MENGARANG KISAH NS SENDIRI

22jan20-photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/22jan20-photo1.jpg?sfvrsn=445153a8_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENGARANG-KISAH-NS-SENDIRI
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENGARANG-KISAH-NS-SENDIRI
MENGARANG KISAH NS SENDIRI
22 Jan 2021 | PEOPLE

MENGARANG KISAH NS SENDIRI

// KISAH BENITA TEO

// FOTO IHSAN RSN & 3SG KARTHIK

Dalam siri pertama "Kembali untuk Berkhidmat" PIONEER, diperkenalkan 3SG Thirunavukkarasu Karthikeyan anak kelahiran India yang sering mendengar kisah ayahnya tentang Perkhidmatan Negara (NS). Kini, dia sedang menjalani kisah NSnya yang unik.

1-UP-B-caption

Sarjan ke-3 (3SG) Karthik menetap di India sehingga usia 13 tahun dan tidak pernah tahu tentang NS selain kisah-kisah yang sering diceritakan oleh ayahnya, seorang warga Singapura.

Encik Thirunavukkarasu, yang telah berkhidmat di NS sebagai askar infantri, akan menceritakan kisah-kisah tentera, yang telah menarik minat Karthik 3SG.

"Kata ayah saya salah satu perkara yang mungkin dilalui oleh askar-askar di NS adalah kursus keyakinan hutan, di mana anda akan belajar untuk menggunakan apa saja yang ada pada diri anda untuk bertahan. Setelah mendengarnya, saya mula menantikan masanya bagi saya untuk mengalaminya.”

3SG Karthik bersama-sama keluarganya di Perbarisan Tamat Pengajian Spesialis Kadet pada April 2020. Ayahnya, Encik Thirunavukkarasu (kanan), biasa berkongsi cerita dengannya tentang zaman NSnya sendiri.

Sepuluh tahun yang lalu, 3SG Karthik berpindah ke Singapura untuk menetap bersama keluarganya di sini dan mula bersekolah di Sekolah Menengah Outram.

"Pada mulanya, memang agak sukar untuk menyesuaikan diri kerana rintangan bahasa. Saya tidak fasih berbahasa Inggeris, dan saya juga tidak faham banyak perkataan Singlish yang digunakan," jelasnya. Mujurlah, dia bertemu beberapa kawan rapat daripada kumpulan drama Tamil sekolahnya yang membantunya menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini.

Kini berusia 23, 3SG Karthik tahu inilah tempat tinggalnya. "Saya telah menghabiskan sebahagian besar daripada waktu remaja dan dewasa muda saya di sini. Di samping itu, saya benar-benar berasa seperti seorang warga Singapura. Apabila saya berbual dengan orang lain, mereka tidak sedar bahawa saya tidak dilahirkan di sini. "

3SG Karthik sedang memeriksa generator di ruang enjin RSS Endeavour. Dengan latar belakangnya dalam bidang teknologi marin dan lepas pantai, tugasannya sebagai Operator Sistem Marin adalah amat sebati dengan dirinya.

Dibawa ombak Tentera Laut

Sesudah mendaftar pada Julai 2019, 3SG Karthik kini berkhidmat sebagai Operator Sistem Marin dengan Angkatan Laut Republik Singapura (RSN). Perkhidmatan NSnya tidak melibatkan hutan dan masakan luar. Sebaliknya, dia dibawa ombak di Kereta Kebal Kapal Pendarat (LST) – secara bulat-bulat.

"Salah satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ialah Latihan Pengerahan Midshipman (MSTD) selama sebulan di kapal RSS Endeavour November lalu (ketika kapal saya membantu latihan yang dijalankan). Laut bergelora dan amat teruk bagi saya, seorang pelaut junior!”

"Pelayaran tersebut merupakan sebahagian daripada Latihan Maritim Singapura-India-Thailand (SITMEX). Sebagai anggota jabatan kejuruteraan yang paling muda, saya dipilih untuk menyertai pelayaran dengan tentera-tentera laut yang lain untuk menandakan tamatnya latihan," tambahnya.

"Walaupun kami menghadapi banyak rintangan sepanjang pengerahan, menamatkan latihan dengan berjaya merupakan salah satu pengalaman terbaik dalam tugasan saya di Angkatan Laut."

Para kelasi di geladak RSS Endeavour melambai kepada rakan sejawat mereka dari tentera laut asing semasa pelayaran SITMEX.

Menimba pengalaman

Bagi graduan Teknologi Marin dan Lepas Pantai dari Politeknik Ngee Ann, bekerja di ruang enjin kapal adalah amat sebati dengan dirinya.

Tugas hariannya melibatkan penyenggaraan sistem kejuruteraan di RSS Endeavour, seperti enjin utama untuk pendorongan dan penjana tenaga.

"Saya menimba banyak pengalaman langsung, terutamanya semasa MSTD dan banyak saya belajar segi pengetahuan teknikal dan sistem kejuruteraan LST.”

Dia yakin kesemua ini pasti akan memanfaatkan dirinya apabila dia melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Nasional Singapura pada akhir tahun ini.

"Saya ingin mendalami industri marin dan lepas pantai (selepas tamat pengajian). Justeru, apa jua cabaran kejuruteraan yang saya hadapi dalam tugasan sekarang, saya akan mengambilnya sebagai batu loncatan untuk memajukan diri saya dalam karier masa depan saya."

3SG Karthik (berdiri, keempat dari kanan) bersama rakan seksyennya di perbarisan tamat pengajian BMT pada Disember 2019. Dia memberi penghargaan kepada BMT kerana membantunya menjadi seorang yang lebih cergas dan lebih berdisiplin.

Pelajaran dalam disiplin diri

Perjalanan NS 3SG Karthik mungkin kini kelihatan sebagai suatu mimpi, tetapi permulaan perjalanannya agak sukar. Semasa pendaftaran, dia “sangat obes" dan digolongkan ke dalam kumpulan BP PES (Standard Pekerjaan Fizikal) untuk rekrut obes.

"Sebelum menyertai NS, saya kurang aktif, dan tidak begitu berdisiplin. Ia merupakan suatu perjalanan yang sungguh mencabar semasa BMT (Latihan Asas Tentera), tetapi lama-kelamaan saya berjaya menurunkan berat badan saya sebanyak 18kg.

"Ia juga telah membantu saya menambahbaik disiplin diri dan keyakinan saya."

Kini, dia bersenam hampir setiap hari untuk mengekalkan kecergasannya.

"Salah satu kejayaan terbesar yang saya peroleh semasa di golongan obes adalah semangat berjuang. Ia bukan setakat memberi usaha yang terbaik; malahan ia adalah tentang meneruskan usaha anda agar usaha terakhir anda adalah yang cemerlang. Anda berikhtiar untuk meningkatkan diri anda setiap kali.”

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!