MENGESAHKAN KOMITMEN ASKAR DALAM MEMPERTAHANKAN SINGAPURA

1DES_6394 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/1des_6394.jpg?sfvrsn=ab627b9f_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENGESAHKAN-KOMITMEN-ASKAR-DALAM-MEMPERTAHANKAN-SINGAPURA
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENGESAHKAN-KOMITMEN-ASKAR-DALAM-MEMPERTAHANKAN-SINGAPURA
MENGESAHKAN KOMITMEN ASKAR DALAM MEMPERTAHANKAN SINGAPURA
02 Jul 2018 | COMMUNITY

MENGESAHKAN KOMITMEN ASKAR DALAM MEMPERTAHANKAN SINGAPURA

// LAPORAN OLEH CHIA CHONG JIN

// GAMBAR OLEH CHUA SOON LYE, CHAI SIAN LIANG & TAN YONG QUAN

Pada 2 Julai, 430 Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi (NSmen) dan para majikan dari 133 buah syarikat mengesahkan komitmen mereka untuk mempertahankan Singapura di Hab Persatuan Dagangan yang merupakan sebahagian daripada Upacara Penghargaan Gabungan Hari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). Ia diadakan di empat lokasi berbeza di Singapura.

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen merasmikan upacara penghargaan Zon Barat yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan dan Industri Cina Singapura di mana beliau menyampaikan mesej untuk Hari SAF.

"Pada Hari SAF ini, saya inginkan semua rakyat Singapura untuk terus teguh dalam menyokong dan membina sebuah pertahanan yang kuat demi Singapura," kata Dr Ng. "Kita di sini pada hari ini adalah kerana generasi dahulu yang telah membina SAF…Tugas kita sebagai pemimpin generasi adalah memastikan bahawa kita membina SAF yang boleh melindungi generasi berikutnya.

"Saya juga hendak mengingatkan semua komander SAF yang menjaga kesejahteraan askar mereka supaya menjadikan kesejahteraan itu sebagai keutamaan mereka ketika tidak berperang. Latihlah askar anda dengan baik tetapi lakukannya dengan elok-elok. Jangan menyalahgunakan kuasa anda dan dapatkan rasa hormat mereka dengan integriti dan profesionalisme."

Antara Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) yang menghadiri upacara itu ialah Leftenan (LTA) (NS) Daryl Pek Cherng Zheng iaitu Peninjau Hadapan dari Batalion ke 769, Regimen Infantri Singapura (769 SIR). Rakan Pembangunan Perniagaan dari Tai Hua Food Industries yang berumur 28 tahun itu berkata: "Selaras dengan apa yang Dr Ng telah sebutkan, kita tidak boleh mengambil mudah akan kestabilan negara kita kerana kita telah mengambil masa yang lama untuk membina SAF sehingga berada di tahap ini sekarang dan ia amat penting bagi kita untuk terus berbuat demikian.

"Upacara penghargaan ialah satu pengalaman yang benar-benar baik kerana ia membolehkan kita supaya ingat yang SAF sentiasa bersama kita dalam apa jua keadaan pun."

Sebagai askar infantri, LTA (NS) Pek perlu melalui penilaian Pusat Penilaian Latihan Tentera (ATEC) semasa tahun kelapan dan kesepuluh dalam Latihan Dalam Markas (ICT) beliau. LTA (NS) Pek mampu melalui penilaian ATEC beliau disebabkan sokongan daripada pekerja-pekerja dan syarikat beliau.

"Majikan-majikan saya sentiasa sangat memahami dan mereka memastikan bahawa kami mampu menghadiri ICT tanpa perlu berasa bimbang dengan perkara berkaitan kerja."

Seorang lagi Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (NSman) yang menghadiri upacara itu ialah Staf Sarjan (SSG) (NS) Amali Afiq Bin Nor Anuar dari 799 SIR. Mejar Sarjan Syarikat yang berumur 28 tahun itu berkata: "NS membentuk kami untuk menjadi askar dan bersedia dalam masa kecemasan. Ia juga membolehkan kami membiasakan diri dengan senjata dan rupa muka bumi dan ini memastikan bahawa kami bersedia dalam apa jua waktu.

"Ia menyentuh perasaan sekali apabila kelihatan begitu banyak syarikat yang berbeza menghadiri upacara penghargaan ini sebagai sokongan terhadap SAF."

SSG (NS) Amali bekerja di Bok Seng Logistics sebagai Koordinator Keselamatan dan sebagai seorang komander dalam SAF,beliau dikehendaki sihat fizikal. "Syarikat menggalakkan kami untuk kekal sihat dan bersedia untuk Ujian Kecekapan Jasmani Perseorangan (IPPT) dan ICT kami. Selain latihan kami sendiri, syarikat kami menganjurkan aktiviti-aktiviti kesihatan seperti mengambil bahagian dalam Cabaran Langkah Nasional (Korporat) baru-baru ini."

Kapten (CPT) (NS) Benjamin Ow iaitu Pegawai Logistik dari Skuadron 706 Angkatan Udara Republik Singapura turut menghadiri upacara itu. "(NS) mengumpulkan kita atas tujuan sama untuk berkhidmat demi negara dan dengan itu, kami mampu menempa satu unit bersepadu apabila diperlukan."

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif pengedar keluli AnnAik juga menyatakan bahawa apabila Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) dari syarikat beliau perlu meninggalkan kerja untuk ICT, mereka tidak perlu bimbang. "Kami mempunyai satu sistem rakan baik apabila salah seorang daripada kami tidak berada di tempat kerja, rakan sekerja yang lain akan menggantikan tempat orang itu," kata lelaki yang berumur 39 tahun itu.

"Kami juga mempunyai gimnasium untuk membolehkan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) seperti diri saya menjaga kecergasan fizikal…semasa masa lapang kami."

Tiga jenis upacara lain telah diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura, Institut  Teknologi  Singapura (SIT) @Dover dan Politeknik Temasek.

Di Institut Tentera SAFTI petang semalam (1 Jul), Presiden Halimah Yacob merasmikan Perarakan Hari SAF yang dihadiri oleh lebih daripada 3,000 orang Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen), Anggota-Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa dan Regulars.

Puan Halimah menyampaikan Bendera Negara kepada Unit Penggempur Terbaik pada tahun ini iaitu Batalion Komando pertama (1 Cdo Bn) dan Bendera Regimen baru kepada Ibu Pejabat Perisikan Tentera iaitu 8 SIR dan 9 SIR.

Dr Ng menyampaikan Anugerah Unit Terbaik dan Anugerah Khidmat Negara Terbaik kepada 29 unit SAF. Turut hadir di perarakan itu ialah dua orang Menteri Negara Kanan bagi Pertahanan iaitu Dr Mohamad Maliki Bin Osman dan Heng Chee How. 

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!