MENERAJUI DENGAN TEKNOLOGI PERTAHANAN

19oct23_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/19oct23_news1_photo1.jpg?sfvrsn=3154bb3b_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENERAJUI-DENGAN-TEKNOLOGI-PERTAHANAN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENERAJUI-DENGAN-TEKNOLOGI-PERTAHANAN
MENERAJUI DENGAN TEKNOLOGI PERTAHANAN
19 Oct 2023 | TECHNOLOGY

MENERAJUI DENGAN TEKNOLOGI PERTAHANAN

// KISAH BENITA TEO / FOTO KENNETH LIN, CHAI SIAN LIANG & IHSAN DSTA

Kapal selam pertama Singapura yang disuai guna sepenuhnya, keupayaan perang elektronik – usaha jurutera dan saintis pertahanan diberi penghormatan di majlis Hadiah Teknologi Pertahanan tahun ini.

Cik Foo berpeluang belayar dalam kapal selam, sebagai sebahagian daripada kajian untuk membina platform dalam air yang asli dan disuai bina khususnya untuk Singapura. [Foto: DSTA]

Jurutera kanan Jovin Foo telah menimba pengalaman yang mungkin hanya segelintir orang yang berpeluang menikmatinya– belayar dalam kapal selam!

Sebagai sebahagian daripada pasukan bertugas dalam kapal selam kelas Invincible terbaharu Tentera Laut Republik Singapura (RSN), dia menghabiskan masa dua tahun di Jerman, membina dan menguji platform tersembunyi dalam air yang baharu.

Pelayaran lancar ke Pangkalan Tentera Laut Changi pada 20 Jul tahun ini. Kapal selam kelas Invincible lebih mudah dikendalikan dan menampilkan keupayaan perang yang diperkukuh serta kebolehdiaman yang ditingkatkan menjadikannya lebih selamat untuk beroperasi. [Foto: RSN]

Mesin tempur dalam air yang mantap dan berkuasa

Belayar dalam air untuk tempoh "cukup lama sehingga rindu rumah, tetapi tidak lama sehingga mabuk laut", Cik Foo dan pasukannya perlu memastikan pengubahsuaian kebolehdiaman kapal selam itu lulus ujian.

Ia meliputi reka bentuk untuk memberi tempat tinggal kepada anak kapal campuran jantina, memasang lebih banyak katil supaya setiap anak kapal ada katil peribadi masing-masing, dan dibina besesuaian dengan saiz dan jangkauan orang Asia.

Cik Foo (baris depan, kedua dari kanan) Bersama-sama pasukannya di pelancaran kapal selam RSN Impeccable and Illustrious di Kiel, Jerman pada 13 Dis 2022. [Foto: DSTA]

Menurut pegawai berusia 28 tahun, yang berasal dari Pusat Program Sistem Tentera Laut Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA): "Kami menjalankan banyak pemodelan, simulasi dan kajian kejuruteraan faktor manusia untuk memastikan misi boleh dilaksanakan dengan berjaya.

"Contohnya, kami memodelkan konsol untuk memastikan kecondongan dan sudutnya bersesuaian, dan membina (kemudahan dan peralatan) yang besesuaian dengan saiz orang Asia (kerana kapal selam asal direka untuk pengguna Jerman). Ini akan membantu mengelakkan kecederaan di tempat kerja."

Layar dalam air terbukti membantu kerana ia membolehkan pasukan – yang merangkumi warga DSTA, RSN dan Makmal Kebangsaan DSO – untuk memahami cabaran dan keperluan operasi Tentera Laut dengan lebih baik.

"Sebelum belayar, saya tidak dapat menghargai betapa padatnya keadaan dalam kapal selam itu, dan betapa sukarnya (bagi anak kapal) untuk mengendalikan injap dan pemegang.

"(Saya belayar dalam kapal selam) pasti membantu saya memahami operasi kapal selam, dan mengapa terdapat cabaran dan permintaan khusus (terhadap reka bentuk)," jelasnya.

Pakar Tentera (ME) 6 Samuel Teo (kanan), Ketua Pembangunan Sistem Logistik di Pejabat Projek Kapal Selam, menerima Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) daripada Dr Ng bagi pihak Pasukan Kapal Selam kelas Invincible.

Menghormati yang terunggul dalam bidang

Pasukan tersebut menerima Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) di majlis Hadiah Teknologi Pertahanan (DTP) 2023 bagi tugasan mereka dalam kapal selam kelas Invincible. Mereka berganding bahu untuk menghantar kapal selam ini, yang merupakan kapal selam pertama yang direka bentuk dan disuai bina secara asli.

Pasukan itu memilih kapal selam Jenis-214 dari pengeluar Jerman Thyssenkrupp Marine Systems, dan menggabungkan sistem automasi dan pengesanan persekitaran yang canggih untuk memberi RSN kelebihan strategik dalam pertahanan.

(dari kiri) Cik Foo, Encik Neo Ya Kai dari DSTA, ME6 Teo dan Vincent Toh dari DSO adalah di kalangan anggota pasukan yang membina dan menghantar kapal selam pertama yang disuai bina khusus untuk Singapura.

Selain meningkatkan kebolehdiaman, platform Jenis-218SG yang disuai guna menampilkan mobiliti yang dipertingkatkan, seperti sistem Pendorongan Bebas Udara untuk membolehkannya kekal dalam air untuk lebih lama, dan teknologi sel bahan api yang menjadikan bot lebih senyap dan tersembunyi.

Enjin sokongan keputusan baharu juga memberi cadangan kepada jurumudi dan menawarkan kesedaran situasi yang lebih besar kepada anak kapal.

Pasukan itu menerima anugerah mereka daripada Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen di Majlis Anugerah DTP yang berlangsung di Auditorium DSO pada 19 Okt.

Majlis tahunan itu, yang kini memasuki tahun ke-34, memberi penghargaan kepada individu dan pasukan yang memberi sumbangan teknologi yang besar kepada keupayaan pertahanan Singapura.

Dalam ucapannya, Dr Ng menyerlahkan kepentingan mengekalkan hubungan rapat di antara Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Komuniti Teknologi Pertahanan (DTC) untuk memberi kelebihan perjuangan kepada askar-askar.

"Kami harus melakukan segala-gala yang mampu untuk mengekalkan ekosistem yang murni dan rumit ini – untuk menarik dan memupuk bakat bagi kedua-duanya, untuk memantapkan lagi kerjasama teknologi pertahanan... demi mengekalkan kepercayaan dan penghormatan melalui komunikasi terbuka di samping mengeratkan persefahaman.

"Dan yang terpenting, untuk mengekalkan semangat tentang misi kritikal ini bagi melindungi Singapura demi menjamin masa depan kita," kata Dr Ng.

Encik Chan (kanan) menerima Anugerah Individu (Kejuruteraan) dari Dr Ng.

Membina sistem pertahanan yang asli

Selok-belok perang elektronik adalah rahsia yang dijaga rapi – tiada pembina akan menjual sistem mereka yang paling berkuasa atau tercanggih kepada anda.

Menyedari hal tersebut, Singapura mesti membina keupayaannya dalam sistem perang elektronik untuk mengekalkan kelebihannya terhadap musuh, kata Ahli Terbilang Staf Teknikal DSO (Bahagian Sistem Elektronik) Chan Su Wee.

"Keupayaan perang elektronik memberi impak dan memberi angkatan bersenjata keupayaan untuk menimbulkan kejutan di medan perang. Adakalanya hanya satu kejutan yang diperlukan untuk mengubah keadaan kepada kelebihan kami," tambah jurutera sistem berusia 51 tahun itu.

Perjalanannya di DSO bermula pada 1996. Sepuluh tahun kemudian, beliau mengalih tumpuannya kepada sistem peperangan elektronik, membina sistem pertahanan untuk Angkatan Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara.

Perkara yang mengujakan Encik Chan dalam tugasannya sepanjang 27 tahun ini adalah dorongan untuk mencari jalan agar sentiasa kekal melebihi musuh.

Mencabar dan tidak pernah membosankan

Tahun ini, Encik Chan dihadiahkan Anugerah Individu (Kejuruteraan) DTP atas sumbangannya kepada SAF sepanjang hampir tiga dekad. Ini adalah anugerah DTP keduanya – sebelum ini, beliau memenangi Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) pada 2020 untuk Sistem Elektronik Lanjutan.

Perang elektronik merupakan suatu dorongan berterusan untuk mengatasi keupayaan musuh untuk memintas dan menjatuhkan sistem kami, dan hal ini yang mengujakan Encik Chan dalam tugasannya selama ini.

"Walaupun pekerjaan itu mencabar, namun ia tidak pernah membosankan. Satu cabaran ialah tiada jalan pintas –perang elektronik adalah disiplin yang dikawal ketat, dan kursus serta penerbitan yang tersedia adalah yang asas dan hanya memberi pengenalan konsep secara umum. Kami hanya boleh belajar sambil bekerja.

"Satu lagi cabaran ialah pembinaan sistem perang elektronik yang memakan masa yang lama mungkin sehingga lebih sedekad. Ia memerlukan ketabahan dan kesabaran."

Dan dalam komuniti teknologi pertahanan, tiada siapa yang bekerja sendirian. Encik Chan berterima kasih kepada perintis komuniti serta pasukannya atas sumbangan mereka terhadap pertahanan negara.

Dalam industri ini, tiada siapa yang bekerja sendirian, kata Encik Chan (kiri). Bersama-samanya ialah penerima anugerah Michael Tan, yang dikenali dan bekerja bersama-sama selama 27 tahun. Encik Tan ialah Pengarah Makmal di DSO, bagi pasukan Elektronik Lanjutan yang digelarpemenang Anugerah Pasukan (R&D).

"Keupayaan sebenar terletak pada insan (yang membina sistem)... Memantapkan lagi tugasan mereka sebelum kami, saya sepasukan akan meneruskan misi untuk meningkatkan keupayaan asli dalam perang elektronik," katanya lagi.

"Ini adalah tugasan penting yang akan memberi kesan terhadap askar dan misi kami (dan) saya menyokong mereka demi mengekalkan keamanan dan keselamatan negara kita. Tidak kira masa atau betapa mencabarnya perjalanan itu, ia harus dikendalikan."

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?