MENGIKTIRAF KOMITMEN PARAKAUNSELOR DALAM MEMBANTU ORANG LAIN

10mar22_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/10mar22_news1_photo1.jpg?sfvrsn=1ecb3f7c_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENGIKTIRAF-KOMITMEN-PARAKAUNSELOR-DALAM-MEMBANTU-ORANG-LAIN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENGIKTIRAF-KOMITMEN-PARAKAUNSELOR-DALAM-MEMBANTU-ORANG-LAIN
MENGIKTIRAF KOMITMEN PARAKAUNSELOR DALAM MEMBANTU ORANG LAIN
10 Mar 2022 | PEOPLE

MENGIKTIRAF KOMITMEN PARAKAUNSELOR DALAM MEMBANTU ORANG LAIN

KISAH THRINA THAM / FOTO KENNETH LIN

Cik Kaur (kiri) dan 1WO Wang meraih Anugerah Kecemerlangan Parakaunseling SAF – Anugerah Perkhidmatan Terbilang pagi ini atas dedikasi mereka untuk memberi kaunseling kepada orang lain.

Apabila Cik Jasbir Kaur menawarkan diri untuk menjadi parakaunselor hampir 15 tahun lalu, antara kes pertamanya ialah Anggota Perkhidmatan Negara (NSF) Sepenuh Masa yang menghadapi bantahan keluarga terhadap hubungannya dengan teman wanitanya.

Memandangkan isu itu memberi kesan mendalam kepadanya, dia sering muram dan tidak berfokus dalam menjalankan perkhidmatan negara (NS). Dia tidak ditempatkan dalam unit Cik Kaur, dan sering dibawa berbual berjam-jam di telefon dengannya.

Kes ini berlangsung selama empat tahun. "Walaupun sesudah meninggalkan NS, isunya masih belum selesai sepenuhnya. Saya tidak sampai hati untuk membiarkannya begitu sahaja," kata Pegawai Eksekutif Pertahanan, yang merupakan Eksekutif Meja Hadapan di Hab Kakitangan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) (Barat).

Cik Kaur (tengah) menerima Anugerah Kecemerlangan Parakaunseling SAF – Anugerah Perkhidmatan Terbilang daripada LG Ong (kiri), yang diiringi Sarjan Mejar SAF, CWO Teo See Keong.

Melalui kaunseling yang sabar, Cik Kaur menggalakkan NSF untuk membayangkan dirinya dalam kedudukan ibunya dan memujuknya. Cik Kaur juga menjadi perantara ibunya dan bercakap dengannya untuk memahami perspektif anaknya.

Keadaan bertambah baik: Beberapa tahun kemudian, dia mengahwini teman wanitanya dan menjemput Cik Kaur ke majlis perkahwinannya. Cik Kaur, yang juga ibu kepada dua orang anak, masih berhubung rapat dengan ibu NSF sehingga hari ini.

Demi menghargai sumbangannya yang tidak berbelah bahagi kepada masyarakat selama ini, Cik Kaur adalah di antara tiga warga kerja yang menerima Anugerah Kecemerlangan Parakaunseling SAF – Perkhidmatan Terbilang di Seminar dan Penghargaan Para Kaunselor SAF (PSAD), yang diadakan di Kelab Temasek pada 10 Mac. Program PSAD tahun ini merangkumi Majlis Anugerah Kecemerlangan Parakaunseling, serta ucaptama yang menyentuh tentang membina daya tahan.

Lebih kurang 80 parakaunselor menerima anugerah dan sijil penghargaan semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Parakaunseling SAF, manakala dua unit menerima Anugerah Kecemerlangan Unit Parakaunseling SAF.

LG Ong menekankan kepentingan kesejahteraan mental dalam membina daya tahan SAF.

Dalam ucapannya di majlis penghargaan itu, Panglima Angkatan Pertahanan Leftenan Jeneral (LG) Melvyn Ong menekankan peranan para kaunselor dalam mengukuhkan daya tahan insan SAF.

"Prestasi askar kami bukan sahaja bergantung kepada (keupayaan) fizikal mereka…tetapi juga pada kesihatan mental dan kesejahteraan yang baik. Anda menyediakan sokongan terakhir kepada mereka. Anda meluangkan masa untuk melayan askar yang tidak bahagia. Anda meneliti tanda-tanda amaran dalam askar kami dan mendekati mereka yang mungkin tidak akan tampil ke hadapan."

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para kaunselor, sambil mengatakan: "Ia memerlukan semangat, dedikasi, dan sikap tidak mementingkan diri untuk memainkan peranan sedemikian."

Menurut LG Ong lagi SAF telah memulakan Kempen Kesejahteraan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk membina daya tahan dalam anggotanya.

Kempen bertajuk "Better Me, Better We", yang bermula Jun lalu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan mental di tempat kerja di samping menyediakan lebih banyak saluran sokongan.

LG Ong (tengah) bersama tiga penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, diiringi CWO Teo (kiri sekali) dan Ketua SCC, Puan Marlene Koh (kanan sekali).

Menurut rakan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pegawai Waran Pertama (1WO) Jason Wang, pendekatan yang lembut membantunya mengatasi NSF yang menghadapi masalah perhubungan dan hampir cuba membunuh diri.

"(Pada mulanya) apabila melihat pangkat saya yang lebih tinggi, dia mendiamkan diri dan enggan bercakap dengan saya," kata Sarjan Mejar Bateri Alpha di Batalion Artileri Pertahanan Udara Divisyen 3 (3 DA Bn).

1WO Wang mengguna kemahiran yang diperoleh dari Pusat Kaunseling SAF (SCC), untuk menghantar mesej kepada NSF untuk mengawasinya, dan bersua muka untuk membincangkan isunya.

"Saya pastikan ia tidak terlalu formal. Ia mengambil masa beberapa sesi untuk membina hubungan… (tetapi) lama-kelamaan dia berasa selesa untuk bercakap secara terbuka dan melapangkan isi hatinya," katanya.

Pegawai berusia 45 tahun itu akhirnya membantu NSF mengatasi isu-isu dengan teman wanitanya dan menambahbaik hubungan mereka. "Akhirnya, dia berjaya membentuk pandangan yang cerah dalam kehidupan, dan maju ke hadapan untuk menangani masalahnya," kata 1WO Wang.

1WO Wang (tengah) menerima SAF Paracounselling Excellence – Anugerah Perkhidmatan Terbilang daripada LG Ong (kiri), diiringi oleh CWO Teo.

1WO Wang, yang telah menjadi parakaunselor sejak 2019, juga mengetuai sepasukan kecil para kaunselor untuk memberi ceramah kesihatan mental setiap bukan kepada anggota batalion mereka. Inisiatif ini yang dimulakan tahun lepas oleh Leftenan Kolonel Paul Cheng, Pegawai Memerintah 3 DA Bn – yang juga seorang parakaunselor.

Kata 1WO Wang: "Ia bukanlah satu tugasan yang mudah, tetapi sesuatu yang wajib. Saya ingin menggalakkan lebih ramai anggota perkhidmatan tetap untuk menganggotai pasukan kami untuk mengambil berat dan memberi sokongan kepada warga kerja SAF kami pada masa yang diperlukan."

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!