PEOPLE

MENCORAK PERBEZAAN DALAM KEHIDUPAN ASKAR-ASKARNYA

25 Mar 2022

PEGAWAI PENGAWAL INI MEMBANTU ASKARNYA MENYERLAHKAN VERSI DIRI MEREKA YANG TERBAIK.

25mar22_news1_photo1a

Story by

Photos by


Dia pernah bertugas sebagai seorang askar yang dikerah ke berek tahanan. Tetapi tugas tersebut telah mengubah Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) ini dan yang akhirnya menjadi Pengawal terlatih.

Berkemampuan untuk memberi impak positif kepada kehidupan askar muda menurut Leftenan Kolonel Kanan (SLTC) Bernard Tay adalah sebab paling bermakna bagi beliau untuk menjadi askar karier.

"Saya yakin setiap askar mahu mencari hala tujunya sendiri dan ingin diiktiraf. Adalah tugas kami sebagai pemimpin untuk membantu membentuk keadaan supaya mereka boleh mencapai potensi mereka yang sepenuhnya" kata pegawai Pengawal yang berusia 37 tahun itu.

SLTC Tay adalah Pengawal terlatih Renjer.

SLTC Tay adalah Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga, Pengawal Singapura (3 Gds) dari 2018 hingga 2020. Beliau berganding bahu dengan panglima-panglimanya untuk membantu askar-askar agar lebih kuat dan bagus, baik sebagai seorang askar mahupun insan biasa.

SLTC Tay mengetuai 3 Gds untuk mencapai REDCON 2A – gred kedua tertinggi yang mungkin – untuk penilaian ATEC mereka pada 2020.

Berkongsi ilmu

SLTC Tay selalu giat berusaha untuk membantu meningkatkan kehidupan askar-askarnya– contohnya, dia menulis e-buku untuk berkongsi pengetahuannya perihal pengurusan kewangan peribadi.

"Saya rasa adalah bermanfaat bagi mereka untuk belajar bagaimana untuk menguruskan wang sebelum menerima gaji pertama mereka," kata SLTC Tay, kini Pegawai Transformasi Angkatan Kanan.

Dalam ebook yang setebal 20 muka surat, SLTC Tay juga berkongsi beberapa tip tentang simpanan, belanjawan, insurans dan pelaburan.

SLTC Tay juga berkongsi pengetahuan tentang kepimpinan dan pembangunan diri di media sosial. Ia adalah berdasarkan ulasan dan pemikiran peribadinya berkaitan buku yang telah dibaca.

Koleksi buku kepimpinan dan pembangunan diri yang pernah dibaca oleh SLTC Tay.
Untuk memenuhi keperluan golongan pembaca yang lebih muda, beliau telah memulakan kelab buku tahun lepas di Instagram (@ tactical.bookclub), menyiarkan kandungan visual saiz gigitan.

Satu buku yang disyorkan ialah Grit: Why Passion And Resilience Are The Secrets To Success. Berkongsi konsep utama yang dipetik daripada buku itu, beliau berkata: "Kami bercenderung menilai terlalu tinggi pada bakat—dan tidak memberi perhatian kepada jangka masa dan usaha untuk membangunkan sesuatu kemahiran.

"Saya telah menyaksikan banyak contoh askar yang tidak dianggap sebagai askar yang paling berbakat, paling cergas, dan paling kuat.

Tetapi sesudah menamatkan Perkhidmatan Negara, mereka telah, membuktikan diri mereka jauh lebih baik sebagai individu dan sebagai seorang askar (kerana mereka lebih tekun berusaha berbanding yang lain).

"Justeru, saya memang menggalakkan orang ramai untuk membaca buku ini. Bagi saya ia benar-benar memberi mereka gambaran yang baik (kepada) ramuan penting untuk pencapaian matlamat jangka panjang."

 

SLTC Tay ada satu naskhah khas buku tersebut untuk dihadiahkan!



Untuk mengambil bahagian:

Komen pada siaran kami di  Facebook atau Instagram beritahu kami bagaimana anda dan/atau rakan anda telah menjadi insan yang lebih baik semasa menjalani Perkhidmatan Negara.

Tonton video ini untuk menyaksikan bagaimana SLTC Tay membantu askar-askarnya menyerlahkan versi diri mereka yang terbaik.

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story