MEMPERKUKUH KEUPAYAAN KESELAMATAN MARITIM

26jan21_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/26jan21_news1_photo1c123ea95-d2f8-4849-a9da-506cf9747a85.jpg?sfvrsn=74b81ce3_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MEMPERKUKUH-KEUPAYAAN-KESELAMATAN-MARITIM
MEMPERKUKUH KEUPAYAAN KESELAMATAN MARITIM https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MEMPERKUKUH-KEUPAYAAN-KESELAMATAN-MARITIM
26 Jan 2021 | OPS & TRAINING

MEMPERKUKUH KEUPAYAAN KESELAMATAN MARITIM

Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) menambahkan flotila baharu dengan rangkaian kapal untuk memberi respons yang lebih pantas dan sewajarnya terhadap penambahan insiden maritim.

// KISAH BENITA TEO

// FOTO ONG JI XUAN & IHSAN RSN

English 华文
English 华文
MSRV (kiri) dan MSRT (kanan) yang akan membentuk sebahagian daripada MSRF, membolehkan RSN untuk memberi respons yang lebih pantas terhadap insiden maritim.

Bagi memperkukuh keupayaan RSN dalam melindungi perairan wilayah Singapura dan bertindak balas terhadap ancaman keselamatan maritim yang semakin berubah, Flotila Respons Maritim dan Keselamatan (MSRF) dilancarkan pada 26 Januari.

Majlis perasmian diadakan di RSS Singapura – Pangkalan Laut Changi dan dirasmikan oleh Panglima Laut Laksamana Muda (RADM) Aaron Beng.

"MSRF akan memperkukuh keupayaan Singapura untuk menangani ancaman keselamatan maritim yang telah bertambah dari segi skala dan kerumitan sejak beberapa tahun lagi," kata Komander MSRF Leftenan Kolonel (LTC) Lee Jun Meng.

Anak-anak kapal MSRV Guardian memberi tabik hormat semasa bendera tentera laut dinaikkan. Kapal itu, bersama dengan kapal saudara MSRV Sentinel, akan beroperasi mulai 26 Jan.

Respons yang ditentukur

Sebagai sebahagian daripada penyusunan semula Komand Keselamatan Maritim, MSRF akan bertanggung jawab untuk membangun dan menjalankan keupayaan yang ditentukur untuk menyokong kerajaan Singapura dalam responsnya terhadap insiden maritim. Keupayaan yang terbit daripada MSRF akan memberi kefleksibelan untuk memenuhi permintaan yang meningkat dan skop operasi keselamatan maritim yang lebih meluas, di samping menguatkan perlindungan perairan wilayah Singapura.

Setakat ini, MSRF akan mengendalikan empat Kapal Keselamatan Maritim dan Respons (MSRV) kelas Sentinel. Kapal-kapal MSRV ini adalah bekas kapal peronda kelas Fearless yang telah diubahsuai untuk melanjutkan tempoh operasi mereka.

Kapal-kapal itu akan dilengkapi pelbagai keupayaan yang ditentukur seperti Peralatan Akustik Jarak Jauh dan Sistem Laser Dazzler untuk membolehkan anak-anak kapal melancarkan amaran lisan dan memberi amaran visual; Senapang Typhoon Mk 25mm, Senapang Melara OTO 76mm dan Mesingan Serbaguna 7.62mm; dan dapra sisi bagi merapatkan kapal-kapal dalam pemerhatian dengan pantas.

Anak-anak kapal MSRV Guardian sedang beratur di geladak. Selain rangkaian keupayaan yang ditentukur, kapal-kapal MSRV akan dipasang dengan peralatan komunikasi yang dipertingkatkan dan perlindungan balistik modular.

Dua kapal MSRV pertama, iaitu MSRV Sentinel dan MSRV Guardian, akan mula beroperasi mulai hari ini. Kapal-kapal MSRV Protector dan MSRV Bastion, iaitu saudara kapal mereka akan mula berkhidmat dalam bulan-bulan yang akan datang.

Akhir sekali, dua Kapal Tunda Keselamatan Maritim dan Respons (MSRT) akan membantu bertindak balas terhadap insiden di laut dan menyokong operasi pangkalan.

RADM Beng (kiri) menyampaikan watikah pelantikan kepada LTC Lee di majlis perasmian di RSS Singapura – Pangkalan Laut Changi.

Kapal-kapal baharu terbina khas

MSRF juga akan mengendalikan kapal-kapal terbina khas apabila siap nanti. Kapal-kapal ini, yang masih dalam tahap awal reka bentuk konsep, dijangka akan lebih besar daripada kapal-kapal MSRV, dan mampu beroperasi di laut bagi tempoh masa yang lebih panjang sehingga beberapa minggu lamanya.

"Seperti kapal tentera laut kami yang lain, kapal-kapal ini akan dirancang untuk menampung bilangan anak-anak kapal yang lebih kecil dan untuk keupayaan modular. Kapal baharu akan bekerjasama dengan Kapal Misi Littoral dan Kapal Permukaan Tanpa Pemandu untuk melindungi perairan wilayah Singapura, dan bertindak balas terhadap ancaman keselamatan maritim, " kata LTC Lee.

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?