We apologise for the inconvenience. Our website is currently undergoing scheduled maintenance. We are working hard to improve the site as soon as possible.

OPS & TRAINING

MENENTANG KEGANASAN

01 Apr 2019

Senario simulasi seperti penembakan di sekolah, ancaman pengambilan tebusan dan ancaman bom adalah beberapa senario serangan pengganas yang perlu ditangani oleh Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Angkatan Polis Singapura (SPF semasa latihan semalaman yang diadakan dari 19 hingga 20 Feb di pelbagai lokasi.

apr19_fs2-1a
Anggota SAF dan SPF bergerak balas terhadap situasi tebusan di SJI Antarabangsa.

// Laporan Benita Teo 

 

// Gambar Kenneth Lin, Timothy Sim & ANGKATAN TENTERA SINGAPURA


English 华文
English 华文

Senario simulasi seperti penembakan di sekolah, ancaman pengambilan tebusan dan ancaman bom adalah beberapa senario serangan pengganas yang perlu ditangani oleh Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Angkatan Polis Singapura (SPF semasa latihan semalaman yang diadakan dari 19 hingga 20 Feb di pelbagai lokasi.

Latihan CT membawa bersama-sama lebih dari 900 anggota dari Pasukan Petugas Pertahanan Pulau, Pasukan Petugas Operasi Khas (SOTF) dan Batalion ke-38, Jurutera Tempur Singapura (38 SCE), serta SPF Bahagian Woodlands, Bahagian Tanglin, Bahagian Jurong, Markas Operasi Khas dan Kontinjen Gurkha.           

Ini adalah sebahagian dari latihan tetap mereka untuk memperkukuhkan operasi antara Pasukan SAF dan pasukan Home untuk menangani ancaman keganasan di bawah Rangka Kerja Pengurusan Krisis Dalam Negeri.

Institusi St Joseph (SJI) Antarabangsa

 

Seorang pengganas bersenjata (memakai baju biru) telah memasuki ke SJI Antarabangsa, di mana pelajar sedang menjalani waktu rehat. Dia telah melepaskan tembakan di ruang legar dan pergi ke kantin, di mana dia mengambil beberapa pelajar sebagai tebusan.
Setelah kehabisan peluru, pengganas menggunakan pelajar sebagai perisai manusia dan cuba melarikan diri. Pasukan Peronda Bersama mengawasi mereka dan senjata api diacukan pada pengganas.
Pengganas itu telah pergi ke dewan sekolah dengan membawa tebusan. Menyedari bahawa dia tidak akan berundur, pegawai SPF telah memanggil ibu pejabat memohon bantuan.
Pasukan Tindak Balas SPF tiba, menangkap pengganas tanpa disedari. Dengan satu tembakan, mereka menjatuhkannya dan menyelamatkan para pelajar.

Landasan MRT Tuas

Gambar: SPF Sekumpulan lelaki bersenjata menyerang orang awam yang sedang berdiri di atas platform dan memegang beberapa tebusan di dalam kabin kereta api kosong. Anggota SPF Unit Taktik & Penyelamat Khas SPF bergerak balas untuk mengepung pengganas dan membantu tebusan untuk melarikan diri.
Anggota daripada SOTF sedang menunggu di stesen MRT Tuas untuk bergerak balas terhadap situasi tebusan.

Junction 8

Di Junction 8 di Bishan, Pasukan Peronda Bersama memberi respons kepada barang yang ditinggalkan oleh seorang yang lalu di situ. Mereka mengesan orang yang meninggalkan barang itu ke tempat pertukaran bas berdekatan dan menahannya.

 

"Ini adalah latihan penting untuk meningkatkan kesediaan operasi kami dan memperkukuhkan operasi antara SAF dan SPF, untuk menangani ancaman keganasan dengan cepat dan berkesan, untuk memastikan Singapura selamat dan terjamin."

QUOTE-B-credit

 

"Latihan ini membenarkan kami untuk mengesahkan perancangan bersama kami, pelajaran yang dipelajari akan digunakan untuk mempertingkatkan lagi rancangan kami ... (Para peserta) bertindak dengan baik dalam bertindak balas terhadap senario latihan dan bekerjasama dengan baik. Ini memberi kita keyakinan bahawa kita dapat dikerah dan bertindak balas dengan berkesan bersama-sama."

QUOTE-B-credit

 

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story