MENEGAPKAN BADAN UNTUK MENJADI PEGAWAI SAF

08dec20_news1-1a https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/08dec20_news1-1a.jpeg?sfvrsn=96b1be56_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENEGAPKAN-BADAN-UNTUK-MENJADI-PEGAWAI-SAF
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENEGAPKAN-BADAN-UNTUK-MENJADI-PEGAWAI-SAF
MENEGAPKAN BADAN UNTUK MENJADI PEGAWAI SAF
08 Dec 2020 | PEOPLE

MENEGAPKAN BADAN UNTUK MENJADI PEGAWAI SAF

// BERITA BENITA TEO

// FOTO CHUA SOON LYE & IHSAN OCT MUHAMMAD IDHAM

Pegawai Kadet (OCT) Muhammad Idham Bin Husni menjalani perubahan mendadak daripada rekrut yang terlampau berat kepada pegawai infantri yang tegap. Apakah kisahnya di sebalik perubahan ini?

1-UP-B-caption

"Setiap orang mempunyai kekuatan masing-masing. Kecergasan saya bukanlah pada tahap yang terbaik, tetapi selagi anda sanggup berusaha dengan bersungguh-sungguh, usaha anda akan membuahkan hasil akhirnya."

Semasa OCT Muhammad Idham mendaftarkan diri pada Oktober tahun lalu, berat badannya berlebihan dan mendapati sukar untuk lulus Ujian Kecekapan Jasmani Perseorangan (IPPT). Tetapi rejim Latihan Fizikal (PT) yang ketat dalam Latihan Asas Tentera (BMT), ditambah dengan keazaman yang kuat untuk memperoleh semula kecergasannya, telah mendorongnya untuk menurunkan berat badan.

Akhirnya, dia berjaya untuk menyertai Sekolah Pegawai Kadet (OCS), di mana dia dinobatkan sebagai Platun Terbaik, dan menerima anugerah Emas untuk IPPTnya. Pada 12 Disember, rekrut berusia 21 tahun ini akan menjadi Pegawai Infantri di Angkatan Bersenjata Singapura.

OCT Muhammad Idham (kiri) menerima pedangnya di majlis pentauliahannya di Institut Ketenteraan SAFTI pada 8 Disember. Dia adalah di antara 397 kadet yang akan ditugaskan sebagai pegawai SAF pada 12 Disember.

Berikut adalah empat fakta menarik mengenai OCT Muhammad Idham dan perjalanan untuk mencapai kecergasannya:

OCT Muhammad Idham (berbaju merah) berseronok bermain bola sepak pada tahun 2016, ketika baru memasuki Politeknik. Dia juga bermain dalam pasukan futsal dan ragbi sentuh sekolah.

1) Dia seorang ahli sukan yang gigih.

Penampilan OCT Muhammad Idham bukan selalunya begini. Dia pernah bermain futsal dan ragbi sentuh semasa menuntut diploma Teknologi Marin dan Luar Pesisir di Politeknik Ngee Ann. Dia juga senang bergaul mesra dengan rakan-rakan di padang bola sepak semasa hujung minggu.

Walau bagaimanapun, tekanan semasa pengajian tahun takhirnya di Politeknik memberi kesan buruk terhadap kesihatan dan kecergasannya - dia mula tidur lewat untuk belajar dan kerap bersnek. Dia lulus dengan purata mata gred 3.9.

Tetapi berat badannya juga bertambah 10kg daripada 70kg, dan digolongkan ke dalam kelompok PES BP untuk rekrut obes semasa pendaftarannya pada Oktober 2019.

OCT Muhammad Idham (barisan depan, ketiga dari kiri) pada Hari Pendaftaran, 30 Okt 2019. Berat badannya bertambah 10kg berbanding masa bersukan di Politeknik, dan dia ditempatkan dalam kelompok PES BP.

2) Dia tidak pernah menyangka akan menyertai OCS semula

Semasa awal kursus BMT, dengan BMI yang tidak sihat (Indeks Jisim Tubuh) dan kesukaran untuk lulus IPPT, markas komando seolah-olah seperti suatu impian yang mustahil. Dia hanya mahu mendapatkan semula berat badan dan kecergasan seperti dahulu.

"Memang sukar sekali, melakukan PT tiga kali sehari. Lama-kelamaan, saya mula melakukan senaman statik seperti tekan-tubi dan bangkit tubi pada masa pentadbiran saya."

Dengan adanya seksyen BMT yang penuh bersemangat amatlah membantu – masing-masing memberi galakan untuk bersenam pada masa lapang, katanya lagi.

Keputusannya bertambah baik daripada tahap Lulus ke Perak semasa IPPT akhir BMT, di samping berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 13kg dalam prosesnya!

Setelah menyertai OCS, OCT Muhammad Idham bertekad untuk bekerja dengan lebih tekun lagi. Demi membantunya dan rakan sekalian yang hampir mencapai tahap Emas, pengajar memberi bimbingan tambahan seperti PT tambahan, dan petua pemakanan seperti mematuhi jadual waktu makan dengan ketat.

Latihan progresif juga membantu OCT Muhammad Idham meningkatkan tahap kecergasannya dengan selamat dan secara berperingkat.

"Saya juga akan berlari pada hujung minggu, bermula dengan 2.4km dan kemudian meningkat ke 5km dan lebih. Sekarang, saya berjalan sejauh 10km setiap hujung minggu. Saya juga menjaga diet saya dan mengurangkan pengambilan karbohidrat."

Dalam percubaan keduanya, dia telah berjaya mencapai tahap Emas IPPT yang dinanti-nantikan!

Kadet-kadet sedang mendengar ucapan pra-rakaman oleh Presiden Halimah Yacob pada perarakan pentauliahan mereka. "Sebagai pemimpin dalam masa yang tidak menentu ini, anda harus mendakap perubahan dan ketidakpastian, tahu bila untuk terus bertahan...dan terus mara. Dalam apa jua yang anda lakukan, pastikan anda mengamalkan keprihatinan dan belas kasihan terhadap mereka di sekeliling anda," kata Puan Halimah.

3) OCS telah membimbingnya untuk menjadi komunikator yang lebih baik

Jika anda mengenali OCT Muhammad Idham yang lama, anda mungkin tidak akan menyukainya. Dia mengaku dirinya bersikap lurus dan tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan kesilapan orang lain.

"Di Poli, kami berganding bahu dengan pelbagai jenis orang untuk menjalankan projek. Apabila rakan sepasukan kami tidak melakukan kerja mereka, kami akan marah mereka, kerana ia boleh menjejaskan gred orang lain.

"Semasa berada di OCS, saya juga melayan rakan-rakan platun saya dengan cara yang sama kerana jika seseorang membuat kesilapan, seluruh platun kami akan terjejas. Saya hanya mahu mereka untuk melakukan yang lebih baik. Tetapi sebaliknya, mereka berasa tersinggung dan menyangka saya benci pada mereka."

OCT Muhammad Idham mengucapkan terima kasih kepada pengajarnya kerana membantu menambahbaik komunikasinya: "Salah seorangnya mengatakan jika saya memberitahu anak buah saya dengan terus-terang, saya akan menyebabkan mereka kehilangan harapan dan motivasi. Saya sedar bahawa kata-kata saya boleh menyinggung perasaan seseorang."

Kini, dia lebih prihatin dan bijaksana dalam pendekatannya, dan dalam menjelaskan niatnya kepada rakan-rakan platun. "Sekarang saya faham mengenai kepelbagaian personaliti dan cara yang baik untuk mendekati mereka."

Ibu bapa yang bangga: Ibu bapa OCT Muhammad Idham melekatkan epaulet pangkat Leftenan Muda pada pakaian seragamnya. Merekalah penyokong dan penyoraknya yang terkuat sejak dia mula mendaftarkan diri.

4) Ibu bapanya adalah penyokongnya yang paling hebat.

Ibu bapa OCT Muhammad Idham turut berasa terkejut dengan kemajuan yang dicapai dari segi kecergasan dan berat badan, dan kemasukannya ke OCS.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana memimpinnya ke arah gaya hidup yang lebih sihat: "Ibu bapa saya sentiasa menyokong saya sejak masa di BMT lagi. Apabila saya terlalu sibuk pada hujung minggu, mereka akan menasihatkan saya untuk berlari. Mereka juga akan bertanya sama ada saya dapat mengikuti latihan saya setelah berpindah ke OCS."

Kini, mereka menaruh harapan yang lebih tinggi untuknya - bukan sahaja dari aspek fizikal, tetapi juga sebagai pemimpin yang baik kepada askar-askar dalam pasukan saya.

"Mereka mengingatkan saya agar sentiasa cekap menjalankan tugas dan mengekalkan standard bila saya mula memimpin pasukan saya. Askar-askar ini adalah anak orang juga dan saya perlu menjaga mereka dengan baik."

Suggested Reading
Feature
60 TAHUN, KOMITMEN MEREKA KEKAL KUAT
MILESTONES
01 Jul 2025

SAF meraikan ulang tahunnya yang ke-60 pada 1 Julai dengan Perbarisan Hari SAF khas dan Majlis Dedikasi Semula Gabungan di seluruh Singapura.

Cover story
MELAKUKAN YANG TERBAIK DALAM PERTANDINGAN UNIT TERBAIK SAF
MILESTONES
28 Jun 2025

Unit-unit ini diiktiraf atas pencapaian cemerlang mereka dalam Pertandingan Unit Terbaik SAF tahun ini. Ketahui apa yang menjadikan mereka juara!

Feature
MENGIKTIRAF SUMBANGAN MEREKA KEPADA SAF
MILESTONES
27 Jun 2025

Anggota kerahan ini adalah antara lebih 1,200 kakitangan MINDEF dan SAF yang dinaikkan pangkat atas prestasi dan potensi baik mereka – temui COL Fairoz, SWO Zulkarnaen, MAJ Muhammad Iskandar dan 1SG Muhd Hidhir.

PERTUNJUKAN NDP 2025 MELUAS DARI PADANG KE MARINA BAY
COMMUNITY
26 Jun 2025

Pertunjukan NDP tahun ini akan menjadi ekstravaganza muzikal dengan lebih 3,000 penghibur, lapan terapung darat dan air, dan pentas mudah alih terbesar yang pernah digunakan dalam sejarah NDP!

Feature
MENYEDIAKAN PERBARISAN UNTUK JUBLI INTAN SAF
PEOPLE
23 Jun 2025

Komander Perbarisan Hari SAF LTC Shew Narian dan Sarjan Mejar Rejimen (RSM) Perbarisan ME4 Lee Han Seng berkongsi bagaimana mereka dan para peserta perbarisan telah bekerja keras untuk mengadakan perbarisan yang sempurna pada 1 Jul.

Cover story
Paparan udara-darat-laut pertama di Kontinjen Kenderaan NDP 2025
PEOPLE
23 Jun 2025

Kontinjen Kenderaan NDP membuat pulangan yang sangat dinanti-nantikan tahun ini bukan sahaja di darat, tetapi juga di udara dan di perairan Marina Bay!

Feature
S'PURA & INDONESIA MENGAKHIRI LATIHAN MENENTANG KEGANASAN
OPS & TRAINING
04 Jun 2025

Kira-kira 160 anggota SAF dan TNI telah mengambil bahagian dalam latihan lapangan dua hala memerangi keganasan, yang diadakan dari 2 hingga 4 Jun di luar perairan Batam, Indonesia.

Feature
LAPANGAN UDARA, DI MANA SAJA
OPS & TRAINING
03 Jun 2025

Helikopter tentera berlepas dan mendarat di padang golf? Ketahui bagaimana RSAF menjadikan Sembawang Country Club sebagai kawasan kerahan sementara di luar.

PERGI SENDIRIAN BUKAN JAWAPAN KEPADA KETIDAKAMANAN – ENCIK CHAN
DIPLOMACY
01 Jun 2025

“Pergi sendirian bukanlah jawapan kepada ketidakamanan”, tegas Menteri Pertahanan Encik Chan Chun Sing pada Dialog Shangri-La (SLD), yang diadakan dari 30 Mei hingga 1 Jun. Ini adalah salah satu perkara utama beliau pada ucapannya di sidang pleno keenam pada 1 Jun.

MELAKUKAN YANG TERBAIK DAN MELAMPAUI BATAS UNTUK NS
PEOPLE
29 May 2025

Daripada menaik taraf PESnya kepada melanjutkan perkhidmatan NSnya kepada menyokong pekerja NSmannya, CPT (NS) Chong Wee Yeat berusaha keras untuk NS.