MENANGANI CABARAN UNTUK MENJADI SEORANG PAKAR

12nov21_photo1thumbnail https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/12nov21_photo1thumbnail.jpg?sfvrsn=d99873c8_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENANGANI-CABARAN-UNTUK-MENJADI-SEORANG-PAKAR
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENANGANI-CABARAN-UNTUK-MENJADI-SEORANG-PAKAR
MENANGANI CABARAN UNTUK MENJADI SEORANG PAKAR
12 Nov 2021 | PEOPLE

MENANGANI CABARAN UNTUK MENJADI SEORANG PAKAR

// KISAH THRINA THAM

// FOTO OLEH LIONEL LEE & IHSAN 3SG KOH

Penerimaan diagnosis kemungkinan distrofi otot tidak menghalang pakar baharu ini daripada mengejar impiannya untuk menjadi seorang askar yang sesuai untuk pertempuran.

Pakar baharu 3SG Koh telah lulus daripada Perbarisan Tamat Latihan Kadet Pakar ke-49 pada 12 Nov.

Beliau sememangnya seorang yang bergiat aktif, malah telah membantu memenangi Kejohanan Perlawanan Sekolah Taekwondo Kebangsaan (Divisyen B kategori Kyorugi Lelaki) untuk sekolahnya, iaitu Sekolah Tinggi Matematik dan Sains NUS pada 2018.

Oleh itu amat memilukan hati bagi Sarjan Ketiga (3SG) Zachary Koh semasa masuk tentera, apabila beliau diperuntukkan Piawaian Pekerjaan Fizikal (PES) E kerana disyaki menghidap distrofi otot.

"Pada asalnya saya rasa agak tawar hati… Ayah dan bapa saudara saya semua berkongsi kisah tentang zaman mereka berkhidmat dalam NS (Khidmat Negara), jadi saya telah lama ingin mendapatkan pengalaman (pertempuran) itu."

Meskipun rasa kecewa, 3SG Koh bertekad untuk berusaha keras. Beliau berkhidmat sebagai Askar Keselamatan selama sembilan bulan dan akhirnya berjaya menaik taraf status PES beliau.

Pada 12 Nov – 16 bulan selepas masuk tentera – anggota berumur 20 tahun ini telah lulus sebagai Pakar Infantri dalam perbarisan skala kecil yang diadakan di Kem Pasir Laba. Beliau juga telah dianugerahkan Bayonet Emas yang menjadi idaman ramai.

Sejumlah 903 kadet telah lulus sebagai Ahli dan Pakar Tentera merentas pelbagai perbarisan tidak berpusat yang diadakan di Kem Pasir Laba dan pelbagai Institut Latihan dari 12 hingga 18 Nov.

Ibu bapa 3SG Koh melekatkan marka beliau dalam foto simbolik kelulusan latihan yang diambil dari rumah mereka.

Belum cuba, belum tahu

Pelantikan ini telah lama dinantikan oleh 3SG Koh.

Semasa Menengah Tiga – selepas mengambil bahagian dalam pertandingan Taekwondo serta pelbagai kem dan latihan – 3SG Koh mengalami kekejangan badan yang teruk dan perlu dibawa ke hospital. Di sana, masalahnya didiagnosis sebagai kemungkinan distrofi otot (otot semakin lemah dan menyusut secara progresif).

Pertama sekali beliau menyertai Pusat Latihan Asas Tentera (BMT) Sekolah V pada Mei 2020, sementara menunggu semakan status PES beliau.

Selepas menyelesaikan BMT pertamanya pada Jun yang lalu, beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Askar Keselamatan (Khidmat) di Pangkalan Udara Sembawang, dan di sana sebahagian besarnya bertugas di pejabat pas atau tugasan di meja.

Namun begitu, 3SG Koh memahami kepentingan peranannya. "Semasa BMT pertama saya, Pegawai Pemerintah kami berkata kepada kami 'Jika bukan kamu, siapa?' untuk memberitahu kami kepentingan berkhidmat.

"Saya telah mengingati ungkapan tersebut sehingga kini, bahawa saya perlu berusaha sedaya-upaya sepanjang dua tahun ini."

3SG Koh menjalani ujian kemahiran fizikal individu (IPPT) di Sekolah Kadet Pakar.

Bagi penilaian PES beliau, 3SG Koh menjalani pelbagai pemeriksaan di Institut Neurosains Kebangsaan, termasuk ujian elektromiografi (untuk mengukur tindak balas otot kepada rangsangan saraf) dan prosedur biopsi, serta rundingan yang panjang bersama Pegawai Perubatan SAF.

Enam bulan kemudian, beliau diberi kebenaran untuk dinaik taraf kepada PES B.

Oleh sebab beliau tidak banyak bersenam selama tempoh lebih daripada satu tahun, beliau mula berlatih dengan kerap, termasuk berlari di sepanjang balapan di keliling pangkalan udara selepas syif tamat.

Pada awalnya, ibu beliau bimbang tentang peningkatan kadar latihannya, tetapi mula memberikan sokongan selepas menyaksikan semangat 3SG Koh untuk mencapai taraf kesesuaian pertempuran.

Pada April, beliau telah pergi ke Pulau Tekong untuk menjalani BMT sesuai tempur selama sembilan minggu, dan kemudian menjalani Kursus Kadet Pakar (SCC) selama 22 minggu pada Jun ini.

3SG Koh bersama ibu bapanya semasa kelulusan BMT keduanya pada Mei ini.

Pemimpin yang mesra namun tegas

SCC amat sukar, tetapi 3SG Koh menerima latihannya dengan terbuka. Beliau mengingati senaman kawasan jauh selama lima hari, apabila beliau merupakan Sarjan Platun Operasi Bandar dan platun beliau dikehendaki menyelesaikan misi berturut-turut, termasuk berkawat semalaman dan serangan waktu subuh.

Pada malam terakhir, mereka menyangka telah sampai ke penghujung tetapi diberi arahan "Charlie Mike" (Teruskan Misi).

Selain berkawat suatu jarak tambahan, kadet terpaksa memikul beban tambahan ketika letih dan tertekan.

3SG Koh berkata: "Bagi pengalaman seperti itu, kami tidak gembira dan rasa teruk semasa melakukannya.

"Tetapi apabila mengimbas kembali, kami sedar bahawa kami berjaya bukan sebab diri sendiri, sebaliknya kerana rakan platun berada di sana bersama kami, dan berjaya menyelesaikan misi bersama-sama."

Ketua Pelatih Master bagi Institut Pakar dan Pegawai Waran, iaitu Pegawai Waran Master Omar Bin Osman (kanan) menganugerahkan Bayonet Emas kepada Kadet Pakar Koh semasa upacara tamat latihan kadet pakarnya pada 12 Nov.

Latihan tersebut juga membantu 3SG Koh mempelajari tentang gaya kepimpinannya.

"Sebagai komander, kadangkala saya perlu membuat keputusan yang sukar; tetapi saya tidak boleh mengabaikan perasaan orang lain dan bersikap tegas.

"Saya rasa saya perlu mencari keseimbangan yang sesuai – bersikap tegas tetapi masih mudah dihampiri. Jadi itu sesuatu yang saya sedang cuba usahakan dan akan terus berbuat demikian walaupun di unit saya yang seterusnya."

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?