Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/12aug22_news1_thumbnail8213926c-5e03-4ce3-8077-615aa0a891d3.jpg?sfvrsn=fa87e449_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENERAJUI-KEPIMPINAN-DI-RIMPAC-2022
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENERAJUI-KEPIMPINAN-DI-RIMPAC-2022
MENERAJUI KEPIMPINAN DI RIMPAC 2022
12 Aug 2022 | OPS & TRAINING

MENERAJUI KEPIMPINAN DI RIMPAC 2022

TENTERA LAUT REPUBLIK SINGAPURA (RSN) MENGETUAI LAPAN BUAH KAPAL DARI TUJUH NEGARA DALAM SALAH SATU LATIHAN MARITIM TERBESAR DI DUNIA.

Ex RIMPAC 2022 melibatkan 38 kapal, empat kapal selam, pelbagai pesawat dan hampir 25,000 warga kerja dari 26 negara. [Foto: DoD AS]

Kapal tentera laut yang membawa tentera, peralatan dan pesawat sedang belayar menuju ke lokasi di luar pesisiran pantai Hawaii. Mengiringi mereka ialah pasukan petugas multinasional frigat dan pemusnah yang diketuai oleh Kolonel (COL) Panglima Tempur Laut (SCC) Kwan Hon Chuong dari Tentera Laut Republik Singapura.

Kumpulan petugas mengesan pesawat musuh, kapal dan kapal selam di sepanjang perjalanan. Hampir secara intuitif, frigat dan pemusnah melepaskan tembakan, peluru berpandu dan torpedo mereka untuk meneutralkan mereka.

Pasukan petugas melindungi kapal tentera laut secara berterusan sehingga mereka mencapai objektif serangan mereka.

Inilah senario yang dimainkan di Latihan Lingkaran Api Pasifik (RIMPAC) pada tahun ini.

 

Berlangsung dari 29 Jun sehingga 4 Ogos, latihan tentera laut besar-besaran itu melibatkan 38 kapal, empat kapal selam, pelbagai pesawat dan hampir 25,000 wartga kerja dari 26 negara – termasuk tuan rumah Amerika Syarikat (AS), serta negara lain seperti Australia, Jerman, Jepun, Malaysia, Republik Korea dan Filipina.

Singapura diwakili oleh kapal frigat kelas Formidable RSN RSS Intrepid. Personel RSN juga merupakan sebahagian daripada Pasukan Komando Tempur Laut.

Crew of RSS Intrepid conducting an Air Defence Exercise in the frigate's Combat Information Centre.

Mengetuai pasukan multinasional

Inilah kali pertama RSN mengambil peranan SCC dalam RIMPAC berskala penuh – ia telah mengambil peranan yang sama dalam RIMPAC 2020 tetapi latihan itu kemudiannya dikurangkan kerana pandemik COVID-19.

"RIMPAC merupakan salah satu latihan maritim terbesar di dunia dan dengan memainkan peranan SCC dengan jayanya, ia telah menanda araskan kedudukan Angkatan Tentera Laut kita di peringkat antarabangsa," kata KOL Kwan, 43, yang merupakan Panglima Flotilla Pertama di RSN.

KOL Kwan (dua dari kiri) ialah Panglima Tempur Laut, juga dikenali sebagai Panglima Kumpulan Petugas 176.3, di RIMPAC 2022.
Pasukan SCC ditempatkan di kapal USS ESSEX (latar depan), sebuah kapal serangan amfibia Tentera Laut AS. [Foto: DoD AS]

Menjalankan operasi dari USS ESSEX, sebuah kapal serangan amfibia Tentera Laut AS, pasukan SCC mengarahkan pengendalian lapan kapal dari tujuh negara. Turut disediakan untuk kegunaan mereka adalah helikopter dari kapal Chile, Korea, Mexico dan AS, dan kapal permukaan tanpa pemandu dari Tentera Laut AS.

"Mengendalikan latihan sebagai SCC telah memanfaatkan pembelajaran kami dalam mengendalikan operasi gabungan di peringkat kepimpinan," kata KOL Kwan.

"Dari segi taktikal, kami juga memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang operasi amfibia dan peperangan anti-kapal selam teater."

Peperangan anti-kapal selam teater merujuk kepada pelaksanaan peperangan anti-kapal selam merentasi sebuah kawasan yang luas, dan bukannya disetempatkan ke sebuah kawasan terkepung.

Pengalaman pembelajaran yang berharga

Mereka yang menimba pengalaman yang amat berharga ini adalah termasuk Kapten (KPT) Chua Wei Lin, Timbalan Ketua Sel Perancang Masa Depan pasukan SCC. Pasukan ini biasanya akan merancang operasi dalam kitaran 24 jam, dan peranannya adalah untuk membangunkan pelan operasi untuk 24 hingga 96 jam seterusnya.

KPT Chua (kiri sekali) mengadakan perbincangan dengan anggota Tentera Laut AS di atas kapal USS Essex.

Menurutnya, cabaran yang utama adalah membina pelan operasi yang mengambil kira kedua-dua objektif pasukan petugas dan juga setiap kapal. Dia juga perlu mempertimbangkan keupayaan setiap kapal.

"Ini adalah amat penting dalam latihan pelbagai hala di mana negara-negara lain mempunyai objektif latihan yang berbeza," kata pegawai berusia 27 tahun itu.

Penyelarasan yang ketat adalah kunci untuk menangani cabaran itu, tambahnya.

Pasukan SCC menjalankan taklimat fasa pra-laut kepada anak-anak kapal dari Pasukan Petugas 176.

Apakah pembelajaran daripada latihan itu? Menyaksikan RSN menerajui latihan pelbagai hala peringkat tinggi dengan cekap, dan membina kerjasama rapat dengan tentera laut yang mantap di seluruh dunia.

"Daripada penyelarasan melalui pelbagai persidangan (di pantai) sehingga pelaksanaan (misi) di laut, pasukan SCC telah menerajui perbualan untuk memastikan semua objektif misi telah dipenuhi," kata KPT Chua, pegawai navigasi di RSN.

Latih tubi di lautan

Di RIMPAC, RSS Intrepid mengetuai unit petugas dalam menjalankan gabungan misi anti-kapal selam dan anti-udara. Ia juga mengambil bahagian dalam latih tubi manuver, serta pengisian semula (memindahkan bekalan dari satu kapal ke kapal yang lain di laut).

Di samping itu, kapal frigat itu berjaya melancarkan peluru berpandu darat ke udara Aster secara langsung terhadap sasaran berkelajuan tinggi.

RSS Intrepid (latar depan) menerima bahan api daripada USNS Henry J. Kaiser, anggota peminyak pengisian semula, sebagai sebahagian daripada pengisian semula yang dirancang.
Anak kapal sedang memuatkan 76mm OTO Melara Gun, A-Gun frigat, atas kapal RSS Intrepid.
Sebuah helikopter yang membawa bekalan menghampiri dek penerbangan kapal RSS Intrepid semasa operasi pengisian semula menegak (memindahkan kargo ke atau dari kapal dengan helikopter).

Pembuka mata

Bagi Sarjan Ketiga (3SG) Madhav Mallam, dapat mengambil bahagian dalam RIMPAC – salah satu latihan maritim terbesar di dunia - merupakan pengalaman sekali dalam seumur hidup.

Inilah sebabnya Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF), seorang anak kapal frigat RSS Tenacious, menawarkan diri untuk belayar Bersama-sama RSS Intrepid.

Pada awal tahun ini, pakar sistem komunikasi itu telah belayar merentasi Lautan Hindi dengan kapal RSS Tenacious untuk menyertai Latihan MILAN, suatu latihan yang melibatkan lebih 40 negara.

Dia meminatinya dengan bersungguh-sungguh. "Saya sedar saya amat menikmati keseronokan dan prospek yang tidak diketahui dalam latihan multinasional, jadi saya mengambil peluang pertama untuk meneruskan pelayaran selama tiga bulan untuk RIMPAC."

Di RIMPAC, antara tugasan 3SG Mallam adalah untuk memudahkan komunikasi dengan kapal tentera laut asing.

Dengan berpindah ke kapal RSS Intrepid bererti dia perlu berkenalan dengan rakan sekapal yang baharu dan memahami budaya serta amalan kapal itu, kata 3SG Mallam sambil mengenang semula.

Tetapi semuanya amat berbaloi – dengan menyertai RIMPAC, dia dapat memahami dengan lebih mendalam tentang kepentingan latihan luar negara.

"Adalah penting untuk memupuk semangat persaudaraan di kalangan negara, dan ia membentuk platform yang penting bagi Singapura untuk melanjutkan dan mengesahkan semula hubungan diplomatik di seluruh dunia," kata anggota tentera laut berusia 20 tahun itu.

"Sebagai Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa, saya berasa bertuah diberi peluang memenuhi impian saya untuk mewakili Singapura di latihan tentera laut yang begitu besar," katanya lagi.

 

Kemunculan maklumat visual Jabatan Pertahanan (DoD) AS tidak mengesah atau menyokong pengendosan DoD.

Suggested Reading
BAKAT MUDA KOMITED UNTUK PERTAHANAN SINGAPURA
PEOPLE
13 Aug 2025

Sebanyak 82 Anugerah Biasiswa Pertahanan telah disampaikan kepada calon pelajar muda yang bercita-cita tinggi tahun ini.

SG60 Sambutan di Kawasan Perumahan Awam
COMMUNITY
10 Aug 2025

Sambutan Hari Kebangsaan mungkin sudah berakhir, namun kemeriahannya diteruskan hingga sepanjang hujung minggu dengan pelbagai acara di seluruh pulau!

Cover story
SELAMAT ULANG TAHUN KE-60, SINGAPURA!
COMMUNITY
09 Aug 2025

Feature
JUARA UNTUK INOVASI
TECHNOLOGY
30 Jul 2025

She used to serve on the Sebelas Anugerah Menteri Pertahanan (MDA) diberikan pada tahun ini, untuk inovasi oleh kakitangan MINDEF dan SAF yang membawa kepada kecekapan yang lebih baik dan keadaan kerja yang lebih selamat.

Feature
LOMPATAN GERGASI KE DALAM BUT BARU
PEOPLE
29 Jul 2025

She used to serve on the Perubahan kerjaya tidak pernah mudah, tetapi melompat keluar dari zon selesa mereka ke SAF adalah apa yang diinginkan oleh wanita-wanita pertengahan kerjaya ME4 Jessica Ho dan ME4 V. Yoginita.

Feature
DI BELAKANG PERBARISAN
COMMUNITY
28 Jul 2025

She used to serve on the Berbulan-bulan bekerja keras dan hujung minggu yang dihabiskan, semuanya untuk pesta ulang tahun terbesar Singapura. Inilah pas belakang pentas anda untuk Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini!

SUKARELAWAN MINDEF DIHORMATI ATAS SUMBANGAN KEPADA PERTAHANAN S'PURA
COMMUNITY
24 Jul 2025

Sukarelawan-sukarelawan ini memainkan peranan penting dalam mempromosi kesedaran tentang hal-hal pertahanan kepada orang ramai dan memberi inspirasi atas sokongan kepada Perkhidmatan Negara.

DARIPADA JURUAUDIT KEPADA PEGAWAI PERANG UDARA
PEOPLE
23 Jul 2025

LTA Liz Voon menukar audit kewangan untuk misi pertahanan udara. Temui wanita pertengahan kerjaya ini yang meninggalkan salah satu firma perakaunan "4 Besar" untuk meneruskan tujuannya dalam RSAF, dalam siri "Dari Meja ke Lapangan" PIONEER!

PAPARAN KAPAL HEBAT NDP 2025 DI TELUK MARINA
COMMUNITY
19 Jul 2025

Paparan maritim adalah sebahagian daripada kontinjen kenderaan NDP khas tahun ini, menyertai terbang lalu udara di atas Padang dan pandu lalu di sepanjang St Andrew’s Road.

APABILA INOVASI KEJURUTERAAN MENEMUI PERTAHANAN NEGARA
PEOPLE
16 Jul 2025

ME5 Joshua Tay membawa 18 tahun kepakaran dalam pelbagai bidang ke Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS). Temui ahli pertengahan kerjaya ini dalam siri terbaharu PIONEER "Dari Meja ke Lapangan"!