MENGIKUT JEJAK LANGKAH AYAH

jul18_people1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/jul18_people1.jpg?sfvrsn=32ce6dc0_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENGIKUT-JEJAK-LANGKAH-AYAH
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENGIKUT-JEJAK-LANGKAH-AYAH
MENGIKUT JEJAK LANGKAH AYAH
02 Jul 2018 | PEOPLE

MENGIKUT JEJAK LANGKAH AYAH

// CERITA TEO JING TING

// GAMBAR CHUA SOON LYE

Gabungan bapa dan anak perempuan ini berkongsi apa rasanya berada dalam formasi yang sama.

Pepatah "ayah lebih tahu" adalah betul bagi Leftenan (LTA) Lynette Yap.

Komander platun yang berumur 25 tahun dari Batalion ke-40, Regimen Perisai Singapura terhutang budi kepada bapanya iaitu Mejar (MAJ) Ronnie Yap yang telah memujuknya untuk menyertai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF)

Pegawai staf dari Ibu Pejabat Perisai yang berkulit perang, sihat tubuh badan dan berumur 50 tahun itu merupakan orang yang dia rujuk tentang  semua benda berkaitan tentera serta keputusan lain di dalam kehidupannya.

Beliau juga mempengaruhi anak lelaki beliau yang lebih muda untuk mendaftarkan diri dengan Jurutera Tempur Singapura (SCE) iaitu formasi beliau dahulu. LTA Reynold Yap yang berumur 22 tahun kini sedang mengambil ijazah perniagaan di Universiti Pengurusan Singapura manakala anak bongsu beliau iaitu Lyselle yang berumur 20 tahun akan mengambil pengajian pengurusan kemudahan projek di Universiti Kebangsaan Singapura.

Lynette, mengapa anda mendaftarkan diri?

L: Saya mahu menjadi seorang juruterbang, tetapi saya tidak memenuhi syarat-syarat kerana saya terlalu pendek (tingginya 158cm). Jadi saya meminta nasihat ayah dan beliau mencadangkan formasi Perisai.

R: Saya tahu karakternya dengan baik. Saya dan isteri tahu kerja apa yang sangat sesuai dengannya (dan kami gembira) dia menyertai SAF. Ia satu sekitaran yang mempunyai nilai-nilai baik dan adalah sebuah tempat yang elok untuk mencipta sebuah kerjaya. 

Bagaimanakah dengan Latihan Asas Tentera?

L: Saya mempunyai banyak kebimbangan sebelum memasuki BMT... Walaupun ayah dan adik lelaki saya telah memberi kata-kata pendek kepada saya tetapi sedikit sahaja nasihat yang diterima.

Akan tetapi mereka telah memberi saya tip-tip praktikal untuk bertahan ketika latihan seperti membutangkan seragam saya terus sampai ke leher untuk menghalang serangga daripada menggigit leher saya.

Saya rapat dengan keluarga saya, jadi hidup terpisah daripada mereka selama dua minggu adalah susah. Akan tetapi, saya dengan cepat mendapat kawan dalam Tentera. Jadi ia tidaklah terlalu susah selepas itu.

Bagaimana rasanya mempunyai ayah dalam formasi yang sama?

R: (ketawa) Tidak seteruk seperti mempunyai seorang ayah dalam keluarga SCE! Pengalaman  anak lelaki saya lagi teruk kerana saya berada dalam SCE selama 25 tahun dan ramai orang di sana mengenali saya. Saya hanya menyertai keluarga Perisai pada tahun 2013.

L: Ia bukannya satu masalah besar meskipun semua orang tahu bahawa saya ialah anak perempuan beliau. Akan tetapi, pasti adanya tekanan untuk tidak melakukan kesilapan.

Jadi anda mempengaruhi anak lelaki anda untuk menyertai SCE?

R: Anak lelaki saya sangat praktikal dan sangat bijak dengan nombor… SCE ialah tempat di mana anda membuat banyak pengiraan matematik dan saya yakin yang ini merupakan pasukan pakar untuknya.

Jadi apakah anggapan antara satu sama lain?

L: Tabah dan sentiasa berada di sisi. Beliau bukanlah seperti ayah yang menjengkelkan tetapi saya tahu yang ayah sentiasa berada di sisi saya apabila saya memerlukan beliau.

R: Dia seperti satu tenaga yang perlu disalurkan ke arah yang betul supaya dia boleh menjadi produktif dan cekap... Dia mudah terganggu.

Lynette, adakah anda berkongsi pengalaman tentera dengan bapa dan adik lelaki anda?

L: Ianya bagus kerana mereka boleh berkongsi kegembiraan saya apabila saya menceritakan cerita tentang kerja saya kepada mereka. Saya rasa ia cukup istimewa kerana tidak ramai anak perempuan yang boleh berkongsi perkara ini dengan bapa mereka.

R: (ketawa) Reaksi saya biasanya "Ayah dah bagitahu, tiada apa yang perlu dibimbangkan, kan…" Kemudian adik lelakinya akan berkata, "Aiyah, kerja awak tak teruk mana pun, saya lagi teruk."

Ia adalah dua reaksi berbeza — saya lebih mengiakan manakala adik lelakinya lebih bersifat membandingkan. 

Bagaimanakah anda membantu Lynette sepanjang proses itu?

R: (ketawa) Pernah sekali semasa kursus kadet pegawai, dia pulang dengan kerja rumah untuk ujian perancangan petanya. Saya terpaksa mengajarnya bagaimana menggunakan warna dan anak panah untuk memplotkan halangan dan menghitung penentuan masa. Ia adalah tusyen di rumah dengan cara tentera.

Ronnie, saya mendengar bahawa anda akan bersara.

R: Tujuh bulan lagi!

Saya telah melakukan kerja saya dan ia bergantung kepadanya untuk meneruskan (warisan keluarga). Saya mempunyai perkara lain untuk dilakukan dengan hidup saya — saya mahu meneruskan kerjaya berbasikal profesional saya sendiri. Saya bergurau sahaja… Saya akan membantu Persatuan Berbasikal Singapura.

L: Tiba masanya untuk saya mewujudkan kerjaya saya sendiri dan saya berharap ia akan berlaku. Bagaimanapun, saya tahu bahawa ayah akan selalu berada di sisi saya walau apa pun yang terjadi.

(Dari kiri) LTA Reynold, LTA Lynette, ibu mereka dan MAJ Yap di perarakan pentauliahan LTA Lynette pada bulan Jun yang lepas.
Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?