MENGATASI RINTANGAN BAHASA

03feb23_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/03feb23_news1_photo1.jpg?sfvrsn=77fae634_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENGATASI-RINTANGAN-BAHASA
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENGATASI-RINTANGAN-BAHASA
MENGATASI RINTANGAN BAHASA
03 Feb 2023 | PEOPLE

MENGATASI RINTANGAN BAHASA

// KISAH BENITA TEO

// FOTO LCP LIONEL LEE & IHSAN LCP YONG

Dalam dunia yang tercipta untuk golongan yang jelas pendengaran, LCP Daniel Yong –jurubahasa Bahasa Isyarat Singapura – berharap lebih ramai orang akan belajar bahasa isyarat untuk mengatasi rintangan bahasa.

1-UP-B-caption

Secara kebetulannya, Lans Koperal (LCP) Yong, 23, belajar bahasa isyarat sebagai pelajar di Politeknik Singapura, apabila rakannya mengajaknya menyertai Kelab Bahasa Isyarat sekolah sebagai aktiviti kokurikulum.

Sesuatu yang bermula sebagai aktiviti sekolah, lama-kelamaan dia mencintai bahasa itu. Ingin menguasainya dengan lebih mendalam, LCP Yong mula mencari rakan-rakan pekak untuk membantunya mengamalkan kemahiran bahasa baharunya.

"Jika anda belajar bahasa Sepanyol, cara terbaik ialah belajar daripada penutur asli, bukan? Sama juga dengan bahasa isyarat," jelasnya.

"Jadi, saya mula menyertai acara sosial untuk golongan orang pekak, yang bergelar Deaf Hangouts. Setiap hujung minggu, kami akan bertemu untuk berlatih, dengan empat hingga enam orang pekak dan hampir 20 pelajar daripada politeknik dan universiti dari seluruh Singapura. Saya melakukannya secara tetap pada setiap minggu kerana ia memang menarik dan mengujakan untuk belajar bahasa baharu!"

 

Dia dan rakan-rakannya juga mendapati beberapa kegunaan yang menarik untuk kemahiran bahasa barunya: "Kami akan menggunanya untuk berkomunikasi dalam kelas dan berbincang tentang pelbagai perkara seperti medan selera yang mana untuk makan tengah hari – dan adakalanya guru akan menangkap kami!

"Atau jika rakan-rakan kami sedang beratur untuk membeli minuman, kami boleh memberi isyarat untuk pesanan kami dari jauh. Kami juga boleh 'bercakap' melalui pintu kaca atau merentasi tingkat-tingkat yang berbeza dalam bangunan."

LCP Yong (latar depan, paling kiri), di set rakaman video Koir Maya NDP 2022. Dia membantu memberi isyarat kepada penghibur pekak (latar belakang) dengan mengira dan memberi isyarat rentak muzik.
LCP Yong (latar depan, kanan) memainkan peranan penting di NDP 2022, mengalih bahasa untuk peserta pekak dalam mesyuarat dan semasa penggambaran video.

Mengalih bahasa untuk penghibur NDP

Selepas tiga tahun, Persatuan Orang Pekak Singapura (SADeaf) mendekati LCP Yong untuk menjadi jurubahasa, dan dia mula meluangkan masa sebagai pekerja bebas.

Apabila COVID-19 menular dan kebanyakan aktiviti bersemuka bertukar kepada alam digital banyak lagi peluang interpretasi diterimanya. Ini termasuk menghabiskan satu semester untuk mengalih bahasa bagi seorang mahasiswa yang menghadiri kelas dalam talian.

Pada Januari 2022, LCP Yong berdaftar dalam Angkatan Bersenjata Singapura. Semasa Latihan Asas Tenteranya, dia dilantik sebagai jurubahasa komuniti untuk Perarakan Hari Kebangsaan (NDP), memainkan peranan penting mengalih bahasa untuk penghibur pekak semasa mesyuarat, wawancara media atau penggambaran.

Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) ini kini bertugas sebagai kerani dokumentasi di Institut Latihan Infantri Ibu Pejabat, menguruskan hal-ehwal pentadbiran seperti kenaikan pangkat dan Tarikh Sedia Beroperasi bagi NSF.

"Semasa di set di NDP, saya membantu memberi isyarat kepada para penghibur –contohnya, dalam penggambaran Filem Rancangan, setiap kali pengarah menjerit 'aksi' atau 'potong', Ammar (seorang pelakon pekak) tidak boleh mendengar. Saya akan berlari di hadapannya di belakang kamera (untuk memberi isyarat kepadanya), atau kami akan mengguna penunjuk laser untuk memberi isyarat kepadanya. Ia merupakan suatu pengalaman yang begitu menyeronokkan."

Dia juga terkenang bekerja dengan penerbit media pekak Lily Goh di set penggambaran Koir Maya NDP 2022, mengira rentak muzik dan memintanya memberi isyarat untuk lirik pada masa yang tepat.

Menjadi sebahagian daripada komuniti orang Pekak

Anggota NSF ini ada bakat dalam bahasa – dia boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, Mandarin, dialek Hakka dan bahasa Melayu, di samping kedua-dua Bahasa Isyarat Singapura dan Amerika.

Baginya, bahasa isyarat adalah lebih daripada alat komunikasi. "Ia bukan setakat memahami bahasanya malahan mengamalkan gaya hidup yang menyeluruh. Anda perlu belajar tentang budaya golongan orang Pekak, menyertai komuniti orang Pekak, dan berkawan dengan teman-teman yang pekak."

"Golongan orang pekak melihat diri mereka sebagai suatu identiti budaya atau linguistik dengan cara hidup, norma dan nilai yang tersendiri. Mereka bangga dengan siapa diri mereka sama seperti kita berbangga dengan identiti budaya atau kaum kita," tambahnya.

LCP Yong (dua dari kanan, hitam) mengalih bahasa untuk Encik Ammar (kiri) dan Cik Goh (dua dari kiri) semasa wawancara media NDP 2022. Baginya, belajar bahasa isyarat bermakna memahami budaya orang Pekak secara menyeluruh dan menjadi sebahagian daripada komunitinya.

Dia terkenang satu kejadian pada awalnya apabila dia melangkah ke hadapan rakan-rakan pekaknya untuk membuat pesanan makanan untuk mereka tanpa bertanya. "Kelakuan itu dianggap tidak sesuai dan agak biadap, seolah-olah saya tidak yakin mereka mampu menjalani kehidupan mereka sendiri dan hidup berdikari."

Menyedari bahawa ada orang belajar bahasa isyarat kerana kasihan pada komuniti orang Pekak, LCP Yong berharap mereka melihat diri mereka sebagai sekutu, yang bertindak sebagai jambatan bagi mereka memahami bahasa yang berbeza.

Bertugas di NS sebagai kerani dokumentasi, LCP Yong berharap untuk meneruskan kerjanya menjadikan Singapura lebih inklusif dan mudah didatangi golongan orang pekak dan kurang upaya.

Bersekutu dengan orang kurang upaya

LCP Yong begitu ghairah berusaha untuk memperkasakan golongan orang pekak dan kurang upaya – sebelum menjalani Perkhidmatan Negara (NS), dia telah berkhidmat dengan Kementerian Perhubungan dan Penerangan dan menulis kertas penyelidikan tentang komuniti orang Pekak dan perkhidmatan akses.

"Pembelajaran bahasa isyarat telah membuka pintu dunia saya kepada komuniti yang masih tidak diketahui khalayak ramai, dan membolehkan saya berkawan dengan ramai orang baharu di Singapura dan negara lain."

"Saya mahu melakukan apa yang terdaya untuk memacu perubahan dalam masyarakat, dan ingin membangunkan diri saya secara profesional sebagai jurubahasa dan terus bertugas dalam bidang akses dan ketersampaian selepas tamat Perkhidmatan Negara."

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!