Kadet pada 10 Disember 22, bersama ibunya.

SV2 Eng, adakah anda sangka 2LT Lye akan memilih RSN sebagai kerjayanya?

SV2 Eng: Saya masih belum membayangkan apakah pilihan kerjayanya, kerana dia baru sahaja menamatkan pengajian kolej rendah (di Sekolah Tinggi Matematik dan Sains NUS).

Malahan, dia merahsiakan permohonannya – kami tidak tahu langsung sehingga satu hari pada November 2021 apabila dia mengumumkan: "Oh, saya akan menyertai BMT dalam bulan Januari!" dan kami semua tertanya-tanya, "Hah, BMT apa? Oh, SAF BMT!"

2LT Lye (kedua dari kanan) bersama ibu bapanya semasa mendaftar pada 3 Jan 2022. Dia mengejutkan ibu bapanya dengan memohon kepada SAF secara rahsia dan hanya memberitahu mereka bila masa dia hendak mendaftar.

2LT Lye: Saya menghadiri ceramah kerjaya di Tahun 2 kolej rendah, dan berfikir adalah lebih bermakna untuk menyumbang kepada pertahanan Singapura. Saya agak berminat dengan kerja yang dikendalikan oleh RSN, seperti jenis operasi dan diplomasi pertahanan.

Saya ada memikirkan untuk menyertai Angkatan Tentera kerana ibu saya ialah Anggota Keselamatan Bantuan, tetapi saya suka belayar, melihat lautan dan bergaul mesra dengan anggota daripada angkatan tentera laut yang lain.

SV2 Eng dan 2LT Lye (kedua dan ketiga dari kanan) semasa bercuti sekeluarga pada 2021. SV2 Eng percaya memberi kebebasan kepada anak-anak untuk membuat keputusan mereka sendiri, sama ada di sekolah atau dalam kerjaya mereka.

2LT Lye, apakah yang anda paling bersyukur dengan ibu anda?

2LT Lye: Ibu selalu membenarkan saya melakukan apa yang saya mahu. Tetapi dia tegas dan memastikan saya lulus peperiksaan dan akan memantau untuk memastikan prestasi saya adalah baik.

SV2 Eng: Berkaitan anak-anak saya, saya sebagai seorang ibu sering melepaskan tangan. Saya tidak masuk campur dalam kehidupan sekolah mereka atau aktiviti kokurikulum yang mereka ingin sertai.

Falsafah saya adalah itu kehidupan mereka dan merekan perlu membuat keputusan sendiri. Tetapi jika mereka berminat dalam sesuatu, kami hanya akan pastikan mereka tahu penglibatannya, dan keluarga akan menyokong mereka.

2LT Lye: Semasa saya di Sekolah Kadet Pegawai (OCS), ibu akan menjemput saya dari Institut Tentera SAFTI supaya saya boleh pulang lebih cepat untuk berehat, terutamanya apabila kami dilepaskan lewat. Memang bagus.

SV2 Eng (kanan) berasa bangga melihat 2LT Lye menjadi lebih matang dan yakin sejak menyertai Angkatan Tentera Laut.

SV2 Eng, bagaimana perasaan anda sekarang, melihat 2LT Lye memakai uniform sendiri dan menjadi askar?

SV2 Eng: Dia telah menjadi lebih matang, terutamanya selepas menjalani kursus BMT dan OCS. Saya dapat melihat keyakinan yang terserlah pada dirinya. Ia suatu perbezaan yang agak mendadak bagi saya – suatu ketika dia di sekolah dan kemudian dia mengenakan pakaian seragam tentera laut. Kesedaran bahawa sekiranya tercetus peperangan, dia akan turut bertempur dalam peperangan. Pada saya, seolah-olah, anak saya sudah dewasa dengan tiba-tiba! (bergelak)

Dia seorang yang sangat berdikari. Dari segi akademik, kami tidak perlu risau, dia boleh menguruskan diri sendiri. Sejak kecil lagi, dia menunjukkan tahap kematangan yang bagus dan kami tidak perlu risau sama ada dia akan membuat keputusan yang buruk atau bergaul dengan budak-budak nakal.

Saya berasa sangat bangga dengannya dan bersyukur kerana dia berdikari dan boleh menjaga dirinya. Saya yakin dia boleh memandu arah perjalanannya Ini adalah suatu perjalanan yang jauh dalam Angkatan Tentera Laut, dan saya yakin dia mempunyai daya tahan dan kemampuan untuk meneruskannya.

Suggested Reading
BAKAT MUDA KOMITED UNTUK PERTAHANAN SINGAPURA
PEOPLE
13 Aug 2025

Sebanyak 82 Anugerah Biasiswa Pertahanan telah disampaikan kepada calon pelajar muda yang bercita-cita tinggi tahun ini.

SG60 Sambutan di Kawasan Perumahan Awam
COMMUNITY
10 Aug 2025

Sambutan Hari Kebangsaan mungkin sudah berakhir, namun kemeriahannya diteruskan hingga sepanjang hujung minggu dengan pelbagai acara di seluruh pulau!

Cover story
SELAMAT ULANG TAHUN KE-60, SINGAPURA!
COMMUNITY
09 Aug 2025

Feature
JUARA UNTUK INOVASI
TECHNOLOGY
30 Jul 2025

She used to serve on the Sebelas Anugerah Menteri Pertahanan (MDA) diberikan pada tahun ini, untuk inovasi oleh kakitangan MINDEF dan SAF yang membawa kepada kecekapan yang lebih baik dan keadaan kerja yang lebih selamat.

Feature
LOMPATAN GERGASI KE DALAM BUT BARU
PEOPLE
29 Jul 2025

She used to serve on the Perubahan kerjaya tidak pernah mudah, tetapi melompat keluar dari zon selesa mereka ke SAF adalah apa yang diinginkan oleh wanita-wanita pertengahan kerjaya ME4 Jessica Ho dan ME4 V. Yoginita.

Feature
DI BELAKANG PERBARISAN
COMMUNITY
28 Jul 2025

She used to serve on the Berbulan-bulan bekerja keras dan hujung minggu yang dihabiskan, semuanya untuk pesta ulang tahun terbesar Singapura. Inilah pas belakang pentas anda untuk Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini!

SUKARELAWAN MINDEF DIHORMATI ATAS SUMBANGAN KEPADA PERTAHANAN S'PURA
COMMUNITY
24 Jul 2025

Sukarelawan-sukarelawan ini memainkan peranan penting dalam mempromosi kesedaran tentang hal-hal pertahanan kepada orang ramai dan memberi inspirasi atas sokongan kepada Perkhidmatan Negara.

DARIPADA JURUAUDIT KEPADA PEGAWAI PERANG UDARA
PEOPLE
23 Jul 2025

LTA Liz Voon menukar audit kewangan untuk misi pertahanan udara. Temui wanita pertengahan kerjaya ini yang meninggalkan salah satu firma perakaunan "4 Besar" untuk meneruskan tujuannya dalam RSAF, dalam siri "Dari Meja ke Lapangan" PIONEER!

PAPARAN KAPAL HEBAT NDP 2025 DI TELUK MARINA
COMMUNITY
19 Jul 2025

Paparan maritim adalah sebahagian daripada kontinjen kenderaan NDP khas tahun ini, menyertai terbang lalu udara di atas Padang dan pandu lalu di sepanjang St Andrew’s Road.

APABILA INOVASI KEJURUTERAAN MENEMUI PERTAHANAN NEGARA
PEOPLE
16 Jul 2025

ME5 Joshua Tay membawa 18 tahun kepakaran dalam pelbagai bidang ke Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS). Temui ahli pertengahan kerjaya ini dalam siri terbaharu PIONEER "Dari Meja ke Lapangan"!